Perghhhhh.. Memang best... tak sangka aku, ingatkan air kat Kem Isi Rimba Ulu Kemensah dah cukup jernih dan best.. Rupanya ada lagi best.. yeah.. Kat Kalumpang.. 18-19 Jun lepas, Fakulti Sains Kesihatan UiTM buat Family Day. Mak mertua aku ajak kami sefamily ke sana... memang best giler rrrrrr, tapi tak puas sebab sekejap jer.. Jumaat petang sampai, Sabtu tengah hari dah kena check out. Yerp, ada resort kat sana... Kalumpang Resort And Training Center.
Air paip mmg pakai air sungai.. perghhh.. giler sejuk rrrrrrr.. pagi sabtu sebelum check out tu bawak si haziq gi mandi sungai.. hahahaha mmg lawak la.. budak haziq ni mmg suka berendam tak kira la kat swimming pool ker sungai ker... tapi kali ni, dia terkujat dengan kesejukan air sungai.. mmg sejuk. Lepas jer dari kejadian haziq terkujat mandi air sungai sejuk, terus dia takmo mandi sungai atau swimming pool lagi.. Ahad lepas, pegi rumah makcik wife aku kat Tiara Kelana Condo, sebelah stadium Kelana Jaya.. takmo mandi swimming pooolll lagiiiiiiiiiiiiiiii.. hahaha.. kelakar la kamu haziq...
No comments:
Post a Comment