26.12.12

[Aktiviti cuti #1] Midbrain activation class

Salam,
Sepertimana yang disenaraikan pada entry sebelum ni, akan saya kongsikan beberapa aktiviti yang saya jalankan sepanjang cuti sekolah. Ok. First! Midbrain activation class. Atau dalam bahasa melayu, pengaktifan otak tengah. Actually, ni program wife. Secara tak langsung, ianya menjadi program saya juga kerana sepanjang cuti sekolah ni, saya bantu mana yg patut.

Apa tu midbrain actovation? Pengaktifan otak tengah? Adeh, panjang kalau nak jelaskan.... jadi sila ke laman ni -----> www.fb.com/generasikugenius untuk maklumat yg lebih lanjut.

Tp nak share sikit la the outcome of this program. Most of them... jap, 100% i can say dapat mengenal warna dan nombor dengan mata tertutup. Ayuh ke laman web www.fb.com/generasikugenius untuk lihat video rakaman.

Enjoyed! Since my profession as a teacher, so dapat adapt cepat dgn budak2 aka students who attended this program.

Thats it for activity number 1. Will update later for activity number 2.

Published with Blogger-droid v2.0.6

24.12.12

MASA ITU EMAS = √

Bismillah...
Yeah, cepat masa berlalu. Rasa macam baru je start cuti sekolah. Banyak aktiviti yg dilalui semasa cuti. Dah macam tak cuti. Bukan tak suka. Seronok! Atleast terisi juga masa. Nak cerita, panjang lebar sangat. Mungkin kemudian aku akan kingsi cerita part by part. As a starter, list of activity done:
1. Start on nov, midbrain activation class
2. Kenal ramai jutawan (betul2 ni)
3. Went to one of dr azizan seminar
4. Jam tawaf
5. Metafizik
6. Kelantan study tri
7. Jejak kasih (kawan sediploma dulu)
8. Berita sahabat guru eksiden sekeluarga (kehilangan babynya yg berusia 2 bulan....)

fuh, biler nak tulis semua ni? Ahahahaha... nanti la, pakai laptop. Ni pakai hp rasa macam nak terseliuh jari.

Published with Blogger-droid v2.0.6

12.12.12

Kelantan, here i come.

Bismillah... Jumaat ni in sha Allah ke kelantan. Menambah ilmu.. memantapkan diri lagi sebagai seorang pemimpin keluarga dan sebagai seorang pendidik.  METAFIZIK SAINS PERNOMBORAN ISLAM. In sha Allah, akan dimanfaatkan sebaik mungkin.

Published with Blogger-droid v2.0.6

3.12.12

zulhaziq & aqilah

Bawak anak² ke tepi laut. Nak mandi mmg tak boleh la, pantai berselut kat tanjung harapan. Hehehe... layankan jer

Published with Blogger-droid v2.0.6

Anak² (permata hati)

Muhammad Zulhaziq Merican Bin Zulhadid Asfari dan adiknya Nur Aqilah Zulfa Binti Zulhadid Asfari

Nur Aqilah dah mula suka pakai tudung... :D In sha Allah... 

The Triumph - Ron Clark Story


Salam pada pembaca....


Hari ni selesai sudah Majlis Persandingan Sepupu di Pedas, Negeri Sembilan. Singgah di Seremban. Hajat meneruskan perjalanan terus pulang ke Seri Kembangan dibatalkan. Terlalu penat? tidak juga. Cadang juga pada Isteri agar pulang selepas singgah di Seremban. Kesian pula melihat mereka yang penat, keputusan tidur di Seremban dibuat.

Mengelak dari rasa bosan, Remote Astro Cikgu ambil, dan belek setiap rancangan yang ada. Bosan... Sehingga cikgu buka channel 114 tv Alhijrah... Cerita bertajuk The Triumph.... 

Synopsis
The Ron Clark Story follows the inspiring tale of an energetic, creative and idealistic young teacher who leaves his small North Carolina hometown to teach in a New York City public school. Through his passionate use of special rules for his classroom, highly innovative teaching techniques and an undying devotion to his students and helping them cope with their problems, Clark is able to make a remarkable difference in the lives of his students. For one young girl trying to attend school while helping to raise her siblings, he offers a chance for her to overcome her situation and become the top student of the class. For a young man with a penchant for graffiti, he offers an ideal outlet for artistic expression. Even when he is almost overcome bypneumonia, Clark continues to work with his students, hoping that he can raise their test scores to an acceptable level, or possibly even higher.
However, when Clark returns, he finds out his class did not deliver the goods but he remains optimistic about their chances. The kids sit in the state exams and a few days later, Clark takes the kids to see The Phantom of the Opera. In the end, Principal Turner reveals that Mr. Clark's class got the highest average (they got a higher score than the honor class) in the state and Clark was regarded by his students as their best teacher.
SUMBER DARI WIKIPEDIA.

