24.6.12

Sabtu (23 Jun 2012)



Salam...

Terasa kejap sangat masa tu berlalu... Sedar tak sedar dah setahun dah aku mengazroykan diri (naik motor scram)... Setahun dah berlalu maknanya roadtax motor aku dah slamatttttt.. hihihihihi.. Isnin renew.. 




Sabtu: Tadika Abang Haziq buat open day... Kami ke tadika untuk dengar sekiranya ada permasalahan atau apa2 jer lah yang nak disampaikan oleh cikgu... Haziq, mmg sangat bijak... tak der lah aku nak riak result dia.. tak tak tak. dia punya result pon mungkin tak berapa sangat la bagi sesetengah orang.. tapi, bagi aku, cukup membanggakan aku sebagai seorang bapa..



Sains haziq adalah markah tertinggi antara matapelajaran2 yang lain... 82%... Aku cukup bangga dengan anak aku sorang ni.. Nak2 pula cikgu menceritakan gelagat haziq.. Ceritanya begini:


Cikgu dia mungkin nak bertanya pada murid apa yang mereka nampak.. Nak test budak interpret apa yang dia nampak pada sesuatu objek tu kut...

Cikgu: Ok murid2, dekat cawan ni ada apa?? (tanya cikgu kepada anak muridnya) - jawapan yang sepatutnya adalah = ada tangkai untuk pegang/gambar pada cawan etc...
Hazizq: Dekat cawan tu ada air lah cikguuuuuuuu...

Cikgu pakat gelak... Betul kah jawapan haziq tu? Erm.. kat situ, aku terasa saaaaaaaaangaaat bertuah kerana haziq ni boleh berfikir macam tu.. Yerla, kalau tanya aku sekalipon, aku akan jawap lukisan yang ada pada cawan tu ataupun tangkai pemegang cawan tersebut. Tapi haziq jawab air.. Otak dia berfikir luar dari jangkaan. :D bagi aku lah kan.. tak tau la apa pandangan yang lain.. :D 

Lepas ke tadika, kami jalan2 bawa haziq dan aqilah... Penat berjalan, rilek jap petang tu... Malam Ibu haziq masak ikan cencaru berlada... Sedappp sangat.. aku plak bubuh nasik penuh sepinggan (bleh buat 2 pinggan punya nasik la kuantitinya) makan... Kenyang.. Sedapppppppp sangat.. Bertuah aku rasa dianugerahkan isteri yang pandai masak.. :) i love you Mardhiah Hayati Binti Md Zain.

Huh!!! penat... Layan bola? Desing Banner? Layan Bola??? Design Banner??? Arghhhhhh.. tdo jer la.. hahahaha.. 


Tok Janggut




20.6.12

Do I need "Oh My English" or not?

Salam.. As time goes by, 2012 are my 4th year teaching in SK Kampung Tunku. Many things that I've learned and mistakes done. Until now, still learning, from the others. Yes, you may think that being a Teacher is an easy job. Kacang putih la.. Punch in 7.00am and punch out 1.30pm...  Your head la.. hahahaha...

In this post, i would like to write it in english. Want to know why? One of my friend in SK Kampung Tunku told me that i spoke english very well. Thanks Kak. I only know how to speak. Not to teach English lesson...    And, i learned english from my students and ex students... yeahhh.. Who said teachers cannot learn from their students??? 

Some may think that im showing off! Do I really care? Rather than they keep telling people that i'm showing off, better you learn how to speak english too. 

Ermm... i really need to recover my mood back.. Its like boring in school.. Same thing.. Scolding students etc everyday.. Urghhh.. 

Here are some quotes i found in the internet.. Lets get inspired...


Don't let what you can't do stop you from doing what you can do - John Wooden

You can't understand light unless you understand darkness, because that's where life is most often lived... somewhere between the two, it's messy and it's beautiful all at the same time - Bebo Norman

True friendship is like sound health, the value of it is seldom known until it is lost....

Make a game of finding something positive in every situation. 95% of your emotions are determined by how you interpret events to yourself - Brian Tracy 


Tok Janggut

7.6.12

Serabut...


^
^
Describe what i feel right now... Ya Allah, kuatkanlah semangat hambaMu ini... Sesungguhnya aku adalah hambaMu yang lemah.... 

