28.5.09

MU 0 Barca 2

MU kalah.. Tahniah Barca.. aku tak terkilan sangat MU kalah.. Dua² Fav Footbal club aku... takper la pon kalah.. tahun depan ada lagi... >_< Aku pon bukan tgk pon game.. tak larat.. smalam raptai konvo maktab... balik pon dah petang, pastu shoot plak gi kepong balik terus tdo...

apa pon, Glory Glory Barcaunited..... erk... hahahahaha....

27.5.09

The worst convocation I ever had!

Giler tak best langsung.. rasa macam malas jer nak pegi konvo esok.. dah la pegawai dari IPIS datang lambat... maktab lain dah register dah, budak² IPIS duduk la tunggu diorang sampai.. padahal IPIS paling dekat dengan tempat konvo tu...
Yang bengang nyer plak lagi, daftar dari pagi, igtkan terus raptai... alih² pkl 2 petang kena datang balik utk raptai.. perghhhhhhh.... angin jer dengar... takper sabar.. pastu time pkl 2 biler masuk dewan, tak gak mula.. 2.30, tak gak mula... Pkl 3 baru laaaaaa nak mula.. dengan budak berterabur tak bersusun.. pastu tak tau nak duduk mana ibu bapa.. adoiyaiiiiii.. baik konvo kat maktab jer macam tahun 2007 punyer batch! lagi senang.. pastu, masa raptai, bleh plak stop stop... ulang balik.. adoiiii yaiiiiiiiiiii.. last skali, aku blah balik... esok tawakkal jer la...
Boringggggggggggggggggggggggggggg.. konvo yang hampeh.. tak tau la gambar camner nanti... tunggu jer la...

26.5.09

Hari ini hari Selasa...

Semua kelas aku punya rekod profil murid aku dah selesaikan.. esok nak gi raptai konvo maktab... lusa konvo... tulat perjumpaan ibu bapa dengan guru kelas... arghhhh..... pastu gi camping plak...

Call isteri aku tanyer dia ok ker dak? masih muntah dan cirit-birit lagi ker? dia kata ok dah, dah tak muntah² cuma cirit-birit jer masih ada... haziq plak tadi makan banyak jgk lah. Nampak macam selera makan dia dah ada balik.. Banyak gak dia makan... Kentang goreng, Air soya, kek coklat dan jagung... Banyakkkkkkkkkkk..? tak la, dia makan skit² jer... better then nothing....




Artis dijulang, doktor dan guru pula dicemuh

Aku ada cakap pada post sebelum ni yang aku akan post cabaran² seorang pendidik.. Artikel ni aku terbaca dalam banyak blog mereka yang mungkin bergelar guru dan doktor... Renung-renungkanlah....


Artis dijulang, doktor dan guru pula dicemuh
ANUGERAH Industri Muzik (AIM) kali ke-16 baru sahaja melabuhkan sauhnya. Artis-artis yang ditabalkan sebagai pemenang dalam kategori masing-masing pulang dengan hadiah-hadiah lumayan yang ditawarkan oleh pihak penganjur. Pengiktirafan demi pengiktirafan dihamparkan kepada golongan artis atas jasa menghiburkan pelbagai lapisan masyarakat tidak kira tua mahu pun muda. Malah artis seperti Datuk Siti Nurhaliza, penyanyi nombor satu negara telah meraih sebanyak lebih daripada 150 anugerah seni dalam dan luar negara hasil daripada nyanyiannya yang berjaya menghibur para pendengar.Terbaru, Tomok pula dianugerahkan dengan ganjaran RM1 juta kerana memenangi pertandingan One In A Million. Meet Uncle Hussain juga tidak kurang hebatnya apabila telah mengungguli tiga anugerah hiburan berprestij tahun ini iaitu Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-23, Anugerah Bintang Popular dan AIM ke-16.