Memang cabaran menjadi seorang guru amat kuat. Tidak seperti orang lain anggap. Senang.. Kerja separuh hari. Kerja mengajar jer (cubalah anda jadi cikgu) dan macam-macam lagi... Namun itu semua terus ditelan, walaupun terhiris rasa kerongkong menelannya. 

Alhamdulillah....

Hhhmmmmmm....Teringat pada murid² SK Kampung Tunku... Terutamanya murid tahun 6 serta pengawas. Cikgu doakan agar semua murid SK Kampung Tunku sentiasa dilimpahi rahmat Allah.. Dipermudahkan segala urusan dan sentiasa berjaya seterusnya beriman.. Amin... 

In Sha Allah, tahun hadapan cikgu akan lebih dari biasa... atau, LUARBIASA demi mendidik anak bangsa... 

21.11.12

16.11.12

End of 2012 school session....

Salam...

Close eye, open eye, close eye, open eye... hahahahahah direct translation --->pejam celik, pejam celik... ahahahah.. Dah tamat dah sesi persekolahan tahun 2012. Alhamdulillah.. Cuma esok dan lusa ada majlis yang perlu dihadiri dan di uruskan. Majlis Hi tea bersama rakan guru serta staf pejabat dan pada hari Ahad, Jamuan bersama dengan Pengawas di Hartz Chicken Buffet..

2012 bagi saya sangat mencabar... Macam-macam benda baru dan lama yang nak kena urus. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar walau ada juga yang tak perfect. Adatlah.. Kena dengan pepatah omputih.. Nobody's Perfect.. betul ke aku eja?

Lets Holiday for one week.. then back to school.. Keje balik.. Ha.. Korang ingat keje cikgu ni time cuti sekolah cikgu pon cuti.. Takder beb... Mana ada... 19 Nov - 23 Nov aku kena ke sekolah prepare untuk persekolahan sesi 2013.. Haaaa.. takper la, alhamdulillah.. tetap bercuti juga lepas tu.. hahahaha.. :D


6.10.12

Ayuh bersenam...

Mana nak pegi ni... Layan cardio activity dekat putrajaya... Location? Tasik putrajaya? Taman Botani? hurm... Cyberjaya?... jom jom jom... Layan dulu... SKKT Biggest looser dah start.

Sebelum tu warm up dulu ... lagu KL STYLE....

NASI LEMAK KOPI OR TEA WE KEEP IT LOCAL
USE TAXI SANA SINI LRT WE KEEP IT LOCAL
BAJU KURUNG SARI OR A CHONG SAM WE KEEP IT LOCAL
SO KL STYLE WE KEEP IT LOCAL

COS WE HAVE BOTAK HAIR
OUR TRAFFIC JAM WITH CARS SO CRAM
OH YA ITS PANAS HERE
OUR KL VIBE BANYAK ALIVE
OUR GIRLS THEY MAKE YOU STARE
OUR BUILDINGS SEMUA TINGGI SEE KLCC THERE
AND KL TOWER THERE

I WOULD NEVER LEAVE OUR KOTA
KL CITY (HEY) KL CITY (HEY)
I WOULD NEVER LEAVE OUR KOTA
IF U DON'T KNOW WELL NOW U KNOW

OPPA KL STYLE!

JALAN TUN RAZAK JALAN IMBI THEY ALL GOT NO TOLL
THE DUKE HIGHWAY NPE KENA BAYAR TOLL
JALAN AMPANG & CHOW KIT THAT NO DON'T HAVE TOLL
NKVE KENA BAYAR TOLL

BUT THERES NO PARKING THERE
WE SPEND OUR WEEKEND AT THE MALLS LOOKING FOR PARKING BAY
THEN WHEN U JUMPA PARKING BAY WE SPEND OUR WHOLE DAYS THERE
WE JALAN JALAN DENGAN KAWAN BUT BUY NOTHING THERE
ALL WE EAT IS AIR (MAKAN ANGIN)

4.10.12

KERTAS

Salam...

