8.12.11

Appreciate!!!

It is nice to notice that some of my ex students still linked my blog on theirs... Appreciate it... May Allah bless all of you...

28.11.11

Rasa....

Rasa...
Seperti batuan kecil yang tiada guna...
Tetapi tanpanya mampukah terbinanya bangunan...
Dianggap kotor dan jijik..
Kadang berguna, tak diendah...

Rasa...
Seperti ranting yang reput...
Pabila basah dipandang tiada...
Kering berguna membakar diri...
Getir menyala membuah guna...

Rasa...
Manis gula penyeri masa...
Tiada rasa bila hilangnya...
berlebih jangan berkurang baik...
Tanpanya duka rasa pasti...

Rasa....
Lama tidak pasti masanya...
Tiba masa lambaian menanti...
Sejarah menanti ingat di hati...
RASA tiada berguna lagi......


Zul-af-jam

14.11.11

Bully? Read this befor you try it...

A teacher was teaching her class about bullying, and gave them the following exercise to perform. She had the children take out a piece of paper and told them to crumple it up, stomp on it and really mess it up but not to rip it.

Then she had them unfold the paper, smooth it out and look at how scarred and dirty is was. She then told them to tell it they were sorry. Now, even though... they said they were sorry and tried to fix the paper, she pointed out all the scars they had left behind, and that those scars will never go away no matter how hard they tried to fix it.

That is what happens when a child bullies another child, they may say they’re sorry, but the scars are there forever. The looks on the faces of the children in the classroom told her the message hit home. Copy and paste this if you are against bullying

3.11.11

domet tinggal kat rumah...

Aduila... Dugaan... Cuci kereta kat kedai... Dah hantar, konon bak pwgi minum sambil tunggu cuci kereta, sekali dimpet lupa bawak laaaa... Urggghhhhh... Jalan penyelesaian, call wifey yg masih di tempat kerja...isk isk isk....
Published with Blogger-droid v1.7.4

1.11.11

Cuti sekolah hampir tiba..

Salam buat pembaca... Cuti sekolah hampir tiba, pastinya org yang paling gembira adalah murid... Tak kurang juga ibubapa, mereka juga turut merasa keseronokan cuti sekolah...

SERONOK atau ?????? Memikirkan duit nak dibelanjakan.... Yerlahkan, bila dah cuti sekolah, tentunya nak pergi melancong. Paling tidak pon picnic. Alaaa, benda ni kalau dirancang dengan teliti, insyaAllah tak jadi masalah...

Bagi insan yang bergelar Guru spt aku, seronok tu memanglah seronok.. Tapi, banyak perkara yg perlu dirancang dan disusun untuk sesi persekolahan tahun depan... Bagi aku, sbg Ketua Unit Disiplon dan pengawas, aku perlu merancang byk benda. Pelan stratgik, kem kepimpinan, ini la itu la.. Cuti lah masanya untuk aku merancang semua benda ni. Tambahan pula, aku juga Guru yg bertanggungjawab atas semua p/a system sekolah.. Nak kena hantar baiki mana benda yg rosak...

Apapon, selamat bercuti kepada semua...
Published with Blogger-droid v1.7.4

4.10.11

Motivasi...?

Salam pada semua... Saja mahu berkongsi mengenai Motivasi... Setiap manusia perlukan motivasi untuk menjalani kehidupan. Motivasi bagi aku adalah, satu kuasa yang meningkatkan semangat kita dalam melakukan sesuatu benda. Contoh, kita perlu sentiasa belajar dan terus belajar... Murid juga begitu... Kerana itu lah mereka bergelar murid... Kadangkala, Murid merasakan bosan untuk belajar, kerana proses pembelajaran adalah sama, cuma bezanya adalah intipatinya...

Jadi untuk menghilangkan rasa bosan murid, MOTIVASI datang memainkan peranannya... Selalunya orang yang BERJAYA dan orang yang KAYA dijadikan "Role Model" untuk menigkatkan motivasi seseorang... Aku terpanggil untuk berkongsi dengan semua mengenai Nick Vujicic <--- klik untuk ke website dan baca banyak cerita mengenai kehidupan dari seluruh dunia yang dikongsikan di sini...

