23.8.09

Buka Puasa @ Puncak Alam...

Semalam berbuka puasa dekat rumah mak mertua di Puncak Alam.. Makan rendang ayam, rendang daging, ikan gulai rebung, sambal petai udang... perghh.. hongeh la den.... Seronok rasa, berbuka reramai... Uncle Hasni & family, Mak Ngah & Family... ramai la....

Yang paaaaaaliiiinnnggg seronok, sudah tentulah Haziq... Makcik Ya & Uncle Aidil (Dedua ni rajin melayan haziq) dia datang... hahaha melompat la dia... Seronok haziq bergurau ngan dorang... tdo pon lewat.. pkl 12 baru nak tdo.. akibatnya mengigau... Boleh plak tengah tdo, dia tetiba bangun, menjerit, melalak, melolong nak bola sepak dia.. tu la galak sangat main sebelum tdo... sampai mengigau... hahaha...

Sahur tadi blasah lauk smalam.. perghhhhh, sodap botul... Makan gulai ikan.. perghhh pedas dia giler tak tahan.. sampai berpeluh la... huhuhuhu.......

Wifey got class today, till 2.30pm.. gi hantar dia tadi, then balik Kota Damansara... Haziq masih lagi tidur.. kepenatan sangat la tu... :D Lps ni nak gi beli baju raya haziq.. tak tau lagi kemana.. tgk internet mana ada warehouse sale.. hehehehe...

Malam ni, giliran masakan mak den pulak... heheheh Malam ni berbuka puasa kat Taman Ehsan... Nyam Nyam... aduiiiiiii sakit perut la plak... cirit-birit.. perut terkejut makan byk semalam.. errrrkkk.... Malam ni kena berhati-hati.. makan beringat... jangan POLOK jer bang oiiiiiii.. hahahaha........

Best nyer puasa....

21.8.09

Salam Ramadhan.....

Di kesempatan ini, kami sekeluarga Zulhadid Asfari, Mardhiah Hayati dan Muhammad Zulhaziq ingin memohon maaf sekiranya ada kesilapan yang dilakukan sama ada sedar atau tidak.. Semoga Ramadhan ini membawa seribu keberkatan kepada kita semua...

Selamat Menyambut Ramadhan Al-mubarak

19.8.09

Kemenjadian 5C (Cempaka)

Menjadi? Hanya Allah yang tahu... Cuma apa yang aku dapat lihat, banyak juga perubahan kelas 5C... Yerlah kan.. kelas kedua terakhir.. apa nak dikata.. tapi, aku bangga jadi cikgu kelas 5C ni.. dua minggu berturur-turut dapat bintang kelas terbersih.. huhuhu... Alhamdulillah... Dari segi pembelajaran dan peperiksaan, ada peningkatan walaupun sedikit.. aku tetap bangga dengan mereka... ada juga cikgu lain yang kata, nampak 5C ni berubah.. Tadi, ada pertandingan KOir dan lakonan sempena minggu kemerdekaan.. aku diberitahu oleh rakan guru aku, yang budak² 5C ni kalau ada apa pertandingan, susah nak join.. malu la ini la itu la.. tapi tadi, diorang join.. walau aku rasa persembahan bebudak ni tak sehebat mana.. tapi aku tak kisah la.. bukan nak menang pon.. atleast diorang join aktiviti sekolah..

Aku tgk budak² 5C ni semacam perlukan perhatian yang extra dari guru.. Tapi itulah, ada jugak 2-3 orang yang tak makan saman MbPJ.. saman polis pon tak makan.. penangan jer makan... hahaha.. Tapi aku sayangkan diorang... aku tgk, diorang ada pontensi utk berjaya, cuma sikap malas menjadi batu penghalang utama untuk mereka keluar dari kepompong yang sedang mereka duduki sekarang ini... Aku sering berbincang dengan wife aku yang sememangnya suka akan budak-budak.. Banyak juga nasihat yang dia bagi... Semacam LaDaP yang aku pergi bulan sudah, Positive discipline... Pujian amat perlu... tapi, kena jugak garang kengkadang katanya... jangan terlampau baik... nanti dipijak kepala kita... hahahaha betul tu.. aku kengkadang hangin gak satu badan... Tapi, masalah disiplin yang ketara dah tak ada sangat skang ni kelas 5C, berbeza dengan awal tahun.. siap ada yang bergaduh hentak kerusi kat kepala lah... huhuhuhu..

Mungkin ini hasil dan berkat kesabaran aku sebagai guru... ada juga perasaan aku nak biarkan jer lah bebudak 5C ni.. bukan pandai pon kalau kita ajar.. tapi, aku ada tanggungjawab... aku tak mahu Gaji yang aku terima tak setimpal dengan kerja aku... aku tetap jugak buat yang terbaik untuk 5C... Kengkadang tu, ada jugak aku bagi diorang lembaran kerja.. suruh tampal dalam buku dan jawab soalan yang diberi... ada jugak aku tunjuk video sebagai ABM semasa mengajar... tapi itulah, ada jugak yang tak dengar arahan... hurm... dugaan seorang guru...

