29.4.10

Insan baru dalam keluarga kami...

Alhamdulillah,

Tarikh 28 April 2010 jam 10.50am, isteriku telah melahirkan anak kedua kami.. Nur Aqilah Zulfa.. Berkat doa keluarga tercinta dan kawan-kawan guru serta anak muridku, isteriku selamat melahirkan anak perempuan... Alhamdulillah, bersalin normal... Ini adalah hadiah kepada kami setelah berjaya menjalani dugaan Allah 2 minggu yang sudah... Isteri aku, asma teruk.. yang sangaaaaaaatttttttt teruk... Dengan kehendakNya, asma langsung tak menyerang isteri aku semasa bersalin... Terima Kasih ALLAH... Alhamdulillah...

Terima kasih juga pada semua yang mendoakan keselamatan dan kesejahteraan kami... Semoga Allah membalas doa kalian dengan keselamatan dan kesejahteraan... Amin yarabbal alamin...


Insan baru

24.4.10

Seminggu + seminggu yang penuh dugaan...

Salam...

Lama tak update blog..lately sibuk dengan Kem Kepimpinan. Banyak perkara yang aku lalui sepanjang seminggu lepas. Kelam kabut nak ke hulu langat.. Hari Rabu (14/4/2010) isteriku di tahan di hospital sungai buluh. Asma yang serius kata doktor. paru² isteri aku sempit laluannya. Kena tahan wad. Sebak la pulak.. Dugaan ni aku bawa bersama ke Hulu Langat... Rasa tak best.. rasa tak sedap.. rasa tak senang bila mengenang wife yang kat hospital.. aku plak pegi bawak budak gi kem... Tapi dah tanggung jawab.. kena buat juga...

Alhamdulillah.. sepanjang di kem, murid seronok... Nak pula hari last, aku dan guru lain amek keputusan untuk membenarkan murid mandi sungai... Seronok diorang.. Siap ada yang kata "cikgu, dalam 3 hari ni, hari ni la yang paling best.."... hahahah sebab dapat mandi sungai.. tu yang best tu... Apa pon aku rasa seronok bila diorang seronok...

Selesai kem, Balik ke sekolah.... Isnin dah mula balik sekolah... aku tak sangka sungguh dengan perkara yang aku lihat... perkara ni berlaku bila aku masuk ke kelas 5M, ada murid yang menangis.. aku tak tahu la kenapa... aku tanya lah murid lain... rupanya diorang tengah sampaikan apa yang diorang dapat di kem kepimpinan aritu... bagus betul budak² ni... Alhamdulillah.. harapan cikgu agar korang jangan lupa apa yang telah diajar...

Dalam masa yang sama jugak, terkenang isteri kat hospital... Sempat aku rakam video, haziq suruh ibu dia balik cepat.... huuuuuwaaaaaa.. sebak rasa... Dugaan betul.... tapi, aku bersukur kerana akhirnya isteriku dapat keluar dari hospital hari jumaat (23 April 2010).. Isteri baru keluar hospital esoknya aku kena gi sekolah hari sabtu dan jumaat... Sukaneka dan sukantara... Aku pergi juga... Alhamdulillah, hari sabtu berlalu dengan lancar... Akan tetapi, Allah menduga lagi aku sekali lagi, hari Ahad, anak aku Zulhaziq semput... dengan hati yang redha, aku terima dugaan ni... Aku bagitau Cikgu Zakuan dan Pn Normah pastu terus balik amek haziq bawak gi klinik pakar... alhamdulillah, dia ok.. doktor kata, banyak kahak.. tu yang dia tersedak.. Syukur alhamdulillah...

Skang tinggal tunggu hari jer wifey nak bersalin.. tak tahu lagi biler... tunggu jer lah.. Doakan semuanya selamat.. InsyaAllah... Amin.......

6.4.10

Objektif dan kenapa anda perlu ke Kem Kepimpinan Pengawas

Salam to all...

Pertamanya cikgu nak ucapkan tahniah kepada mereka yang telah pon confirm (menjelaskan yuran kem). Disini cikgu nak ceritakan serba sedikit kenapa kamu semua perlu pergi ke Kem Kepimpinan ini. Sebelum itu, cikgu nak tukar nama program ni dari Kem Kepimpinan Pengawas 2010 kepada Kem Kepimpinan dan Jatidiri SKKT 2010. Memandangkan penyertaan bukan saja dari kalangan pengawas, tetapi Ketua kelas, Penolong dan juga Pustakawan pon ada.. InsyaAllah, murid biasa pon akan join.. Kenapa murid biasa bleh join pula cikgu? Kenapa pula tidak boleh? Takkan la pengawas, ketua kelas, penolong dengan pustakawan jer nak jadi pemimpin... Murid biasa pon nak jadi pemimpin. Mungkin bukan sekarang. Satu masa akan datang, siapa tahu!