Siapa dia Nick Vujicic ni? aku sampaikan sedikit lah mengenai dia... Seorang yang cacat... Tiada kaki.. Tiada tangan... Sepanjang hidupnya, dia berusaha mengharungi hidupnya. Dibuli, di ejek kerana kekurangannya... Bagaimana seorang yang cacat, tidak berkaki dan tidak bertangan mengharungi hidup seperti BIASA? kenapa saya tulis BIASA dengan huruf besar? BIASA= mandi, berus gigi, sikat rambut, menaip menggunakan komputer, berenang dan bersukan serta banyak lagi perkara yang mungkin kita fikirkan mustahil bagi seorang cacat.



Kepada diru aku sendiri dan semua, Nick mengharungi kehidupan ini tanpa kaki dan tangan.. tanpa pernah rasa putus asa... dia mampu melakukan perkara yang mungkin tak tercapai dek akal kita apabila kita melihat kecacatan beliau... Sama-sama kita tingkatkan motivasi diri kita untuk hidup yang lebih baik seterusnya lebih semangat dalam melakukan kerja dan tanggungjawab kita.. INSYA ALLAH.....


2.8.11

Hugo Boss Hugo Just Different


Wow!! aku nak try perfume ni... Sebelum ni aku pakai Hugo Boss Army.. kali ni aku nak cuba pula Hugo Just Different... HEHEHEHE!!!!

Hugo Boss Hugo Just Different is for the man who takes inspiration from everything around him. His journey is unusual and the route he takes seems random; at every step his movement is fast, energetic, spontaneous.
He sees the unexpected and he know that a receptive mind is the key to his creative success and enrichment.He has the ability to see the world around him differently, he is the catalyst for new experiences, and together with his friends he turns the night upside down and back again.Inspired by the unique army water flask shape of the original Hugo Man fragrance, the new Hugo Just Different flacon is a match in shape but comes in an opaque, matte black coat that imbues it with a strong, mysterious and utterly masculine status.

Top note: Aromatic Fougère - the top note drives the freshness of the fragrance with a cool signature built on a complex 'frozen' mint accord.
Heart note: Basil, Freesia, Coriander - this playfully experienced blend accentuates the vibrancy of the scent and creates the unexpected connection between the top and the base note.
Base note: Cashmeran, Patchouli, Oilbanum - the base ingredients are the most memorable pat of the fragrance. Contrasted with the coolness of the mint top notes, it creates a juxtaposition scented image.

2 Ramadhan

Alhamdulillah... Berbuka tadi makan juadah bazaar ramadhan equine park... Makan tak la banyak mana.. dan syukur kenyang yang tak melampau.. hihihihi.. Buka puasa hari pertama, mmg kecundang.. tak larat dibueknyo... malam kedia berbuka, makan pelan2.. hahahaha.. Alhamdulillah, Semoga Ramadhan kali ini diramati kami sekeluarga olehNya yang Maha Kuasa.... InsyaAllah....

27.7.11

Examination week...

Semalam bermulalah exam bagi semua murid di skkt... Good luck to all my beloved student...
Published with Blogger-droid v1.7.4

26.7.11

I'm Quitting Smoking using Niquittin :D


Alhamdulillah.. syukur ke hadrat Allah SWT. Perjuangan aku sebelum ni aku sambung semula... Dulu pernah aku cuba untuk berhenti dari merokok. Tetapi gagal! Kali ni aku tekad bersempena hampir bulan Ramadhan ni, aku nak berhenti merokok.. Untuk dia, dia dan dia.. :D

Memang aku akui, sukar... Kengkadang tu rasa cam nak jadi incredible hulk... Penggunaan Niquittin ni ada membantu aku juga dalam nak berhenti merokok... Alhamdulillah, bila masa aku nak merokok, aku makan benda ni.. kemam dalam mulut... memang tak sedap, tapi yang tak sedap tu lah ubat.. hehe...

Dah seminggu aku lawan nafsu aku dari merokok, alhamdulillah, aku sekadar menghisap 2-3 batang jer rokok...

Ada side effect tak berhenti merokok? Aku rasa ada... Macam kita mula² makan suplement atau apa apa makanan tambahan, badan akan mula berubah dari tak elok kepada elok... dalam masa tu, kita akan rasa sangat mengantuk.. itu apa yang aku rasa.. huhuhu... Kat sekolah, teruk bebenor rasanyer teman..

Tapi, aku teruskan juga... Alhamdulillah, atas sokongan isteri tercinta Mardhiah Hayati Binti Md Zain aku kuat untuk meneruskan perjuangan aku ini.. tq sayang....

