3.6.10

Lanjutan dari posting http://merapuinsane.blogspot.com/2010/05/something-is-missing-in-me.htmlu/./.lknkn j

Entah la, rasanya macam perasaan aku ni awal-awal dah bleh rasa apa yang akan berlaku. Cuma aku tak tahu apa dia. Pernah aku tulis didalam posting yang ni ----> http://merapuinsane.blogspot.com/2010/05/something-is-missing-in-me.html dimana aku ada menulis yang aku rasa macam semangat nak mengajar aku macam ada yang tak kena... rupanya, selang seminggu lepas tu, mmg pon terjadi satu perkara yang amat menduga aku. Hanya Allah yang tahu macam mana aku rasa.

Aku nak tanyer, apakah perasaan korang, apabila korang ni seorang yang komited, menjalankan tugas dengan baik, tidak ingkar perintah dan semuanya positif la, tetiba anda dinilai dengan markah yang tidak sepatutnya!.. yes, aku sebagai seorang guru, dicerap/obsereve oleh pentadbir aku di sekolah. Aku terasa amat kecewa dengan keputusan yang aku perolehi. Bukan kecewa dengan kerja aku. Kecewa dengan pentadbir yang memberi aku markah yang sangat rendah!! Paling rendah dalam Sejarah Perguruan aku rasa. 56.08%..... cuba aku tabah dan tahan dari marah... tak dapek la jack... mmg aku sangat marah.. tambah2 plak, alasan dia, TERSILAP bagi markah...

Semangat aku yang berkobar-kobar, mulai kurang. Aku rasa malas nak buat keje. Selama aku di sekolah, tak pernah aku tolak tugas yang diberi kepada aku. Memula dulu, bagi memacam kerja kat aku.. aku terima.. no hal, im a multitasking teacher.. ceh.. kekekeke.. tapi, bila bila sampai bab bagi markah pencerapan, bleh plak ek bagi camtu.. bila tolak kerja yang di beri, bila tak buat kerja tau plak cakap KPLI tak bleh harap! Aku memula mmg nak dajjal balik makhluk tak guna ni. tapi atas nasihat kawan2 sepejabat, diorang kata, jangan. Buat je kerja ko. Amek benda ni jadi pembakar semangat ko. bleh beb.. tapi, setiap kali aku pandang muka makcik tu, aku rasa macam nak hempukkkkkkkkkkkk jer.. TAPI, kalau nazir datang, Im sorry, aku akan ceritakan segalanya.

Kalau lah kau baca posting ni wahai manusia yang bagi aku markah 56.08%. KAU DAH KOTORKAN REKOD PERKHIDMATAN AKU!!!!! TQ Very Much!!! Ko kutuk KPLI! Ko kata KPLI tak bleh buat kerja. Ko kata memacam! CERMIN DIRI DULU GENG!!!... Alasan ko TERSILAP BAGI MARKAH tak akan dapat memadamkan dendam dan marah aku... Apasal>?? ko terasa diugut? Ramai la member cikgu aku yang suruh sabar dan biarkan perkara ni... NO WAY.. aku ulangi NO WAY!!!! Kalau aku kena cerap dengan Nazir (Memang aku mengharapkan agar aku dicerap oleh nazir) aku akan pastikan ko rasa apa yang aku rasa...


Dendam Tok Janggut!!!

No comments:

Post a Comment