5.12.13
KISAH 5 DISEMBER
4.12.13
KEPUTUSAN EGTUKAR SESI JANUARI 2014
Keputusan Penempatan Pertukaran (Antara Negeri, Antara Daerah , Dalam Daerah) Bagi Urusan Pertukaran Januari 2014 Akan Diumumkan Pada 6 Disember 2013
Sumber - egtukar
3.12.13
Loghat/bahasa Kedah
Sapa Ank Kedah sila baca nohhhh
Loghat Kedah.
1. Qhe-ngau = cakar
2. Se-qheyat = reda/ surut
3. Hambat = kejar
4. Pe-qhembang = tengok dgn sesungguh hati
5. Contiang = lukis / tulis tah apa-apa
6. Ligan = kejar
7. Cemuih = bosan/jemu
8. Tokak = gigit besar
9. Gey-qhek = basikal
10. Gon/gaun = cerun (bukit kecil)
11. Belemoih = comot/ kotor
12. Tetomoih = tersungkor
13. Ku-tey = cubit
14. Tak dan = tak sempat
15. Hebiaq = celupar
16. Maneh melecaih = tersangat manis 17. Lencun = basah
18. Lokoih = basah kuyup
19. Kawaq = pencuri
20. Kanyaq = mentah (berhingus)
21. Ketegaq = degil
22. He-qhot petot = senget benget
23. Me-qhela = gatal
24. Log laq = cemekap/ cuai
25. Hawing = pusing
26. Punggai = baling/ lempar
27. Tengalong = tuju/ baling
28. Me-qhe-kah = Kupas/ koyak / merekah
29. Ayaq achaq = air longkang
30 .Ha-qhin = hancing
31. Kelepiaq = melibas
32. Kelolo = "tak berapa betoi" / suka buat jokes
33. Hemoi = "muka tak malu"
34. Me-qhe-nyeh = menggatal
35. Dak-aih = tak "matching" / tak mau
36. Hapak pera'e = bau hapak
37. Hijau me-qhe-ngak = telalu "hijau"
38. Celuih = muat
39. Me-qhelit me-qhelap = berkilau- kilau
40. Me-qhe-yup = jauh/ sayup / nak malam
41. Qhem-pang = "tergedik-gedik"
42. Kampoi = kumpul/ kaut
43. Je-qhang = rebus
44. Capoi = celupar
45. Te-qhe-bey = lastik
46. Melo-qhoih = lucut/ gelongsor
47. Me-qho-not = membongkok
48. Sene-qheh = selisih
49. Be-qha-chaq = comot/ kotor
50. Qhembang = gemuk / merembang
51. Pedo = hati-hati
52. Peqhusah = urus
53. Hapuih = tenggelam (lemas)
54. Qhan-dok = redah
55. Se-ghoh = kebah/ kurus
56. Qhen-jong = tinggi lampai
57. Pe-qho-ngoih = panas baran
58. Takek = ketuk/potong
59 Be-qhemba = bersaing/ lumba
60. Qhe-tiaq = ikhtiar/ fikir
61. Ge-qhet = gigit
62. Tahaq = tahan
63. Qha-gaih = panjat
64. Melewaq = merayau
65. Melahaq = kebulur
66. Qha-bat. = naik/panjat
67. Qhim-bok = belasah
68. Mengkelai = berkelahi
69. Cuak = seram / tak sedap hati
70. Juih = mulut muncung
71. Melilau = terhoyong hayang / berjalan-jalan
72. Qhodong = melulu
73. Qhedah = redah
74. Ayaq seqhebat = air sirap
75. Peqhasat = sangat dengki
76. Mandom = lembap / lambat
77. Ceqhoi = sangat cair / lekeh ( untuk anak muda )
78. Tepok = lumpuh / tampar
79. Qha-bit = terkoyak / pecah ( untuk kaca )
80. Kok-ko = dukung
81. Mai = mari
82. Terple'ot = terseliuh
83. Gomoi = bergaduh/ bergusti
84. Ketit = cubit / kena gigit serangga
85. Ga-qhet = gatal/ mengada-ada khas utk pompuan
86. Nala = tersangat / besar
87. Mang-kark = buah tak masak / perangai tak elok
88. Bergenuak = berduyun- duyun / ramai
89. Pediah = habuan
90. Polok = makan penuh mulut
91. Tey-liang = senget / memandang dgn pandangan sisi
92. Qhe-ling = jeling
93. Peng-kaq = kaki tempang
94. Me-qhe-nyut = serabut ( cacing @ semut )
95. Kesot = alih mengesot
96. Lanyau = bersihkan / sejenis binatang kecil
97. Cempong = angkat/ dukung
98. Lekaq = lapik periuk dibuat dari lidi
99. Conek = ekor
100. Depa = mereka
101. Qha-let = leka/cuai
102. Cey-mey = Mata bengkak dek kena pukul / free
103. Bakup = mata layu / mata bengkak
104. Katok = ketuk/pukul
105. Buah ce-qhe-mai = buah cermai
106. Buah qhe-yang-dot = buah keriang besar kat kampung2 dikedah!
107. Ikan ka-qhen. = ikan laga
108. Bijik qhe-mia = warna keunguan
109. Ikan temenung = ikan kembong