Baiklah, sekarang cikgu nak kamu semua perhatikan betul-betul objektif program kepimpinan ini:

  1. Melatih diri kamu, agar bukan sahaja boleh mengurus diri, tetapi anda boleh mengurus kumpulan anda. Ini penting pada suatu masa akan datang untuk kamu semua. Kalau kamu tak ada skil ini, macam mana nanti kamu nak jadi Ketua, Pengarah dan lain-lain. Cikgu akan menilai sama ada anda boleh atau tidak.
  2. Fasilitator adalah dari kalangan mereka yang berjaya. Iaitu abang² dan kakak² kamu semua dari Universiti Putra Malaysia (UPM). Mereka ini terdiri daripada MPP atau Majlis Perwakilan Pelajar di UPM. Mereka adalah ketua pelajar-pelajar di UPM. Ada juga antara mereka yang sedang melanjutkan pelajaran mereka di peringkat MASTER. Jadi, kamu cedok lah pengalam mereka.. tanya pada mereka bagaimana hendak menjadi ketua yang Excellent! Ikutilah Program yang mereka akan jalankan nanti.
  3. Sesetengah murid sebenarnya rasa diri mereka boleh menjadi ketua, tetapi mereka malu dan takut orang akan kata mereka poyo.. Betul tak? even cikgu pon dulu ada juga perasaan ini. Bagaimana kita nak encounter perasaan ini? Jadi Ketua, tapi taknak orang kata kita poyo. haaa.. Macam mana TU? ok cikgu kasi sedikit ilmu lah.. SEBAGAI KETUA, jangan igt kita punya pendapat jer yang betul. You as a leader should ask your group to contribute their ideas. Jangan kamu sesekali berlagak kerana kamu adalah ketua.. kadang-kadang, pendapat group kita lebih bernas dan baik dari idea kita.. Betul tak?
  4. Suasana Kem yang nyaman.
  5. How to be a leader in a stressed up situation. Macam mana kita nak jadi ketua dalam keadaan tertekan?
  6. Melatih diri kamu agar serius dalam menjalani kehidupan.
  7. Melatih diri kamu agar tidak bergantung kepada orang lain.
  8. Keyakinan diri.
Banyak lagi pengalaman yang akan kamu dapat disana nanti. Untuk makluman kamu semua, cikgu dan cikgu lain sebenarnya mahukan kamu sertai kem ini. Tahun lepas, kem di sekolah.. tahun ni, cikgu usaha minta pada Guru Besar untu jalankan aktiviti kem kepimpinan ni di luar sekolah. semuanya kami lakukan untuk kamu. Bukan untuk kepentingan cikgu. Cikgu tak dapat apa pon dari kamu.. Cikgu tak minta apa pon dari kamu cuma cikgu nak kamu sertai kem ini!!!

CIkgu, ibu dan ayah saya tak izinkan.. Pujuk mereka.. Maklumkan pada mereka bahawa, Kokurikulum hendaklah di sertakan dengan Kurikulum.. Apa yang cikgu maksudkan ialah, Sijil Kokurikulum kamu, akan membantu kamu semua nanti apa bila naik sekolah menengah. Ingat tak abang² tahun enam (2009) berkejar kejar cari cikgu nak suruh isi borang kokurikulum. haaaa.. cikgu bukan nak ugut, cikgu kenal siapa yang aktif kokurikulum dan siapa yang tak aktif. Be fair lah kan.. takkan cikgu nak kasi high mark pada orang yang tak contribute dalam Kokurikulum atau KOKO...

Sijil kamu tu nanti berguna bila kamu naik ke tingkatan 1. Senang nak dapat asrama InsyaAllah. Sekolah asrama sekarang ni mahukan pelajar mereka juga aktif dalam koko. so bila kamu banyak sijil, mereka tahulah yang kamu ni aktif koko.. InsyaAllah mudah untuk kamu terpilih.

Jadi, kamu semua fikir-fikirkanlah...


3.4.10

Kem Kepimpinan Pengawas 2010

Salam to all..

Kepada semua Pengawas, Ketua dan Penolong Kelas serta Pustakawan. Kem Kepimpinan 2010 akan di adakan pada ketetapan seperti di bawah:



Tarikh: 16-18 April 2010 (Jumaat - Ahad)
Tempat: Kem Iman D'Semungkis Hulu Langat Batu 14
Klik disini untuk melihat gambar² serta maklumat Tapak Kem
Yuran: RM100.00

Fasilitator berkaliber dari UPM akan bersama kita dalam menjayakan Kem Kepimpinan ini. Objektif Kem ini adalah untuk melahirkan modal insan yang mempunyai kualiti diri dalam menjadi pemimpin. Bermula dari peringkat Sekolah inilah kita sepatutnya menyemai sikap atau skil kepimpinan... Percayalah pada cikgu, apa yang kamu semua pelajari di Kem ini, akan berguna pada suatu hari nanti.

Untuk dapatkan borang, jumpa Ustaz Faizal atau Cikgu Jamaluddin. Serahkan borang tersebut kepada mereka atau kalau cikgu ada, kamu boleh serah pada cikgu...

Sekian