Entry ni adalah mengenai kertas. Unik skit entry ni. Anda semua cuba ambil sekeping kertas. Anda pegang kertas tu dan keronyokkan pastu genggam kuat², baling ke bawah pastu pijak.

Kemudian, anda ambil semula kertas tu dan cuba hilangkan kesan keronyok tadi. Cuba hilangkan kotoran kesan anda pijak tadi. Buatlah apa saja yang anda boleh utk pastikan ianya kembali sperti sebelum ini.

Gosok dgn sterika... buat lah apa pon.

Hasilnya? Tolong beritahu saya...

Published with Blogger-droid v2.0.6

26.9.12

Mati itu pasti..

Bila teringat, mmg seram... Semua org pasti akan merasainya... Andai masa itu tiba bagi aku, cukup kah bekalan? Cukupkah amalan? Kadang rasa, kadang tidak. Tp itu ketentuanNya. Coretan bukan merintih mengelak ketentuan. Sekadar menyedarkan diri sendiri. 

Published with Blogger-droid v2.0.6

5.9.12

Sibuk/busy/penat/tension/bosan????

Salam,

Syuh syuhhhhhh!! syuh syuh..... aih.. Tajuk jer dah negatif... ahahahah.. So ubah skit "Life is full of test for better tomorrow" haaaaaaaaaa... kannnnnnnnnnnnnnn....(Nada DAO)......... Dalam penat letih dan macam-macam yang aku tempuhi, aku bersyukur kerana Allah SWT sentiasa ada bersama aku dan mengurniakan aku PENYAH STRESS (Lovely wife, Handsome son and adorable Daughter). 

Ni pon banyak kerja lagi perlu aku selesaikan dalam minggu ni juga. Tak perlu aku nyatakan dalam ni sebab aku taknak ada perkara negatif dalam post aku kali ni. Hehehe... Cuma kali ni aku nak berkongsi apa yang aku rasa mengenai 2012. Tahun yang sangat cepat berlalu..Orang kata kalau kita tumpu perhatian pada suatu kerja atau perkara tu, memang akan rasa masa tu berlalu dengan cepat.. Entahlah.. orang kata, aku tak tau lah kalau korang...

Kat sekolah rasa macam baru start jer tahun.... Banyak keje, Sukan sekolah belum lagi.. banyak keje... tapi alhamdulillah, ada beberapa benda yang boleh aku banggakan atas usaha aku dibantu oleh cikgu2 lain kat sekolah... :) Semoga Allah membalas jasa diorang.. Amin...

Tetap perlu pembaharuian, penambahbaikan dalam hidup aku.. Dari semua aspek. Dari segi diri sendiri, dgn keluarga dan masyarakat sekeliling. Yer memang diakui, aku tak sempurna... Sapa sempurna angkat Keyboard!!!!!! ehehehehehe... 

Banyak benda yang nak dirancang lepas ni. PEMBAHARUAN/PENAMBAH BAIKAN perlu dijalankan dengan kadar segera... hiuuhuhuhuhuhu...... zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz tetiba ngantuk ni perhal? Tdo time kut.. hahahahah... 


END
ZAJ

22.7.12

Kebetulan....

MAHA SUCI ALLAH. Aku tak tahu ini adalah kebetulan atau Allah ingin aku terus berusaha dalam mengejar impian aku dengan tabah... persuit of happiness.. Kalau korang tak pernah tgk, aku sarankan korang tgk...

Aku taknak cerita apa jalan ceritanya. Korang tgk la sendiri. Bila tgk, hayatilah cerita tu bebaik.

Dalam aku sedang berfikir apa yang perlu dan patut aku buat... terdetik aku nak bukak tv. Erm 701 citer csi... 131 tah citer thailand apa tah.. 132  tak best... lawak ulangan... terdetik nak tgk 103. Tukarlah... sekali citer persuit of happiness... urghhh layan la, apa lagi... serious, korang tgk la citer tu...

Ok,sambung tgk...

Published with Blogger-droid v2.0.6

24.6.12

Sabtu (23 Jun 2012)



Salam...

Terasa kejap sangat masa tu berlalu... Sedar tak sedar dah setahun dah aku mengazroykan diri (naik motor scram)... Setahun dah berlalu maknanya roadtax motor aku dah slamatttttt.. hihihihihi.. Isnin renew.. 