13.7.11

Semangat yang hilang.....

Salam pada semua...

Terdetik rasa aku ingin semula menulis blog. Lama tinggal.. Sangat lama.. Selalu paling tidak sehari mesti ada 1-2 post aku akan cerita apa yang berlaku atau berkongsi pada semua...

Mungkin ini salah satu cara aku lepaskan stress.. Mungkin ada yang boleh berkongsi pendapat dan nasihat agar menambah kekuatan aku untuk menempuh dunia ini. Bak kata isteri, mmg kita kengkadang rasa down. Cuma diri kita jer yang kena kuat.. Thanks dear. Tapi kali ni sampai dah rasa muak.

Muak dengan kerenah dan masalah. Yerlah, aku kan guru disiplin di Sekolah Kebangsaan Kampung Tunku. Hari2 confirm adaaaaaaaaaaaa jer yang akan datang mengadu pada aku masalah. Masalah tu dari masalah yang kecil, sehinggalah masalah yang besar.

Aku juga guru biasa. Mengajar murid. Syukurlah aku tak mengajar subjek teras. Aku ajar KH dan PJK. Kalau tak, tentu dah ketinggalan dah dorang. Yerlah, kengkadang masa mengajar aku, terganggu dengan masalah murid sekolah. Tetiba ada jer orang mengadu pasal budak ni gaduh itu la ini la.. biler nak masuk kelas.

Aku rasa aku tak sesuai untuk jadi ketua Unit Disiplin ni. Aku lebih cenderung kepada aktiviti koko. Maksud aku, sukan. Yerlah, dah opsyen pon Pendidikan Jasmani. tapi, ermmm.. entah lah..

Masalah bukan jer dari murid... Dari guru pon ada. Macam2 kerenah. Kalau ada ketidakpuashatian tu cuba2 lah bawak bercakap depan2. Jangan cakap belakang, takder pon selesai tak puas hati tu... entah lah...

Balik rumah, lega rasa hati... Bila jumpa isteri dan anak2, rasa lega..

Entah sampai biler la aku nak rasa camni.. Pegi sekolah dengan keadaan takder mood.. rasa down... malas jer rasa... arghhhhh... tak tau la camner aku nak cakap... Mungkin dengan pindah sekolah aku dapat balik semangat aku tu? :D InsyaAllah...

21.6.11

Lama sangat tinggalkan blog...

Salam... dek kerana sibuk yang teramat sangat... Tugasan di sekolah, pindah rumah dan macam-macam lagi, aku terlupa nak update blog.

Alhamdulillah, pindah dah pon pindah... Pn. Isteri pula akan memulakan kerjayanya di MTDC-UPM. Aku pula berulang dari Sri Kembangan ke Kampung Tunku.

Rezeki lebih, aku beli lah moto sebiji.. Nimota Ranger X 150cc. Buat aku ulang-alik ke tempat kerja. Citer pasal motor, Ahad ni InsyaAllah aku join konvoi geng nimota lembah klang ke Genting... Sajer nak cari member yang pakar dan pakai nimota gak.. Senang kalau apa2 hal...

Sambung balik citer memula tadi.. pasal pindah... Bila citer pasal pindah ni, penat tu mmg penat lah.. Satu lagi perkara yang bermain dalam fikiran aku, macam mana lah nanti haziq dan aqilah nak ke tempat baru (taska baru)... tapi alhamdulillah, diorang sangat suka kat taska baru ni.. cuma kesian haziq lah.. dah 1/2 tahun kat tadika.. takper, tahun depan sambung balik yer haziq...

Haziq lah orang yang paling seronok bila pindah rumah baru ni... Yerla, rumah teres, ada tanah, depan rumah ada jalan.. dulu duduk kat appartment, mana ada tempat nak naik beskal dia.. hihihi.. Hadiah dari nanny noriah akhirnya dapat haziq guna...

Citer pasal basikal haziq, tadi haziq jatuh beskal, luka kat siku.. hihihi.. tapi kejap je dia nangis.. yerla, kena pujuk naik motor abah dia.. terus diam.. terus hilang rasa sakit... hihi.. haziq ooo haziq...

cukup la kut buat masa ni, nak mengaktifkan diri memblogging ni... nak kena cari mood gak... Sambung nanti...


Ibu, haziq & aqilah..... I love u alll... mwahhhhh...

