19.3.10

aktiviti di minggu percutian

Hurm... tak der apa pon, cuma keluar tgk wayang.. Alice in wonderpet.. eh, wonderland. Watched Adnan sempit (VCD).. biasa jer cerita dia.. tak la kelakar sangat macam yang heboh diperkata orang.. hurm.. pelik aku... pastu layan citer my name is khan.. lakonan shah rukh khan & kajool. Korang gelak perhal?? takleh ker aku layan hindustan? tapi citer ni lain.. bukan cinta, bukan hero tumbuk tak kena... menceritakan tentang.......... korang tgk sendiri... maleh aku nak citer... mmg patut tgk la..

Sabtu (esok) ke seremban TTJ... Ada kenduri kawen.. hurm... miss lagi game rugby.. tapi takper la, aku pon masih belum fit lagi.. Petang ni nak gi shah alam, hantar wife kelas then gi masjid shah alam, haziq punyer fav tempat kalo gi sana.. "abah, nak gi mayang" kata dia.. alhamdulillah.. sejuk hati... Hurm..... Ngantuk la plak... tdo pon best ni! takleh takleh.. kang terlajak...

ISNIN???? SEKOLAH BUKAKKKKKKKKKKKKKKKK. Huhuhuh kembali busy... nak prepare report card. YEahhHH...

13.3.10

CUTI SEKOLAH... YEAHOO>>? or HURMMM>>? [Wifey tak cuti tak best gak

Cuti sekolah datang lagi... hahaha.. Seminggu cuti sekolah tak tahu nak buat apa dan nak pegi mana.. hurm.. wifey sibuk... Nak gi jenjalan jauh tak sompek.. hehehe.. takper, cuti panjang nanti kita gi jalan-jalan yer... Kita kan nak buat jelajah pantai timur hujung tahun ni ---> dari Terengganu ke Kelantan ke Pahang.. hehehehe...

Wifey tak sihat, kesian dia.. dengan workload yang mengganggu kesihatan dia, aku rasa sangat kesian biler tgk athma dia serang dia.. Adakah sebab habuk? takper, hari ni cuci rumah.. :D. Kesian sangat² biler tgk dia kena athma... aku tak berdaya.. nak suh makan ubat, dia tengah mengandung.. Sabar la sayang, tak lama lagi jer... Sebulan lagi adik haziq nak kuar dah kan.. hehehe... Baru tadi pkl 1.00am wifey terbatuk batuk kena serang athma.. semput... aku tak tahu la nak buat apa. Sempat la gak aku urut belakang dia, sapukan ubat panas kat blakang dia dan suruh dia minum air suam segelas besor... Alhamdulillah dia dah pon tdo.

Esok, nak kemas rumah, wifey plak ada kelas. Haziq sure ajak main BLOCKS dia... "abah, buat kapal" dia suruh.. Dah siap wat kapal, mesti dia suruh buat kereta "abah buat kereta"... hahaha itu lah ragam haziq yang manja dengan aku dan wife. Dah boring main blocks, mesti dia cakap "abahhhh.. nak main kereta haziq" abis paksu dia nyer collection kereta kecik² dia amek dari rumah nanny dia... Pastu mesti nak main basikal "abah nak naik basikal"... huhuhuhu, dalam ngengada dia tu, aku tahu dan aku pelajari erti susah payah ibu dan ayah aku menjaga aku dulu... hurm..............!

6.3.10

Fuh... Adik bongsu aku dah pandai berlakon teater.. hahaha...


Pablo, nama lakonan dia.. kekekkekeke.. dalam banyak² watak, kenapa la ko amek watak jahat ziyad oi.. hehehe.. apa pon, angah rasa bangga dengan kejayaan kau... keep it up.. jangan lupa balas jasa mama dan papa...

Kisah Menyayat hati Di PPUM

Masa aku bawak budak sekolah sakit dada ke PPUM, ada la sorang pakcik ni kat E&T sorang² naik wheel chair kat depan kaunter pendaftaran. Kebetulan pulak aku duduk sebelah dia masa daftar, orang yang kat kaunter tu tanyer dia, pakcik datang sorang jer ke? pakcik tu dengan selamba jawab, "yerlah, anak-anak semua sibuk kerja..." aduh sedih plak aku dengar... kesian pakcik tu... dah la naik wheel chair... tah macam mana la dia datang PPUM agaknya... Anak-anak dia takkan la tak leh nak bawak bapak sendiri gi spital... hurmmm.. dunia akhir zaman...

2.3.10

KP Pendidikan Jasmani????

Tadi masa gi pejabat, GB panggil aku dan tanyer aku bleh tak aku jadi KP pendidikan jasmani? Aduuuuuiiiiiiyyyyaaaiiii... camner aku nak tolak ni.. kang dia kata KPLI takleh buat keje plak... nekad! aku tolak dengan baik, aku cakap "puan, bukan saya taknak, tapi....." tak sempat aku nak teruskan ayat, dia kata yer mmg cikgu zul banyak keje cikgu disiplin mmg banyak keje.. aik, dalam hati aku kata "tahu plak GB" memang la banyak keje nyerrrrrrrrr tak terkira... cuma skang ni wife aku dan kengkawan guru aku yang bagi semangat utk aku... tadi jer pon aku kena pegi hantar anak orang ke PPUM... Mana taknyer.. tetiba dalam kelas, mengadu sakit dada.. pergh, kang tetiba tumbang budak tu kang tak pasal pasal sekolah yang kena... Aku jugak pegi hantar ke PPUM.. tapi aku menulis ni bukan nak berleter or berlagak or bangga diri... Cuma, ada satu perkara yang menyayat hati aku berlaku di bahagian trauma dan kecemasan... apa dia??? baca next post.....