Serabut tapi masih under control lagi la keadaan aku kat sekolah semalam... Tiga tugas datang serentak Pertama, sebagai guru kelas, aku kena kumpulak balik buku pinjaman budak tahun 5 untuk dipulangkan ke SPBT lepastu amek buku tahun 6 dan edarkan kepada dorang semula.Kedua, ada pulak budak bergadu.. Guru Disiplin jugak yang dorang cari... macam aku sorang jer guru disiplin kat sekolah tu... ramai lagi yang boleh handle masalah dorang, aku juga yang korang cari kan... Ketiga, masa ni lah pulak HASBRO datang nak buat ceramah... kena la setup PA system untuk dorang... Yerlakan, aku kan CIKGU PA SYSTEM... Haish... celaru beb.. dengan nak kena tutup register hari Jumaat tu...
Apa pun, aku bersyukur ke hadrat ALLAH SWT. Walau aku agak tertekan, semuanya dapat dilalui dengan baik dan semua kerja dapat aku selesaikan UNTUK hari Jumaat jer.. Kerja yang menanti; marking paper, tak siap lagi... Filing rekod² budak kelas.... Budak Naik kelas (Training la kononnya).... Bulu adab, buku segak ini la itu lah BBbBbbzzzzzzZZZztttTTTT......
Hari Jumaat semalam jugak aku kena setting PA system untu AEROBIKTHON.. Giler pening.. Yerla, aku bukannya pandai mana pon nak setting² ni.. tambah plak nak kena setting wireless mic... dekat 2 jam la aku dok mengadap benda tu.. .seb baik la leh jalan satu mic.. satu jer la.... asal ada sudah...... arghhh penat.. Letih..
No comments:
Post a Comment