22.4.11

Bola Baling & aku...


Salam...

Dah tiga minggu aku tinggalkan sekolah dek kerana bola baling... Alhamdulillah, banyak ilmu yang aku dapat... Aku nak kongsi pada semua tentang apa yang aku timba... Bermula dari peringkat latihan sekolah sehingga ke MSSS di Sekinchan...

Aku mula melatih budak untuk pasukan bola baling sekolah seawal bulan 2 lagi... Kejohanan pula akan berlangsung pada awal bulan 4. Alhamdulillah berkat usaha dan tekad yang tinggi aku dan pasukan sekolah berjaya meraih tempat kedua Kejohanan Bola Baling MSSD Petaling Utama 2011 yang berlangsung di Kolej Kelima Universiti Malaya..

Bagi aku, ini adalah kejayaan yang sangat bermakna bagi aku dan juga SK Kampung Tunku. Sepengetahuan aku, masih belum pernah lagi SK Kampung Tunku... Aku juga dimaklumkan oleh seorang pengadil semasa kejohanan MSSD di UM yang dia dahulu pernah mengajar di SK kampung tunku tahun 90an sehingga awal tahun 2000... Dimasa itu, SK Kampung Tunku Sememangnya digeruni dalam acara sukan Bola Baling...

Aku ingin kembalikan Semangat Bola Baling SK Kampung Tunku yang dulu... Alhamdulillah, langkah pertama telahpun dimulakan dan inilah hasilnya (Naib Juara Kejohanan Bola Baling MSSD Petaling Utama)

Perjuangan aku dalam arena bola baling tak berhenti sampai disini.. Aku mahukan Pasukan Bola Baling Sekolah terus digeruni... Jadi, dengan tiket seorang pemain bola baling SK Kampung tunku terpilih untuk mewakili daerah Petaling Utama, aku melibatkan diri dalam latihan pusat Pasukan Bola Baling MSSS Petaling Utama. Alhamdulillah, banyak perkara yang aku belajar... Ilmu yang akan aku praktikkan kelak melatih pasukan aku nanti.... InsyaAllah...

8.4.11

SK Kampung Tunku Naib Johan Kejohanan Bola Baling MSSD Petaling Utama 2011


Pertama sekali, aku bersyukur kehadrat Allah SWT atas keberkatan yang diberi, dan peluang yang diberi olehNya, SK Kampung Tunku menjadi Naib Johan Kejohanan Bola Baling MSSD PU... Alhamdulillah.....

Lebih kurang 3 bulan aku latih budak untuk bola baling. Memang sukar nak train... From zero knowledge to Naib Johan? Its not an easy job. Yer, betul.. Memang sukar. Malahan, bagi aku yang tak berapa pandai bab bola baling ni, kena study sendiri.. Aku tgk Game kat youtube. Belajar, dari buku.

Alhamdulillah, Naib Johan bagi aku sudah cukup untuk menukar persepsi sekolah lain bahawa Kampung Tunku masih lagi berbisa dalam sukan bola baling.. :D apa pon lah, aku ucapkan berbanyak terima kasih pada pasukan U12 L&P SKKT... Korang buat aku cukup bangga kerana hanya 3 bulan training, kita boleh jadi Naib Juara....

Tahniah SK Kampung Tunku...

3.3.11

Mampukah aku?

Fuh lama tak post kat blog.. Errrmmm sejak laptop di kidnap, tak dapat nak update blog.. Jangankan blog, FB pon jarang aku bukak.

Cerita sikit pasal minggu depan.. Wife kena gi outstation untuk training staff Perkeso kat KK.. aduih la.. kut KK = Kuala Kangsar takper la.. tapi ni KK = Kota Kinabalu... adeh.. Aku bukan nak mengeluh sebab tak nak atau tak boleh nak jaga anak2, cuma aku ni jenis cepat marah.. kesian plak kat haziq nanti... yerla, dia suka nyakat adik dia...

Lepas pegi KK minggu depan, minggu seterusnya isteri aku kena gi KT plak... train staf perkeso kat sana plak... kalau KT = Kampung Tunku takper gak.. Ni KT= Kuala Terengganu.. huwaaaaa... tapi takper.. Aku cuba jada anak2 dengan baik...

insyaAllah...

22.2.11

Busy yang teramat sibuk!