110. Sendai = ketatkan/ kemaskan / selak/lapet
111. Ketuat = kutil
112. Mengacom = mengadu
113. Mengkelan = tersangkut makanan
114. Kueh danga = kueh dari kelapa parut, gula dan dibakar
115. Kueh ka-qhas = kueh macam "bihun" / karas
116. Mot = bawak/ muat / bonceng
117. En-jos = exzos
118. Pedai ayam = kunci mangga/padlock 119. Pre-went = sprocket/ freewheel
120. Pe-diaq = rasa macam "colgate" / rasa durian yg tak manis
121. To-qheh = turis/ calar
122. Tungging buyung = "somersault"
123. Ponen = pondan/lembut, waria
124. Kesot = Injak / mengesot
125. Qhamaih = Ramas
126. Boroi = Berperut buncit
127. Kedeqhat = Kudrat
128. Biaq = Biar
129. Qhabat = Panjat
130. Ragaih = Panjat
131. Ghamei = Suka/gembira
132. Terebey = Lastik
133. Keciwi / ciwi = Belagak dgn barang baru beli /syok sendiri
134. Belengaih = Kotor
135. Contiang = Lukis
136. Mengkala = Kalau / seandainya
137. Katik / kemetot = Kecik / kiut miut
138. Celapak = Terkam / lompat
139. Se-gheyau = Takut- takut
140. Mengketedarah = Makan / makan dgn banyak
141. Melahaq = Lapar /Makan
142. Hampa = Mereka / kamu / awak
143. Depa = Mereka
144. Merenyam = Gatal (playgirl)
145. Tak dan = Tak sempat
146. Nyeh = Buang hingus
147. Ghe-nyeh = Senyum nampak gigi ( senyum kambing )
148. Singkiaq = Singkir (tak bermaksud singkir Darat/Singkir Laut di merbok tu..hehe)
149. Keleboq = Selut hitam
150. Pancoq = paip air
160. Kahaq = Lasak
1.12.13
6 orang guru dapat tukar antara daerah/dalam negeri?
Whoaaa... Gb inform jumaat lepas ada org yg akan tukar sekolah (pertukaran daerah/dalam negeri)... Adakah salah seorang dari 6 org tu adalah aku??? Jeng jeng jenggggggg... Saspen. Tggu je lah keputusannya nanti..
27.11.13
Midbrain activation / otak tengah / seimbangkan penggunaan otak kanan dan kiri.
Assalamualaikum semua.. Grab peluang ini. Hubungi nombor yg tertera pada gambar untuk menempah tempat anda / ingin bertanya..
12.6.13
33, terlalu awal....
Salam... bermula dari minggu lepas aku mula rasa sakit di bahagian tengkuk. Stress kah? Tp tgh cuti sekolah... Biarlah, sehari dua ok dah kut. Tapi sangkaan aku nyata meleset apabila sehingga hari ini aku sering merasa pening dan sakit di bahagian tengkuk. Isnin 10 Jun adalah yg paling sakit.. berdenyut² kepala aku. Badan tetiba jadi srram sejuk... lepas tu berpeluh.
Hari ni pulak, lepas SKS lite aerobic, terus kepala jd berat.... confirmkah darah tinggi? Hmmm...
Nak kena jaga makan
Nak kena makan makanan apa?
Makan sikit?
Makan?
3.4.13
Tahniah Ellmira dan Danish Aqmar...
Alhamdulillah. Pagi tadi bawa budak tournament bowling tenpin MSSD Petaling Utama. Ellnira dari kelas 5 Ros berjaya mendapat pingat EMAS bagi kategori P12 dan adik Danish Aqmar dari kelas 6Ros PERAK bagi kategori L12. Tahniah sekali lagi guys... Cikgu bangga dgan kamu berdua...
28.3.13
Dugaan...
Salam to all...
Sekarang dah pukul 3 pagi, hari khamis 28 mac 2013. Terkenang dugaan² yang mendatang terhadap diri. Dari segi kerjaya, persahabatan ke kepercayaan serta respect.
Mula fikir nak tulis kat blog ni. Tapi ianya agak sensitif. Jadi nukilan kali ini sekadar nak meluah rasa serabut. Dok fikir kenapa ada manusia sebegini. Kembali memikirkan kata² Seorang guru "refleksi diri, kenapa dugaan datang menguji kita" kadang² dugaan sebenarnya adalah wake up call dari terus hanyut. Mungkin.
Satu lagi perkara, sebelum tidur, maafkan semua orang. Juga pohon maaf dari semua orang... dengan yg demikian, saya memaafkan semua dan saya memohon maaf andai saya ada membuat kesilapan...
24.3.13
Apabila murid tahap 1 camping.......
