31.12.09
24.12.09
Last weekend Activity?
something bad happen on that day... masa kenduri sebelah lelaki (adik ipar aku), ada plak makhluk ni mencuri... handbag mak mertua aku, handbag makcik dan sepupu aku nyer purse jadi mangsa...
sakit hati betul la.. but i believe, ada hikmah disebalik kejadian tu... tapi kesian gak la kat mak mertua aku total hilang RM20k agaknya.. dengan rantai emas ada kat dalam tu
aku doakan agar orang yang mencuri tu di beri petunjuk dan berhentilah buat perkara yang tak elok. siap leh pakai kredit kad yang dia curi plak tu....
15.12.09
3rd
I love you SSSOOOOO Much....
15.12.2009 genap 3 tahun aku berkahwin... kini bergelar bapa kepada seorang anak yang comel dan bijak.. Zulhaziq. InsyaAllah, tahun depan adik haziq lahir. Kini juga aku bergelar seorang pendidik. InsyaAllah akan aku jalankan tanggungjawabku dengan baik sebagai seorang Suami, Bapa dan Pendidik anak bangsaku...
SubhanAllah, Alhamdulillah, La ilahaillAllah, Allahuakbar...
14.12.09
Family
syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti,
dalam hanya beberapa hari?
Tetapi keluarga yang kita tinggalkan,
akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat.
Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja,
Melebihi keluarga kita, adalah merupakan suatu pelaburan yang tidak bijak.
Bukankah begitu?
Jadi apakah maksud yang tersirat?
Tahukah anda makna "FAMILY"?
FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU
Busy weekend
NeXt weekend sure lagi busy... Minum lah tongkat ali.. haha...
My brother in in law seram sejuk.. huhuhu nak kawen dah.. good luck shazilie.. hehe..
11.12.09
Trip to Sarawak [Part 3]
Alhamdulillah, hari keempat, isteri aku dah tak sakit perut dah.. Syukur... Hari Khamis, jumaat dah nak raya haji... sementara isteri aku tolong mak angkat buat persiapan (rendang, lemang etc) aku ngan bapak gi kuching beli ikan terubok masin.. huhu berjalan la ngan bapak, skali sembang politik plak ngan dia.. huhuhu kat sana mmg kalo dah sokong bulan, sampai sanggup bertumbuk tu.. yer, cikgu pon ada yang bertumbuk sesama cikgu dek kerana fanatik sangat.. taksub sangat... aduih la.. borak borak borak borak, sampai pasar satok, ada plak kawan bapak angkat isteri aku ni niaga ikan terubok.. perghhhhhh beb.. memang borong beb.. RM 40 dapat 11 ekor bebbbbb.... bosar bosar ikan nye plak tu.. huhuhuhu.. lepas bershoping, balik la rumah... cam biasa, makan memang sodap.. haha.. malam terakhir kami disana, aku dan isteri bercadang nak tdo bawah... ok la, mak bapak kata ok jer... Alhamdulillah, isteri aku dah tak sakit perut, haziq lena yang teramat sangat... sebab apa ek? bilik tu ker? entah la..
Aidiladha menjelang tiba, teringat plak keluarga kat kl.. huhuAhu.. tula, lenkali beli tiket, tgk bebetul.. kan dah beraya kat swk.. huhuhu.. tapi tetap best hoooo.. serious, pengalaman baru... sebab apa? kalo kat kl, sudah tentu sembelih lembu menjadi kelaziman kan? ni kat kampung mang kota samarahan, lain beb.. sangat lain, tak tau la kut tempat lain kat semenanjung ada gak buat camni... ok, selesai solat sunat aidiladha, semua orang akan balik ke rumah memasing.. tepat jam 10am, semua orang datang balik masjid kampung mang bawak makanan sedulang... tak kira la apa pon, kuih ker nasik ker... mmg banyak beb..... igt ada gak dalam 30-40 dulang... perghhhhh.. makan la beramai ramai... aku target udang jer.. hahaha.. takyah target, bapak angkat aku dah panggil "ha adid, mari sini, ada udang bessarrrr punyaaaa" huhuhuh sodap sodap... mmg seronok la tgk ramai ramai makan... pengalaman baru...
Petang tu packing barang.. dah nak balik dah.. kejap jer rasa 5 hari... hurm... gerak ke airport, ramai yang menghantar kami... keluarga angkat aku, ngan keluarga angkat isteri aku.. cam nak hantar buat haji.. :D... tu tanda diorang menghargai kami yang masih mengingati mereka walau dah hampir 5 tahun tak jumpa... huhuhu.. masa dah time, kami masuk... keluarga angkat semua tgk sambil melambai sedih.. aku tgk isteri aku, control sedih... melayan haziq.. aku plak sebak gak la.. hahaha acah jer.. kekekekeke... naik kapal terbang, cam biasaaaaaaaa! haziq la paling seronok.. kapal gebang gebang.. huhuhuhu... best dan seronok trip ke swk.. .insyaAllah, kami akan ke sana lagi...

