1.10.10

Indahnya Kemaafan

Nak tdo, skali aku jumpa link ni.. baca kejap.. Mungkin berguna untuk kita semua..

Setiap manusia itu tidak lari dari melakukan kesilapan dan kesalahan. Sukarnya seseorang untuk memaafkan saudaranya lantas terus menghina saudaranya itu atas kesilapan dan kesalahan yang dilakukan. Apakah penghinaan atau kemaafan yang terbaik buat seseorang yang melakukan kesilapan??

Firman Allah SWT:

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk.

(Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.”

(Surah Al-Hujurat:11)

Rasulullah SAW bersabda:

“Sesiapa yang menghina seseorang kerana dosa yang pernah dilakukannya, maka ia tidak akan mati sebelum melakukan dosa tersebut.”

(HR. Tirmizi)

“Orang yang tidak suka menghormati orang lain, adalah orang yang tidak terhormat. Orang yang dihinakan itu belum tentu dia akan hina atau tidak, tetapi perbuatan menghinakan orang itu sudah menjadi bukti atas kehinaan diri kita sendiri.”

(Hamka)

“Sesiapa yang menutup keaiban seseorang Islam Allah menutup keaibannya di dunia dan di akhirat”.

(HR. Muslim, Ahmad dan Abu Daud)

“Bukanlah seorang beriman itu seorang yang suka mengecam, suka melaknat, suka mengeluarkan kata buruk dan kesat”.

(HR. Bukhari dan Ahmad)

Firman Allah SWT:

“Iaitu orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang lain. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.”

(Surah Ali-Imran:134)

Kemaafan adalah dendam terindah buat saudaramu yang melakukan kesilapan. Tidak ada manusia yang sempurna dan maksum sehingga tiada satu kesalahan pun yang dilakukannya terhadap saudaranya melainkan ‘Nabi Muhammad SAW.

Tiada manusia yang sempurna melainkan saling menasihati antara satu sama lain bagi memperbetulkan kesilapan dan memperbaiki diri menjadi insan yang lebih baik.

“Tidaklah dapat kita mengenal orang melainkan pada tiga keadaan, iaitu tidak dapat diketahui orang pemaaf melainkan ketika dia marah, tidak dapat diketahui orang yang berani kecuali ketika dia berjuang dan tidak dapat dikenal seorang sahabat melainkan ketika kita dalam kesusahan.”

(Luqman Al-Hakim)

Mulailah kemaafan itu dari diri kita sendiri dengan memafkan kesalahan yang pernah dilakukan oleh saudara kita.

Firman Allah SWT:

“Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahwa Allah mengampunimu?”

(Surah an-Nur : 21)

“Maafkanlah semua orang sebelum anda tidur setiap malam bagi mencuci hati dan mencerdaskan minda”

~ Pesanan dari Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

OCToBER 2010

Huwaahhhh.. Sedar tak sedar.. kira sedar la.. dah OKTOBER beb... whoaaa... cepat betul masa berlalu.. sekolah pon lagi 1bulan ++.. then cuti... Thinking of teaching tuition class next year.. tapi kena tgk workload la.. haha... takut tahun depan macam tahun ni gak! banyak kijer... hopefully tak. Sebab ramai lagi cikgu baru.. ngeh ngeh ngeh..

ah, malas nak type.. tdo dulu..

15.9.10

Aidilfitri 2010

Alhamdulillah...

Syukur ke hadrat Allah... Dengan limpah kurniaNya, dapat lagi aku terus hidup di muka bumi ini. Raya tahun ni bagi aku sama seperti raya-raya yang lepas... Seronok dan gembira... First time beraya di pedas (tido sana).. Almaklum lah, dengan cerita² seram yang dorang citer... Alhamdulillah, tak ada apa berlaku...

Tahun ni mula beraya di Puncak Alam... Tak di Kepong... Kenapa? Rumah under renovation.. tak sempat siap raya ni.. hehehe.. so keluarga aku decide beraya di Puncak Alam... Berdesing telingo poik.. Mana tak nya, Appartment rapat²... bebudak main mercun.. aduiyai... tapi takper, raya punya pasal... Seronok, gembira....

