Salam pada semua...
Terdetik rasa aku ingin semula menulis blog. Lama tinggal.. Sangat lama.. Selalu paling tidak sehari mesti ada 1-2 post aku akan cerita apa yang berlaku atau berkongsi pada semua...
Mungkin ini salah satu cara aku lepaskan stress.. Mungkin ada yang boleh berkongsi pendapat dan nasihat agar menambah kekuatan aku untuk menempuh dunia ini. Bak kata isteri, mmg kita kengkadang rasa down. Cuma diri kita jer yang kena kuat.. Thanks dear. Tapi kali ni sampai dah rasa muak.
Muak dengan kerenah dan masalah. Yerlah, aku kan guru disiplin di Sekolah Kebangsaan Kampung Tunku. Hari2 confirm adaaaaaaaaaaaa jer yang akan datang mengadu pada aku masalah. Masalah tu dari masalah yang kecil, sehinggalah masalah yang besar.
Aku juga guru biasa. Mengajar murid. Syukurlah aku tak mengajar subjek teras. Aku ajar KH dan PJK. Kalau tak, tentu dah ketinggalan dah dorang. Yerlah, kengkadang masa mengajar aku, terganggu dengan masalah murid sekolah. Tetiba ada jer orang mengadu pasal budak ni gaduh itu la ini la.. biler nak masuk kelas.
Aku rasa aku tak sesuai untuk jadi ketua Unit Disiplin ni. Aku lebih cenderung kepada aktiviti koko. Maksud aku, sukan. Yerlah, dah opsyen pon Pendidikan Jasmani. tapi, ermmm.. entah lah..
Masalah bukan jer dari murid... Dari guru pon ada. Macam2 kerenah. Kalau ada ketidakpuashatian tu cuba2 lah bawak bercakap depan2. Jangan cakap belakang, takder pon selesai tak puas hati tu... entah lah...
Balik rumah, lega rasa hati... Bila jumpa isteri dan anak2, rasa lega..
Entah sampai biler la aku nak rasa camni.. Pegi sekolah dengan keadaan takder mood.. rasa down... malas jer rasa... arghhhhh... tak tau la camner aku nak cakap... Mungkin dengan pindah sekolah aku dapat balik semangat aku tu? :D InsyaAllah...
No comments:
Post a Comment