Sabtu: Tadika Abang Haziq buat open day... Kami ke tadika untuk dengar sekiranya ada permasalahan atau apa2 jer lah yang nak disampaikan oleh cikgu... Haziq, mmg sangat bijak... tak der lah aku nak riak result dia.. tak tak tak. dia punya result pon mungkin tak berapa sangat la bagi sesetengah orang.. tapi, bagi aku, cukup membanggakan aku sebagai seorang bapa..



Sains haziq adalah markah tertinggi antara matapelajaran2 yang lain... 82%... Aku cukup bangga dengan anak aku sorang ni.. Nak2 pula cikgu menceritakan gelagat haziq.. Ceritanya begini:


Cikgu dia mungkin nak bertanya pada murid apa yang mereka nampak.. Nak test budak interpret apa yang dia nampak pada sesuatu objek tu kut...

Cikgu: Ok murid2, dekat cawan ni ada apa?? (tanya cikgu kepada anak muridnya) - jawapan yang sepatutnya adalah = ada tangkai untuk pegang/gambar pada cawan etc...
Hazizq: Dekat cawan tu ada air lah cikguuuuuuuu...

Cikgu pakat gelak... Betul kah jawapan haziq tu? Erm.. kat situ, aku terasa saaaaaaaaangaaat bertuah kerana haziq ni boleh berfikir macam tu.. Yerla, kalau tanya aku sekalipon, aku akan jawap lukisan yang ada pada cawan tu ataupun tangkai pemegang cawan tersebut. Tapi haziq jawab air.. Otak dia berfikir luar dari jangkaan. :D bagi aku lah kan.. tak tau la apa pandangan yang lain.. :D 

Lepas ke tadika, kami jalan2 bawa haziq dan aqilah... Penat berjalan, rilek jap petang tu... Malam Ibu haziq masak ikan cencaru berlada... Sedappp sangat.. aku plak bubuh nasik penuh sepinggan (bleh buat 2 pinggan punya nasik la kuantitinya) makan... Kenyang.. Sedapppppppp sangat.. Bertuah aku rasa dianugerahkan isteri yang pandai masak.. :) i love you Mardhiah Hayati Binti Md Zain.

Huh!!! penat... Layan bola? Desing Banner? Layan Bola??? Design Banner??? Arghhhhhh.. tdo jer la.. hahahaha.. 


Tok Janggut




20.6.12

Do I need "Oh My English" or not?

Salam.. As time goes by, 2012 are my 4th year teaching in SK Kampung Tunku. Many things that I've learned and mistakes done. Until now, still learning, from the others. Yes, you may think that being a Teacher is an easy job. Kacang putih la.. Punch in 7.00am and punch out 1.30pm...  Your head la.. hahahaha...

In this post, i would like to write it in english. Want to know why? One of my friend in SK Kampung Tunku told me that i spoke english very well. Thanks Kak. I only know how to speak. Not to teach English lesson...    And, i learned english from my students and ex students... yeahhh.. Who said teachers cannot learn from their students??? 

Some may think that im showing off! Do I really care? Rather than they keep telling people that i'm showing off, better you learn how to speak english too. 

Ermm... i really need to recover my mood back.. Its like boring in school.. Same thing.. Scolding students etc everyday.. Urghhh.. 

Here are some quotes i found in the internet.. Lets get inspired...


Don't let what you can't do stop you from doing what you can do - John Wooden

You can't understand light unless you understand darkness, because that's where life is most often lived... somewhere between the two, it's messy and it's beautiful all at the same time - Bebo Norman

True friendship is like sound health, the value of it is seldom known until it is lost....

Make a game of finding something positive in every situation. 95% of your emotions are determined by how you interpret events to yourself - Brian Tracy 


Tok Janggut

7.6.12

Serabut...


^
^
Describe what i feel right now... Ya Allah, kuatkanlah semangat hambaMu ini... Sesungguhnya aku adalah hambaMu yang lemah.... 

4.6.12

Cuti Sekolah Penggal Pertama 2012


Cuti Sekolah datang lagi. Sonyum lah murid-murid semua. Tak lupa pada cikgu2 seMalaysia... Selamat Bercuti... Namu bagi aku, cuti ni banyak benda yang perlu diselesaikan. Sekolah, Rumah, Kedai dan macam2 hal lain yang perlu aku siap dan selesaikan... Urghhh mengeluh jap.. hahahaha.. 

Aktiviti aku cuti sekolah ni, awal2 cuti sekolah kena gi camping bawak budak sekolah... Kem Ibadah dan Kem Unit Beruniform SKKT 2012.. Dua tempat.. Kem Ibadah kat Sekolah dan Kem Unit Beruniform di Alang Sendayu, Gombak. Seronok dan penat itu yang dapat simpulkan selesai sahaja aktiviti camping. 


