Salam to all...
Pertamanya cikgu nak ucapkan tahniah kepada mereka yang telah pon confirm (menjelaskan yuran kem). Disini cikgu nak ceritakan serba sedikit kenapa kamu semua perlu pergi ke Kem Kepimpinan ini. Sebelum itu, cikgu nak tukar nama program ni dari Kem Kepimpinan Pengawas 2010 kepada Kem Kepimpinan dan Jatidiri SKKT 2010. Memandangkan penyertaan bukan saja dari kalangan pengawas, tetapi Ketua kelas, Penolong dan juga Pustakawan pon ada.. InsyaAllah, murid biasa pon akan join.. Kenapa murid biasa bleh join pula cikgu? Kenapa pula tidak boleh? Takkan la pengawas, ketua kelas, penolong dengan pustakawan jer nak jadi pemimpin... Murid biasa pon nak jadi pemimpin. Mungkin bukan sekarang. Satu masa akan datang, siapa tahu!
Baiklah, sekarang cikgu nak kamu semua perhatikan betul-betul objektif program kepimpinan ini:

- Melatih diri kamu, agar bukan sahaja boleh mengurus diri, tetapi anda boleh mengurus kumpulan anda. Ini penting pada suatu masa akan datang untuk kamu semua. Kalau kamu tak ada skil ini, macam mana nanti kamu nak jadi Ketua, Pengarah dan lain-lain. Cikgu akan menilai sama ada anda boleh atau tidak.
- Fasilitator adalah dari kalangan mereka yang berjaya. Iaitu abang² dan kakak² kamu semua dari Universiti Putra Malaysia (UPM). Mereka ini terdiri daripada MPP atau Majlis Perwakilan Pelajar di UPM. Mereka adalah ketua pelajar-pelajar di UPM. Ada juga antara mereka yang sedang melanjutkan pelajaran mereka di peringkat MASTER. Jadi, kamu cedok lah pengalam mereka.. tanya pada mereka bagaimana hendak menjadi ketua yang Excellent! Ikutilah Program yang mereka akan jalankan nanti.
- Sesetengah murid sebenarnya rasa diri mereka boleh menjadi ketua, tetapi mereka malu dan takut orang akan kata mereka poyo.. Betul tak? even cikgu pon dulu ada juga perasaan ini. Bagaimana kita nak encounter perasaan ini? Jadi Ketua, tapi taknak orang kata kita poyo. haaa.. Macam mana TU? ok cikgu kasi sedikit ilmu lah.. SEBAGAI KETUA, jangan igt kita punya pendapat jer yang betul. You as a leader should ask your group to contribute their ideas. Jangan kamu sesekali berlagak kerana kamu adalah ketua.. kadang-kadang, pendapat group kita lebih bernas dan baik dari idea kita.. Betul tak?
- Suasana Kem yang nyaman.
- How to be a leader in a stressed up situation. Macam mana kita nak jadi ketua dalam keadaan tertekan?
- Melatih diri kamu agar serius dalam menjalani kehidupan.
- Melatih diri kamu agar tidak bergantung kepada orang lain.
- Keyakinan diri.
Banyak lagi pengalaman yang akan kamu dapat disana nanti. Untuk makluman kamu semua, cikgu dan cikgu lain sebenarnya mahukan kamu sertai kem ini. Tahun lepas, kem di sekolah.. tahun ni, cikgu usaha minta pada Guru Besar untu jalankan aktiviti kem kepimpinan ni di luar sekolah. semuanya kami lakukan untuk kamu. Bukan untuk kepentingan cikgu. Cikgu tak dapat apa pon dari kamu.. Cikgu tak minta apa pon dari kamu cuma cikgu nak kamu sertai kem ini!!!
CIkgu, ibu dan ayah saya tak izinkan.. Pujuk mereka.. Maklumkan pada mereka bahawa, Kokurikulum hendaklah di sertakan dengan Kurikulum.. Apa yang cikgu maksudkan ialah, Sijil Kokurikulum kamu, akan membantu kamu semua nanti apa bila naik sekolah menengah. Ingat tak abang² tahun enam (2009) berkejar kejar cari cikgu nak suruh isi borang kokurikulum. haaaa.. cikgu bukan nak ugut, cikgu kenal siapa yang aktif kokurikulum dan siapa yang tak aktif. Be fair lah kan.. takkan cikgu nak kasi high mark pada orang yang tak contribute dalam Kokurikulum atau KOKO...
Sijil kamu tu nanti berguna bila kamu naik ke tingkatan 1. Senang nak dapat asrama InsyaAllah. Sekolah asrama sekarang ni mahukan pelajar mereka juga aktif dalam koko. so bila kamu banyak sijil, mereka tahulah yang kamu ni aktif koko.. InsyaAllah mudah untuk kamu terpilih.
Jadi, kamu semua fikir-fikirkanlah...

No comments:
Post a Comment