21.6.11

Lama sangat tinggalkan blog...

Salam... dek kerana sibuk yang teramat sangat... Tugasan di sekolah, pindah rumah dan macam-macam lagi, aku terlupa nak update blog.

Alhamdulillah, pindah dah pon pindah... Pn. Isteri pula akan memulakan kerjayanya di MTDC-UPM. Aku pula berulang dari Sri Kembangan ke Kampung Tunku.

Rezeki lebih, aku beli lah moto sebiji.. Nimota Ranger X 150cc. Buat aku ulang-alik ke tempat kerja. Citer pasal motor, Ahad ni InsyaAllah aku join konvoi geng nimota lembah klang ke Genting... Sajer nak cari member yang pakar dan pakai nimota gak.. Senang kalau apa2 hal...

Sambung balik citer memula tadi.. pasal pindah... Bila citer pasal pindah ni, penat tu mmg penat lah.. Satu lagi perkara yang bermain dalam fikiran aku, macam mana lah nanti haziq dan aqilah nak ke tempat baru (taska baru)... tapi alhamdulillah, diorang sangat suka kat taska baru ni.. cuma kesian haziq lah.. dah 1/2 tahun kat tadika.. takper, tahun depan sambung balik yer haziq...

Haziq lah orang yang paling seronok bila pindah rumah baru ni... Yerla, rumah teres, ada tanah, depan rumah ada jalan.. dulu duduk kat appartment, mana ada tempat nak naik beskal dia.. hihihi.. Hadiah dari nanny noriah akhirnya dapat haziq guna...

Citer pasal basikal haziq, tadi haziq jatuh beskal, luka kat siku.. hihihi.. tapi kejap je dia nangis.. yerla, kena pujuk naik motor abah dia.. terus diam.. terus hilang rasa sakit... hihi.. haziq ooo haziq...

cukup la kut buat masa ni, nak mengaktifkan diri memblogging ni... nak kena cari mood gak... Sambung nanti...


Ibu, haziq & aqilah..... I love u alll... mwahhhhh...