4.6.12

Cuti Sekolah Penggal Pertama 2012


Cuti Sekolah datang lagi. Sonyum lah murid-murid semua. Tak lupa pada cikgu2 seMalaysia... Selamat Bercuti... Namu bagi aku, cuti ni banyak benda yang perlu diselesaikan. Sekolah, Rumah, Kedai dan macam2 hal lain yang perlu aku siap dan selesaikan... Urghhh mengeluh jap.. hahahaha.. 

Aktiviti aku cuti sekolah ni, awal2 cuti sekolah kena gi camping bawak budak sekolah... Kem Ibadah dan Kem Unit Beruniform SKKT 2012.. Dua tempat.. Kem Ibadah kat Sekolah dan Kem Unit Beruniform di Alang Sendayu, Gombak. Seronok dan penat itu yang dapat simpulkan selesai sahaja aktiviti camping. 


Haziq (anak sulung) pula di Seremban 2. Duduk dengan Nenek dia. Seronok lah dia, nak semua benda dapat.. Hmmm... sian neny... Satu kemalangan terjadi pada Haziq.. Haziq terjatuh dan terhantuk pada bucu kerusi. Dekat rumah nenek dia. Sian dia.. Kebetulan pula, aku mmg ada kat sana. So kami bawa dia ke Hospital.. Punya la nangis tak ingat.. Bukan nangis sakit.. Nangis takut masuk spital.. ermm.. sampai kena balut macam balut bedung la dia nak cuci dan letak glue kat luka terbelah belakang telinga dia.. 


Aqilah (anak kedua) pula nangis nak masuk gak tgk abang dia.. Jenuh abah bawak pusing2 spital leka kan dia.. Sayang dia kat abang dia.. Selesai ke spital, malam tu kami balik ke Seri Kembangan. Tinggalkan haziq dengan nendanya... Seronok ler ye... Mana tak nyer, nak apa semua dapat.. sian nenda... 

Hampir seminggu berlalu, Semalam balik la kejap, ingat nak bawak Haziq balik ke Seri Kembangan, tapi dia taknak.. Kebetulan Nenda dia pon kelas weekend jer.. Tinggalkan lah dia kat sanun... Sedih abah ngan ibu tau haziq.. :( 

Nak dijadikan coretan kat sini, semalam, masa sampai rumah nenda budak2 ni, Orang pertama terjah haziq adalah ibu, pastu aqilah... Masa Aqilah jumpa abang Haziq, dia tgh tdo.. jenuh la si Aqilah mengejutkan abang dia.. Ajik, ajikkk.. ajikkk.. dia panggil abang haziq dia.. Rindu gamaknya kat abang haziq... Touching plak rasa.. Pastu aku plak duduk ngan haziq peluk dia kuat2.. Rindu lerrrrrrr.. walau aku ni daddy yang garang.. :)


Masa makan, macam biasa, kalau budak2 ni berdua, berkejar lah diorang lari merata.. Seronok tgk.. Sempat juga ibu haziq menegur aku, biarlah diorang.. Lama tak jumpa.. Takpayah marah2 kata ibu haziq pada aku.. :) biarkan jerlah diorang... Skali, Aqilah lari masuk dapur.. Kitorang makan kat kedai makan.. Arh jenuh la abah gi amek dia kat dapur.. terkekek-kekek aqilah.. :D seronok lari dari abang haziq dia.. :) 

Pkl 11 malam kami bertolak ke Seri Kembangan semula tanpa Abang Haziq... Sedih.. (dalam hati, terfikir... Kalau ada dia jenuh dia kena marah dengan abah, Kalau takder rindu)........  InsyaAllah, abah akan jadi abah yang terbaik untuk haziq dan aqilah serta anak2 yang lain (ops!!! ada lagi ke?) jeng jeng jenggggggg....

Dan hari ni, aku jaga kedai isteriku di Seri Kembangan. Teringat pada haziq bila ibu haziq upload gambar2 yang ditangkap  semalam bersama haziq.....  

Buat masa ni, ni jer kut.. Kitorang ni tak tau.. tetiba angin tiup ke utara, sampai je kami kesana nanti. hihihihihihi... Chillax jap.................

Tok Janggut