Awal tahun, macam biasa... Busy dengan sukan dan permainan.. minggu ni jer dapat rest sebab bebudak exam.. so semua latihan di batalkan.. hahahaha... kalau tak mmg tiap2 minggu kena stay sampai petang...

1 Mac 2011 tournament bowling
28 Mac 2011 Bola Baling...
Sukan sekolah lagi...
Kem Kepimpinan...

Tapi takper, dah mmg bidang den... InsyaAllah dapat menjalankan tugas dengan baik...

4.2.11

Hari Rabu..... 3rd February 2011

Alhamdulillah...

Sekian lama tak keluar berdua, semalam (Rabu) aku dan isteri keluar dating... Kami ke Middvalley... Pegi tgk wayang beb.. pergh.. tgok 2 wayang terus.. memula tgk cerita Khurafat.... Mmg best la.. Cerita hantu Malaysia yang pertama mengikut kehendak aku.. Apa yang aku harapkan dalam filem seram Malaysia akhirnya terkabul... Bagus betul si anak Yusuf Haslam.. Saluteeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee!!! Cerita yang memang aku tak dapat baca siapakah dan apakah yang membuatkan keluarga mereka dikacau oleh hantu... Wayang start 1.45PM sampai pkl 3.05PM.....

Cerita Paranormal activity 2 plak start pukul 3.15PM habis pkl 5.00PM... memang layan la beb... cerita ni bukan sambungan dari cerita paranormal activity 1.. cuma cerita ni berlaku serentak dengan cerita paranormal activity 1.. layan sangat.....

Lepas tgk wayang kami ke Kepong... Pegi Selayang Mall, layan bowling 2 game.. lepas tu pekena Sushi King.. pergh.. meletup... kenyang... Sempat beli 2 slice cake Secret Recipe.. dah janji nak beli utk wife.. hehehehehe... Apa pon, aku rasa sangat seronok... Aku tahu dia juga seronok... Lain kali mau lagi... hahahaha..

Tok Janggut

2.2.11

Januari 2011

coretan aku pada kali ni bukan untuk merungut ketentuan Allah.. Cuma ingin berkongsi pengalaman dan cerita dengan para pembaca. Apa pon aku terima semua dugaaan dan ketentuanNya..

Pertama, pada bulan Januari, Aqilah anak aku yang kedua makan plastersin.. Aku cukup kecewa dengan nursery yang jaga Aqilah... Aku dan isteri nekad tukar tempat... Sedih bila kenang anak termakan plastersin.. kalau sikit tu takper.. ni lebih 3 kali berak, masih banyak plastersin yang keluar.. Lanjutan dari kejadian tu, Aqilah mula sakit, batuk, demam, selsema dan semput.. Ya Allah, waktu ni Ibu Aqilah dan Haziq pon sakit... Aku sampai terniat biarlah transfer semua sakit dari keluarga aku ke aku.. biar aku tanggung sakit semua... asalkan mereka sihat... Selang 2-3 hari, aku pun jatuh sakit... Isteri dan anak-anak aku belum lagi kurang.. Ya Allah kesiannya diorang...

Dugaan kedua, aku terima panggilan dari isteri aku yang mengatakan Haziq sakit teruk.. Demam dan muntah2 kata cikgu tadika dia... Aku plak time tu panik agaknya.. aku ingatkan Aqilah yang sakit... aku pegi lah jemput aqilah.. (selamba jer balik awal 12.30) keluar awal dari sekolah... Nekad... YA ALLAH... Aku bersyukur... Dalam Allah menduga hambaNya.. Dia memberi hikmah kepada diriku... Aqilah, kebetulan time mmg badan dia sangat panas.. aku bawak gi klinik.. 39.5 darjah celcius... Isteri aku call, tanyer "abang dah amek Haziq belum?" aku tanyer balik buat apa amek Haziq? Skali isteri aku bagitau, yang sakit bukannya aqilah, tapi haziq... Ya Allah... aku gi amek gak haziq.... bawak gi klinik.. haziq kena amek "nab"....

Dugaan ketiga datang... 3 minggu berlalu, tetapi anak2ku masih belum sihat lagi.. Aku pon dah nekad bawak aqilah pegi hospital.. nak dipendekkan cerita aqilah kena tahan.. masuk wad.. isteri aku amek emergency leave untuk jaga anak aku.. erm...