Haziq (anak sulung) pula di Seremban 2. Duduk dengan Nenek dia. Seronok lah dia, nak semua benda dapat.. Hmmm... sian neny... Satu kemalangan terjadi pada Haziq.. Haziq terjatuh dan terhantuk pada bucu kerusi. Dekat rumah nenek dia. Sian dia.. Kebetulan pula, aku mmg ada kat sana. So kami bawa dia ke Hospital.. Punya la nangis tak ingat.. Bukan nangis sakit.. Nangis takut masuk spital.. ermm.. sampai kena balut macam balut bedung la dia nak cuci dan letak glue kat luka terbelah belakang telinga dia.. 


Aqilah (anak kedua) pula nangis nak masuk gak tgk abang dia.. Jenuh abah bawak pusing2 spital leka kan dia.. Sayang dia kat abang dia.. Selesai ke spital, malam tu kami balik ke Seri Kembangan. Tinggalkan haziq dengan nendanya... Seronok ler ye... Mana tak nyer, nak apa semua dapat.. sian nenda... 

Hampir seminggu berlalu, Semalam balik la kejap, ingat nak bawak Haziq balik ke Seri Kembangan, tapi dia taknak.. Kebetulan Nenda dia pon kelas weekend jer.. Tinggalkan lah dia kat sanun... Sedih abah ngan ibu tau haziq.. :( 

Nak dijadikan coretan kat sini, semalam, masa sampai rumah nenda budak2 ni, Orang pertama terjah haziq adalah ibu, pastu aqilah... Masa Aqilah jumpa abang Haziq, dia tgh tdo.. jenuh la si Aqilah mengejutkan abang dia.. Ajik, ajikkk.. ajikkk.. dia panggil abang haziq dia.. Rindu gamaknya kat abang haziq... Touching plak rasa.. Pastu aku plak duduk ngan haziq peluk dia kuat2.. Rindu lerrrrrrr.. walau aku ni daddy yang garang.. :)


Masa makan, macam biasa, kalau budak2 ni berdua, berkejar lah diorang lari merata.. Seronok tgk.. Sempat juga ibu haziq menegur aku, biarlah diorang.. Lama tak jumpa.. Takpayah marah2 kata ibu haziq pada aku.. :) biarkan jerlah diorang... Skali, Aqilah lari masuk dapur.. Kitorang makan kat kedai makan.. Arh jenuh la abah gi amek dia kat dapur.. terkekek-kekek aqilah.. :D seronok lari dari abang haziq dia.. :) 

Pkl 11 malam kami bertolak ke Seri Kembangan semula tanpa Abang Haziq... Sedih.. (dalam hati, terfikir... Kalau ada dia jenuh dia kena marah dengan abah, Kalau takder rindu)........  InsyaAllah, abah akan jadi abah yang terbaik untuk haziq dan aqilah serta anak2 yang lain (ops!!! ada lagi ke?) jeng jeng jenggggggg....

Dan hari ni, aku jaga kedai isteriku di Seri Kembangan. Teringat pada haziq bila ibu haziq upload gambar2 yang ditangkap  semalam bersama haziq.....  

Buat masa ni, ni jer kut.. Kitorang ni tak tau.. tetiba angin tiup ke utara, sampai je kami kesana nanti. hihihihihihi... Chillax jap.................

Tok Janggut

16.5.12

Selamat Hari Guru 2012

Salam... 

Lama tak menulis.. Rindu plak rasanya... hahahaha.. Firstly i would like to thank those who wish me Happy Teachers Day... Yer, 16 May adalah sambutan Hari Guru seluruh Malaysia... dan 18th May 2012 sambutan Hari Guru peringkat SKKT.

So for starter, i would like to share apa yang berlaku dan diharungi oleh aku sebagai seorang pendidik dari awal tahun hingga ke hari ni... Kita tak lari dari melakukan kesilapan.. Semua orang ada kekurangan. Belajar dari Kesilapan yang dilakukan. Kata-kata ni seringkali bermain dalam fikiran aku. Tapi, masalahnya dimana harus aku mulakan? Memang diakui, aku tidak bagus atau masih belum pandai untuk mengurus pasukan sekerja. Yerlah, Ketua Unit Disiplin, Ketua Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Timbalan pengerusi Badan Kebajikan Guru dan Pekerja SKKT, Guru Bola Baling, Bowling dan macam2 lagi lah jawatan yang disandang selain dari mengajar. 