Raya kedua, kami ke pedas.. menanti kepulangan kami, mak mertua, pakcik dan makcik serta sedara mara lain.. bukan nak tunggu kamiiiiii ponnnnn.. nak tunggu cucu keduo dorang... si aqilah.. hehehehe... tak pernah jumpa lagi... seronok dorang...

Aku rasa, raya tahun ni aku berjaya tidak menyakitkan perut di raya pertama, kedua dan seterusnya.. cuma angin jer raya.. protttt protttt kentut.. kekekeke... jalan raya, pegi rumah mak long kiah kek mambau.. sedara mara yang lain, mak lang yang sakit teruk kencing manis.. .kesian, tangan dia memula kena kikis, tadi baru dapat berita, dah kena potong.. adui la kesiannya... semoga mak lang sembuh cepat... kaki mak lang dah kena potong dah sebelah.. sian mak lang...

Raya ke 4, kami bertolak ke seremban dua.. rumah mak mertua.... lepak kat sini sampai sabtu.. Sebab sabtu ada kenduri aqiqah anak² den.. hehehe.. dah, den takdo idea dah...

SELAMAT HARI RAYA KEPADA SEMUA
MAAF ZAHIR DAN BATIN

1.9.10

Bukan Senang nak Senang....!

Kata² yang mmg aku pegang dari dulu sampai sekarang.. "Bukan Senang nak Senang".. Sememangnya betul.. nak mencapai kejayaan tu, bukannya senang. Sama seperti kita menolak kereta, memula nak tolak dia bagi jalan, punyalah susah... tapi bila dah jalan, tolak guna satu jari pon gerak... Perniagaan pon macam tu juga... InsyaAllah, aku tanam dalam diri aku, nak buka kedai... Sekarang ni yang aku nampak, nak buka kedai ikan bakar... Tapi itu masih lagi dalam perancangan. Yerla, Bazaar Ramadhan yang aku bukak ni untuk test.. Orang suka atau tidak.. Alhamdulillah, orang suka...

Apa pun, perancangan yang teliti sangat lah diperlukan... InsyaAllah, ada rejeki nanti buat modal permulaan... InsyaAllah...

29.8.10

20 days past

Alhamdulillah, 20 hari dah Ramadhan berlalu... aku pon dah 20 hari +- berniaga di bazaar ramadhan seksyen 7 shah alam... hurm... nak kata untung tu, tak lagi.. tapi aku banyak belajar la dari pengalaman ni... mana nak cari ikan, financial management, menjerit melalak promote ikan bakar aku... hehehehe.. dan yang penting, kenal ramai rakan niaga yang sama² niaga kat bazaar ni... pengalaman dorang yang dorang ceritakan pada aku, aku jadikan pembakar semangat untuk terus berniaga walau ada satu hari tu aku rasa macam nak give up... alhamdulillah, sekarang aku tgk pelan² ada la dalam 5-6 repeat customer.. Alhamdulillah...

Time to sleep (11.00pm dah) esok -kl 3 nak gi pasar borong cari ikan.. huhuhu.. besarrrrr punyaaaaaa!!!

19.8.10

My Kids





Ikan Bakar Caru Otai @ Seksyen 7 Shah Alam...

Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah SWT... Hari ke 9 berniaga di bazaar ramadhan seksyen 7 Shah Alam menunjukkan peningkatan yang tak disangka.. Alhamdulillah... tq Allah.. InsyaAllah, Sahabat gerai sebelah cakap "Jangan putus asa"... InsyaAllah...

Killer product??? Ikan cecaru sumbat sambal.. mmg tangkap leleh.. huhuhu... Alhamdulillah.... Syukur sangat... Yerp, aku berniaga bulan Ramadhan ni kat Bazaar Ramadhan Seksyen 7 Shah Alam Jalan Kristal... Alhamdulillah.. Antara ikan bakar yang aku jual:

Ikan Pari
Ikan Cencaru <----- Giler best ooo...
Ikan Keli
Ikan Kembong
Kerang sebelah <----- Resepi Mak aku...

Pada yang tahu dimana tempat aku berniaga, datanglah beramai-ramai.. hehehe.. promote... Exact location betul² depan kedai pak aji... InsyaAllah....

Ngantuk. .Tdo dulu.. esok nak cargar gi pasar borong selayang pkl 3 pagi... Roger n Out...

Wassalam...