Di sudut yang lain, doktor yang bergadai nyawa siang dan malam menyelamatkan nyawa ribuan manusia jarang diberi penghormatan sebesar itu, malah sering dipersalahkan atas kelemahan dan kecuaian yang berlaku. Mungkin tidak ramai yang prihatin apabila para doktor dan jururawat sentiasa berada di barisan hadapan setiap kali negara dilanda wabak penyakit yang merungsingkan semua.Lihat sahaja ketika ini, di saat seluruh dunia bimbang akan penyebaran virus influenza A (H1N1), para doktor berkorban nyawa, menanggung risiko kemungkinan dijangkiti wabak itu, apabila mereka dipertanggungjawabkan dengan tugas memeriksa setiap pelawat yang tiba di pintu masuk utama negara. Mereka dikerah bertugas siang dan malam semata-mata bagi mengawal penyebaran wabak ini kepada rakyat Malaysia. Perkara serupa juga berlaku ketika negara diserang virus JE dan virus Nipah. Para doktor dan jururawat jugalah yang bertungkus-lumus menyelamatkan nyawa rakyat Malaysia, sehingga ada di kalangan mereka yang turut dijangkiti virus itu.Selayaknya para doktor dan jururawat diberi penghormatan yang sebesar-besarnya atas jasa bakti menyelamatkan seluruh warga negara Malaysia tanpa mengira kaum dan ikutan agama daripada dijangkiti penyakit berbahaya ini.Kecuaian yang mungkin dilakukan oleh sesetengah pengamal perubatan tidak wajar dijadikan alasan untuk memperlekehkan mereka, sehingga seolah-olah segala jasa bakti kepada negara dilupakan begitu sahaja.Sebagai manusia biasa yang tidak maksum, semua perlu sedar bahawa kekurangan dan kealpaan merupakan sifat semula jadi manusia. Malah yang afdal, segala kelemahan dan kecuaian yang berlaku diganti dengan usaha-usaha penambah baikkan untuk manfaat bersama.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: ''Semua anak Adam melakukan kesalahan dan sebaik-baik yang melakukan kesalahan adalah orang yang bertaubat, berhenti daripada melakukan kesalahan itu.''

Golongan guru juga sering menerima nasib yang sama. Setiap kali pelajar dihukum kerana kenakalan anak-anak, mereka dihujani dengan pelbagai tohmahan dan kata-kata nista. Masyarakat kelihatan alpa dengan cabaran dunia pendidikan masa kini yang jauh berbeza daripada zaman lalu.Sering kali dilaporkan berita murid membelasah guru dan tidak kurang juga terdapat laporan-laporan yang melibatkan salah laku guru. Semua ini berlaku kerana faktor persekitaran yang turut menyumbang kepada masalah yang berlaku. Oleh itu, ungkapan guru umpama lilin, membakar diri untuk kebahagiaan orang lain selayaknya dihayati dengan rasa tanggungjawab bersama. Ini kerana tugas memberi pendidikan tidak hanya terbatas kepada guru di sekolah sepenuhnya. Ibu bapa juga wajar memainkan peranan sebagai pendidik kepada anak ketika mereka di rumah. Malah jika diteliti, mereka lebih lama berada di rumah berbanding di sekolah yang hanya memakan masa lebih kurang tujuh hingga lapan jam sahaja sehari.Ibu bapa juga disaran menjadi contoh teladan terbaik kepada anak-anak dengan sentiasa melakukan ketaatan dan kebajikan.


Amalan solat berjemaah bersama seluruh ahli keluarga selain dapat merapatkan hubungan dengan Allah SWT juga mampu menjadi mekanisme terbaik kepada pendidikan anak-anak. Tulisan ini tidak bermaksud untuk menyatakan isu betul dan salah, sebaliknya marilah kita seluruh warga negara atas prinsip One Malaysia, bersama berganding bahu memperbaiki segala kelemahan dan kekurangan yang berlaku. Amalan menuding jari menyalahkan orang lain tidak akan memberi apa-apa kebaikan untuk kejayaan bersama. Adalah lebih manis jika cadangan-cadangan penambahbaikkan disalurkan kepada pihak-pihak tertentu agar perkara serupa tidak berulang kembali.

Tak ada keje... hahaha...!

Abah, Haziq & Ibu.

25.5.09

Food Poisoning...!

Isteri dan anak aku keracunan makanan.. kesian diorang.. muntah² dan cirit-birit... dah pegi klinik dah amek ubat... untuk anak jer.. wife aku tak amek ubat pon sebab dia kata leh tahan.. tapi dah lama dah dia muntah dan cirit.. kesian dia... tapi lom try lagi pil chi kit teck aun..

Kalau esok tak ok gak, esok aku nak paksa gak isteri aku gi klinik dan anak aku, aku nak hantar ke klinik pakar kanak²... Ya Allah, sembuhkanlah penyakit mereka... amin......

Streesed and exhausted!


Should i do this?................. >_<