Salam...
Lama tak menulis.. Rindu plak rasanya... hahahaha.. Firstly i would like to thank those who wish me Happy Teachers Day... Yer, 16 May adalah sambutan Hari Guru seluruh Malaysia... dan 18th May 2012 sambutan Hari Guru peringkat SKKT.
So for starter, i would like to share apa yang berlaku dan diharungi oleh aku sebagai seorang pendidik dari awal tahun hingga ke hari ni... Kita tak lari dari melakukan kesilapan.. Semua orang ada kekurangan. Belajar dari Kesilapan yang dilakukan. Kata-kata ni seringkali bermain dalam fikiran aku. Tapi, masalahnya dimana harus aku mulakan? Memang diakui, aku tidak bagus atau masih belum pandai untuk mengurus pasukan sekerja. Yerlah, Ketua Unit Disiplin, Ketua Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Timbalan pengerusi Badan Kebajikan Guru dan Pekerja SKKT, Guru Bola Baling, Bowling dan macam2 lagi lah jawatan yang disandang selain dari mengajar.
Aku perlukan mungkin seseorang, mungkin sepasukan atau mungkin semua orang yang membantu aku dalam menjadi yang terbaik. Tahun 2012 penuh dengan cabaran buat aku. Macam2 benda aku lalui. Pahit getir, seronok, gembira, jatuh, bangun, macam2 lagi lah... Dalam masa yang sama aku banyak melakukan kesilapan. Tetap aku ingin bersyukur kerana aku digerak bangun dari leka... Awal atau lambat itu bkan persoalan atau masalah... Yang penting kita bangun dari leka.. :)
Ok, di kesempatan ini, aku nak ucapkan berbanyak terima kasih, kepada Isteriku Mardhiah hayati Binti Md Zain, Cikgu-cikgu di SK Kampung Tunku dan tak lupa juga pada anak murid aku yang sedikit sebanyak, memberi inspirasi pada cikgu :)...
New Me starting tomorrow!!! InsyaAllah.. ya Allah, permudahkanlah segala urusanku.. Amin....
No comments:
Post a Comment