31.1.10

5 Teratai Kelas Kemahiran Hidup

Dalam aku kelam-kabut mengurus kelas aku, alhamdulillah, tanggungjawab aku sebagai guru tak aku abaikan tanpa sebab... sempat aku mengajar kelas aku topik KH Menyelesaikan Masalah Secara Kreatif. Dalam buku teks disaran pakai straw, tapi aku suruh bebudak bawak batang aiskrim.. huhuh... Kreatif la jugak bebudak ni...

30.1.10

Entering the 2nd month of the year...

Hurm... dah sebulan berlalu. 1 bulan yang menguji betu lah. Menguatkan lagi Kenyataan aku yang berbunyi "bukan senang jadi cikgu"... giler betul la... keje banyak betul, isnin ni pulak perlantikan pengawas.. hurm....... arghhhhh. Aku rasa cam Pentabir ni tak adil la plak... cuba tgk ni:

Jawatan yang di pegang oleh aku
  1. Ketua Unit Disiplin (keje ni mmg penat la, sekolah aku ni banyak gak la masalah disiplin)
  2. Guru Kelas (sepertimana yang korang tahu, guru kelas mmg sibuk)
  3. Ketua Guru Rumah Merah (nak susun atlit, nak buat ini nak buat tu.. giler apa, dah 2 tahun Merah juara, kalo tahun ni kalah, mesti aku kena sound!! ada aku peduli? Aku sound balik jer kang!!! ha...)
  4. Teknikal sukan
  5. Guru Bola Baling
  6. Ketua Kelab Alam Sekita (dah tukar dah, Seb baik member aku tarik keluar nama aku)
  7. S/u PJK
  8. S/u Muzik
Penat, penat, penat......... tapi takper la, bak kata wife aku, redha dan redah jer laaaa... oh ya citer pasal wife, 29th January 2010 tempoh hari adalah hari lahir dia.. HAPPY BIRTHDAY Dear... malam sebelum 29 tu, order pizza.. makan berdua jer ngan dia kat rumah.. haziq dah tdo.. hehehehe.. sambil tgk cerita "the bank job" waiting for the time to pass 12am rasa cam lama nak tunggu pkl 12.. bila 12am jer aku bebuat cam sakit semput pastu wife aku gelabah.. terus dia tarik tangan aku.. pastu dia tanyer kenapa abang??? abang, jangan la cam ni... haha.. terus aku wish dia Happy birthday sayang... hahaha pelepappppppppppppppp kena sebijik.. kekekekeke.. Love you dear... walau ayang rasa tak semeriah mana sambutan birthday ayang, abang tetap meletakkan ayang di tempat yang istimewa di hati abang...

Hurm.. Sabtu, pegi urut .. pergh, best... tapi best dia mmg tak tahan la aku.. terangkat la gak kaki time kena urut.. urghh... lepas gi mengurut, kami bawak haziq naik chuchutrain... hahahaha.. naik Star LRT.. bawak dia gi sentul then patah balik ke sogo... dia tak pernah naik Keretapi, sekali bila naik dah takmo turun.. huhuhuhu..... takper la haziq, len kali kita naik lagi ok....

Enough for now, nak sambung tdo bali.. sebenarnya terbangun dari tdo... terus online.. terasa nak update blog...

continued.......

16.1.10

No title....

hahaaaaaaa... damn bored... Internet @ latan biru dah takder.. tah perhal lak tak leh connect... diorang dah potong kut... hurmmm.. 6 bulan pakai internet free.. haha... dalam dilemma nak pakai broadband celcom ker atau maxis... hurm.. Sekolah dah 2 minggu start... banyak tanggungjawab kena pikul tahun ni... urgggghhhhhhhh...

Cikgu kat skolah ramai yang baru masuk.. but the sad thing is 2 orang kawan aku Severinus & Syazmin pindah skolah... sev balik sabah, min balik N9... hurm.... diorang ni lah antara kawan-kawan aku di skolah yang banyak membantu.. thanks guys... Aku hargai bantuan korang semua...

Arghh internet tak ada plak kat latan biruuuuuuuu.. tension.. ni pon online kat puncak alam.. rumah mak mertua... jap lagi nak gi jenjalan ke meru... hehe... nak makan satay jap.... roger and out..

31.12.09

Farmville

ahahahahaha... tak pasal² aku pon terjebak dengan benda ni.. huhuhu.. ni ada gambar aku amek dari FB kawan aku.. untuk tatapan... hahahahha kelakar giler....


KLIK GAMBAR DIATAS

24.12.09

Santau


Tadi gi tengok citer santau kat TGV Ou..

tak best la.. Lagi best tgk citer JPB ngan JT...

agak kecewa la gak sebab member kata best.. hahaha.. member aku tu nak promote filem ni la tu..

Tapi haziq tgk dari mula sampai habis tu.. giler r.. tak tdo..


JPB=Jangan pandang belakang
JT=Jangan tegur

Last weekend Activity?

Huhu tiring weekend... kenduri kenduri kenduri.. yeah.. adik ipar aku kawen.. tapi, terkenang la gak 3 tahun yang sudah.. heheheheh..

something bad happen on that day... masa kenduri sebelah lelaki (adik ipar aku), ada plak makhluk ni mencuri... handbag mak mertua aku, handbag makcik dan sepupu aku nyer purse jadi mangsa...

sakit hati betul la.. but i believe, ada hikmah disebalik kejadian tu... tapi kesian gak la kat mak mertua aku total hilang RM20k agaknya.. dengan rantai emas ada kat dalam tu

aku doakan agar orang yang mencuri tu di beri petunjuk dan berhentilah buat perkara yang tak elok. siap leh pakai kredit kad yang dia curi plak tu....

15.12.09

3rd

Happy third aniv. to my dearest wife Mardhiah Hayati...Selamat ulangtahun perkahwinan yang ke 3 tahun......... :*

I love you SSSOOOOO Much....

15.12.2009 genap 3 tahun aku berkahwin... kini bergelar bapa kepada seorang anak yang comel dan bijak.. Zulhaziq. InsyaAllah, tahun depan adik haziq lahir. Kini juga aku bergelar seorang pendidik. InsyaAllah akan aku jalankan tanggungjawabku dengan baik sebagai seorang Suami, Bapa dan Pendidik anak bangsaku...

SubhanAllah, Alhamdulillah, La ilahaillAllah, Allahuakbar...