Salam...
Ahahahaha.. gelak dulu baru tulis... perkara ni berlaku semalam.. sabtu malam ahad. Kebetulan cikgu tak ada urusan, cikgu ingat nak bantu lah rakan2 cikgu kat sekolah. Diorang sibuk handle camping budak² tahap 1.
Pendekkan cerita, lepas kami makan kambing bakor, ustaz faizal minta bantu bawa budak2 darjah 3 utk solo drop..
Ahahahaha.. sebelum start sempat bagi takut budak2 ni... tetiba je ada yang demam... tangab kat kepala.. cikgu, badan saya panas... nak demam... katanya... ahahaha... semua kerana takut nak kena solo drop.
It was a great experience for them... lepas abis aktiviti tu, cikgi sempat la buat kesinpulan dan biat rumusan... best best best... itu yg cikgu rasa...
Next, kem kepimpinan.. i bet, this is program gonna be the best camp ever.. cewah... ahahahaha...
17.3.13
Kem Asas, Kem Kepimpinan & Kem Unit Beruniform........
Wow!!! Best.. especially kem kepimpinan. Sebab kem ni under kendalian unit disiplin dan pengawas. Under me... yeah... i bet its gonna be fun yet enjoyable camp! Come on guys (pengawas2, pustakawan anf ketua/penolong kelas) join the camp.
To pengawas, its compulsary for you guys ok... no excuses... as promised.. hehehehe... jom jom jommmmm....
22.2.13
Bola Baling SKKT 2013
Bismillah...
Tahun 2013 adalah tahun ke 4 aku mengurus dan melatih pemain sekolah dalam sukan bola baling.
Tahun 2011 adalah pencapaian terbaik. Naib johan Daerah Petaling Utama. Dan in sha Allah, target tahun ni sama.. FINAL. LESSON Learned from previous tournament. In sha Allah...
FITNES+GAME STRATRGIES+SKILLS=TARGET ACHIEVED... C'mon lah, you can do it... harlem shaking... LOL....
GARANG-Sejauh mana keberkesanannya dalam mendidik?
Ni sebabnya tadi waktu nilam, bawak budak ke PSS. baca buku then rekodkan apa yg mereka baca... Kalau tak di tempik awal2, memang budak2 ni akan buat bising. Dah nama pon budak, bercakap, berlari, bermain tu kesukaan mereka.
Tadi masa si PSS, aku cuba gunakan kembali pendekatan garang... grrrrr. hahahaha...
Alhamdulillah, murid semua diam. Termasuk murid sesi petang. Diorang nak masuk jer aku sergah... hah!!! Korang nak masuk sini nak buat apa? Diorang jawab, baca buku. Aku cakap pd diorang, kalau cikgu dgr suara kamu, siap la kamu... diammm je diorang.
Tapi itulah, anak2 murid zaman sekarang ni. Diorang tahu yg cikgu tak boleh sentuh murid. Hmmm.. so diorang naik kepala lah... sekadar jerit2 takder kesan pada diorang... hmmm entah lah..
Pengalaman... mematangkan pemikiran..
18.2.13
my little princess
Zzzzzzz.. tatap muka budak cimbam ni kejap.... ahahaha.... zzzzzzzzzz
END OF CNY HOLIDAY
Salam...
Hari ni, mula balik kesibukan di sekolah sebagai seorang Guru. And yeah!! Adding new tasks to my roles in school.. this week, bermula lah pencarian bakat pemain bola baling sk kampung tunku...
Ada lagi yg perlu diuruskan sebelum cuti pertengahan penggal pertama mula... ken kepimpinan. All the prefects, ketua and penolong kelas serta pustakawan akan dikumpulkan, kasi ilmu kepimpinan pada diorang.
Sama ada nak buat sehari atau bermalam???? Jeng jeng jengggg... itu tunggu Guru besar decide. Tp macam dia kata, buat sehari pagi sampai petang pon dah cukup.. well, kita tgk jer la nanti.
Hurrmmmm.. breath in... fuhhhh... breath out... busy week to come... need proper rest. Assalam to all... A little muhasabah diri for me before zzz... "thomas edisson" kata dia tak gagal membuat mentol walau beribu kali dia cuba sebelum dia berjaya.. cuma dia guna method lain. Dan apabila dia berjaya, itulah method yg betul dan tepat. So moralnya, jgn kecewa dengan apa yg anda lakukan sekiranya ia tidak menghasilkan sesuatu yg anda inginkan... bersabat kerana ianya belum perfect. Teruskan usaha...
ZzzzzzzzZZZzzzzzz
16.1.13
Rumusan dan kompilasi aktiviti cuti sekolah 2012
Salam...
Rasa semacam malas nak update blog. Buat rumusan jerlah senang...
So, masa cuti sekolah, memang masa aku busy dengan macam² program dan kerja...
Dah... thats conclude everything done on school holidays last year... hahaha... sorry... not in the mood..
Zzzzzzzzz...