InsyaAllah aku akan pastikan 5C terus maju... I love u guys... <--- macam la diorang baca.. hahahaha... Cikgu doakan kamu semua berjaya!!!!

14.8.09

Haziq oh Haziq.........



Haziq dah 1 tahun 10 bulan dah umur kamu kan... Sekejap je masa berlalu... Tak lama lagi dah 2 tahun... Haziq skang ni dah jadi femes kat Apt Latan Biru ni.. sama la macam dia dulu kat rumah lama dia... ramai jer kenal dia... Asal nampak jer haziq, mesti diorang panggil "Haziqqqqqqqqqq!"... skang ni plak kat Apt Latan Biru dah jadi camtu gak kan haziq.... pantang kamu balik jer, ada jer orang nak tegur... alhamdulillah.. ramai kawan kamu yer...

Tadi pkl 7.30 ptg, haziq minum susu... pakai botol susu... susu tertumpah, dia letak susu pastu lari keluar.. aku pelik la, apsal budak ni lari keluar dari bilik ni? bukannyer aku marah pon... rupanya, dia pegi dapur, amek kain lapppp... nak lap susu yang tumpah tadi.. alahai bijaknya kamu ni haziq... abah ngan ibu sayang sgt kamu tau...

InsyaAllah... Haziq akan jadi seorang abang yang caring... dari apa yang kami perhatikan.. dia ni alert skit dengan baby kecik... Ada sekali tu, pengasuh dia cerita la, apa yang haziq buat... Pengasuh haziq ni ada jaga sorang baby.. Baby Khatijah... ada satu hari tu baby khatijah nangis.. tau dia buat apa? lari pegi amek susu then nak bagi kat baby khatijah... alahai haziq... Alhamdulillah, anugerah ALLAH...

Banyak lagi lah perkara yang haziq buat tanpa kami duga yang dia boleh berfikir ke tahap tu skali... macam kalau, ibu ngan abah bising, dia marah.. time nak tdo abah ngan ibu berburak... mau tak marah... hahahaa... Bilar abah selak kaki seluar paras betis sekali pon, dia akan cakap "Malu malu"... sampah pon dia dah pandai buang dalam tong sampah... masuk jer bilik air dah tau, mesti nak pegang berus gigi.. memacam lagi lah.....

Aku bersyukur sangat terhadap ALLAH SWT kerana menganugerahkan kami anak yang bijaksana... Alhamdulillah.....

7.8.09

Al-Fatihah untuk Atuk Silong...

Semalam (6 Ogos 2009) datuk isteriku telah kembali ke Rahmatullah... Kejap lagi nak balik Rantau... Tunggu isteri aku balik dari Kota Bharu... pastu terus ke sana... Sabar yer sayang... Jangan sedih²... Kita doakan Atuk ditempatkan bersama dengan Para Syuhada' InsyaAllah...

Kak Fizah sampaikan salam takziah untuk Keluarga...

7 wasiat raja Melayu

Renung-renugkanlah wahai rakyat Maysia sekalian.....
  1. Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia). Aku kena tanya pasal ni la waktu Interview SPP 30hb Julai 2009
  2. Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.
  3. Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta milik kamu, kami tubuhkan Rejiman Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.
  4. Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan raja-raja Melayu memerintah negara ini.
  5. Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan.
  6. Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu.
  7. Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada raja-raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

2.8.09

2nd Night Haziq tanpa ibunya di rumah.....

Semalam Wifey bertolak ke KB.. Urusan kerja.. orang jawa kata Outstation... Malam smalam Haziq mengeheh-ngeheh cari ibu dia... pagi tadi biler dia bgn, terus duduk, pandang pintu... Dia igtkan ibu dia ada kut... Hurm...

Tgh hari tadi galak gak si haziq makan... makanan kegemaran dia "Nasi putih, Telur dan kicap"... banyak gak dia makan... Petang tadi bawak haziq gi TASIK KELANA JAYA... Macam biasa la, lari tak hengat nyer haziq... Sebelum balik, singgah kejap beli nugget KFC (Jom Jimat Set C) haziq and bapaknya plak mengambil kesempatan, Layan Twisterrrrrrrrrrrrrrr (Jom Jimat Set D)... huhuhuhuhu..... Sampai jer rumah, Makan then mandikan si haziq... biler kuar jer toilet lepas mandikan haziq, dia tanyer... ibu? ibu ner? Mana tak nyer... Selalu kalau abah dia mandikan dia, ibu dia yang sambut dari luar dan lapkan dia pastu pakai kan baju dia... Sayu la plak rasa...

Takper, seminggu jer... dulu wifey jaga haziq without me @ home, almost 1 year... hurm.... now i know betapa rindunya korang masa abah kat maktab.... Apapon, my dear wife, take good care of yourself there... Belikan la apa yang patut ek ayang... huhuhuhu.... love u so much....