Dugaan ke empat... LAPTOP aku hilang dek kelekaan aku bermain boling kat IOI MALL.. Aduh la... semua kerja2 aku kat dalam tu abis.. gambar2 keluarga... kerja sekolah.. kertas soalan adeh.. isk isk isk.... Hilang semuanya...

Apa pon, aku terima dugaan ini... Mungkin ada hikmah dari perkara yang berlaku.. Mungkin Allah nak memberitahu aku sesuatu.. Aku jugak bersyukur.. kerana dalam keadaan ini, isteri aku tetap tabah.. banyak memberi semangat kepada aku ketika anak2 sakit.. Yerla, sedih beb tgk anak sakit... Isteri aku gak yang menjaga mereka.. Dalam busy bekerja... 4 minggu dah kerja 7 days a week.. non stop...

Aku juga nak ucapkan terima kasih pada keluarga aku di Kepong... Kepada Mak mertua aku.. Mereka banyak membantu aku dan keluarga ketika mengharungi dugaan diatas.... Semoga Allah membalas jasa kalian... Kepada sahabat yang mendoakan kami.. terima kasih.... Tak lupa juga pada Sahabat Guru... Bahiry, Fiza, Shahril dan lain2 yang concern.... Semoga kalian dirahmati Allah sentiasa...



Tok Janggut.

29.1.11

Selamat Hari Lahir Sayang..


Hari ni 29 Januari 2011 genaplah isteri 30 tahun (hehehe nak gak letak umur) :P... Seronok tgk dia seronok... :D... Tadi pegi makan kat Yankies Hut Bandar Baru Bangi... Erm... Sebelum tu jenjalan kat The Mines... Lama tak keluar jenjalan sekeluarga... Yerla, masing2 sibuk.. Alhamdulillah dapat juga keluar akhirnya...

Apa pon, Abang ucapkan Selamat Hari Lahir.. Abang sayangkan kamu sampai ke hembusan nafas abang yang terakhir... Semoga Allah merahmati ayang... Semoga keluarga kita sentiasa sejahtera.. InsyaAllah...

Love
Abang

19.1.11

Pneumonia

Apakah itu Pneumonia?
Pneumonia atau radang paru-paru ialah sejenis jangkitan yang melibatkan pundipundi udara kecil (alveoli) dan tisu-tisu di sekitarnya. Laluan-laluan ini yang dipenuhi nanah atau mukus akan menyekat oksigen dari sampai ke dalam darah. Jangkitan ini disebabkan oleh beberapa jenis kuman seperti bakteria, virus, fungi dan mikrob.

Bagaimana anda mendapat penyakit ini?
Kebanyakan kuman-kuman pneumonia ini tinggal di dalam tekak sebagai sebahagian dari apa yang dipanggil "flora" semulajadi anda. Biasanya sistem ketahanan atau sistem imun tubuh akan menghalang kuman-kuman ini dari memasuki paru-paru dan menimbulkan masalah. Apabila keadaan badan anda lemah disebabkan penyakit kronik, tekanan, pemakanan yang tidak seimbang, kurang rehat, maka tahap keimunan menjadi kurang atau mekanisme pertahanan paru-paru menjadi lemah. Badan anda sudah tidak dapat menahan lagi serangan bakteria dari memasuki paru-paru dan seterusnya membiak di dalam salah satu dari paru-paru atau kedua-duanya sekali. Anda kemudiannya akan mendapat pneumonia, diikuti dengan selsema, bersin, bronkitis, atau penyakit-penyakit berkaitan yang lain. Atau pneumnia itu berlaku dengan sendirinya. Sekali anda mendapat serangan pneumonia, anda berisiko tinggi untuk mendapatnya lagi.


12.1.11

Demam oh Demam

Sekarang ni aku pulak yang demam.. Semalam menggigil.. sendi sakit².. adeh la.. aku risau la pulak. Mula² Aqilah Demam, lepastu Haziq, Lepastu Isteri aku... and now its my turn. Lama dah tak demam sebenarnya..

Dengan Batuk Berkahak.. selsema... urh.. ditambah pulak dengan cirit birit.. tak larat rasa badan ni nak ke sekolah.. Patut ada senamrobik hari ni. Aku kena handle.. tapi takkan la tanpa aku, diorang tak leh buat senamrobik.. Ramai lagi cikgu yang boleh.. Sorry la cikgu²... ketidakhadiran aku bukan disengajakan. Bukan aku nak pon demam!