Aku perlukan mungkin seseorang, mungkin sepasukan atau mungkin semua orang yang membantu aku dalam menjadi yang terbaik. Tahun 2012 penuh dengan cabaran buat aku. Macam2 benda aku lalui. Pahit getir, seronok, gembira, jatuh, bangun, macam2 lagi lah... Dalam masa yang sama aku banyak melakukan kesilapan. Tetap aku ingin bersyukur kerana aku digerak bangun dari leka... Awal atau lambat itu bkan persoalan atau masalah... Yang penting kita bangun dari leka.. :)

Ok, di kesempatan ini, aku nak ucapkan berbanyak terima kasih, kepada Isteriku Mardhiah hayati Binti Md Zain, Cikgu-cikgu di SK Kampung Tunku dan tak lupa juga pada anak murid aku yang sedikit sebanyak, memberi inspirasi pada cikgu :)...

New Me starting tomorrow!!! InsyaAllah.. ya Allah, permudahkanlah segala urusanku.. Amin....


16.3.12

Aksesori Komputer

Salam...

Makluman!

Dengan izin Allah SWT, saya dan isteri telah memulakan perniagaan peralatan dan aksesori IT.. Dibawah adalah produk dan servis yang kami sediakan:

Produk:
Aksesori Komputer (mouse, nootebook cooling fan, speaker, headphone, flexible keyboard, thubdrive, laptop skins, hdmi cable, beg laptop, webcam, MP5 player dan lain2).

Servis:
Membaik pulih PC, Format, air asia dan firefly ticket booking, website & system development (any business flow) dan lain2.

Servis sampingan:
Sebarang jenis kad (kad kahwin, kad bisnes), Bunting, Banner dan sebarang percetakan. Kami juga menyediakan perkhidmatan fotografi bagi apa jua event.


Harga produk dan servis kami dijamin murah dari pasaran luar.


Klik DISINI untu like FB Fan page kami.. Pelbagai hadiah seperti thumbdrive, beg laptop dan lain2 untuk dimenangi melalui peraduan yang kamu sediakan..


15.2.12

Kuatkan semangat!!!

Watikah Pelantikan Pengawas
SEGAK
Kem Kepimpinan Pengawas
Training Bola Baling
Boling MSSD
Bola Baling MSSD
Kajian Tindakan
Senamrobik (Setiap Rabu)
Laporan Mingguan Sekolah Ku Sihat
Laporan Data Ponteng
Masalah Disiplin Murid

Rasa seperti mahu menari pula... cakpong cakpong... cakponggggggg cakpong.......... Bukan hendak mengeluh dan bukan nak menunjuk... Diatas adalah sebahagian dari kerja yang aku perlu lakukan dalam masa 2-3 bulan ni... ada yang berterusan, ada yang sampai bulan april jer... InsyaAllah... aku boleh lakukan semua ni...

Tok Janggut

13.2.12

Orang lain buat salah, Kita yang kena!!!

Salam to all....

Sajer nak berkongsi cerita.. Lama dah tak menulis blog... Kesempatan ni aku ambil untuk aktif semula menulis... Tulisan pada kali ni bukan untuk mengaibkan sesiapa. Sekadar luahan...

Apa perasaan anda, sekiranya kesalahan yang bukan anda lakukan dibebankan diatas bahu anda? Kerja dulu tak disiapkan. Bila kita pegang jawatan tu, boss mintak pulak segala macam benda... Ya Allah.. Bebannya rasa... Mana taknya, ni boleh membuatkan orang beranggapan yang aku ni pemalas dan tak boleh buat kerja.

Aku dah buntu nak buat camner. Patutnya benda kena hantar hari ni (hari ni baru mintak, harini gak nak). Benda tu luar kuasa dan bidang aku. Lain la kalau benda tu aku yang buat dulu... tapi ni orang lain. Tak buat. Alih2 tahun ni mintak plak dokumen, data etc.

Arrgghhhh... )(*#_@*$)#^$(&^#(&@^$(*&@&#*@&#(*&# !!!!!

tension maaa.... baru nak buat yang terbaik tahun ni.. Memacam dugaan.. Last tindakan aku, kalau la boss marah sangat.. aku akan cakap, apa yang patut aku cakap.. Cukup la selama ni aku cover.. Dah malas dah.

Rasa macam nak gi rempit.. tapi motor sakit.. sabar yer motorku.. huhuhuhuhu..