4.10.11

Motivasi...?

Salam pada semua... Saja mahu berkongsi mengenai Motivasi... Setiap manusia perlukan motivasi untuk menjalani kehidupan. Motivasi bagi aku adalah, satu kuasa yang meningkatkan semangat kita dalam melakukan sesuatu benda. Contoh, kita perlu sentiasa belajar dan terus belajar... Murid juga begitu... Kerana itu lah mereka bergelar murid... Kadangkala, Murid merasakan bosan untuk belajar, kerana proses pembelajaran adalah sama, cuma bezanya adalah intipatinya...

Jadi untuk menghilangkan rasa bosan murid, MOTIVASI datang memainkan peranannya... Selalunya orang yang BERJAYA dan orang yang KAYA dijadikan "Role Model" untuk menigkatkan motivasi seseorang... Aku terpanggil untuk berkongsi dengan semua mengenai Nick Vujicic <--- klik untuk ke website dan baca banyak cerita mengenai kehidupan dari seluruh dunia yang dikongsikan di sini...

Siapa dia Nick Vujicic ni? aku sampaikan sedikit lah mengenai dia... Seorang yang cacat... Tiada kaki.. Tiada tangan... Sepanjang hidupnya, dia berusaha mengharungi hidupnya. Dibuli, di ejek kerana kekurangannya... Bagaimana seorang yang cacat, tidak berkaki dan tidak bertangan mengharungi hidup seperti BIASA? kenapa saya tulis BIASA dengan huruf besar? BIASA= mandi, berus gigi, sikat rambut, menaip menggunakan komputer, berenang dan bersukan serta banyak lagi perkara yang mungkin kita fikirkan mustahil bagi seorang cacat.



Kepada diru aku sendiri dan semua, Nick mengharungi kehidupan ini tanpa kaki dan tangan.. tanpa pernah rasa putus asa... dia mampu melakukan perkara yang mungkin tak tercapai dek akal kita apabila kita melihat kecacatan beliau... Sama-sama kita tingkatkan motivasi diri kita untuk hidup yang lebih baik seterusnya lebih semangat dalam melakukan kerja dan tanggungjawab kita.. INSYA ALLAH.....