1.11.10

Sambutan Hari Kanak² SK Kampung Tunku...

Tahun ni sambutan tak kurang hebatnya macam tahun lepas... Awal pagi, perasmian oleh guru besar di ikuti dengan penyampaian sijil pengawas dan ketua kelas serta penolong ketua kelas. (Selesai kerja aku satu)... Lepas tu setup P.A System untuk persembahan kanak². Aku seronok tengok budak pra sekolah buat persembahan.. menari lagi "nobody - wonder girl"... ehehehehhe... Comel... cikgu pon tak ketinggalan buat persembahan dikir barat.. sorry geng, terpaksa melarikan diri... kang aku join kang budak tak takut ngan aku.. dorang kata aku ni kelakar la apa la... kekekekekek... so kena maintain ganas dan garang...

Lepas persembahan, makan time.. pergh.. seronok tgk bebudak ni makan.. kebetulan pulak birthday budak kelas si Rafiq.. nyanyi la reramai satu kelasss.. Makanan yang ada [Jajan; keropok, lolipop, waffer... Air tin, ngan air botol bergas... Nasi goreng beserta ayam goreng... Pizza... ] seronok aku tgk bebudak ni makan... yang aku lagi seronok, time makan, semua diam... hehehehehe.. macam lapar sangat bebudak ni...

Bagi pelajar tahun 6, dorang order satay 2000 cucuk.. perghhhh.. sempat la menumpang rasa 30 cucuk satay.. menumpang rasa ke tu.. ahahhahaha.. TQ cikgu² tahun 6 kerana jemput aku... yang penting, bebudak ni seronok... tinggal lagi 19 hari sebelum sekolah mula cuti... tak sabar rasanya... esok sehari lagi keje untuk minggu ni, lepas tu cuti deepavali sampai ahad.. yeah.. nak gi mana? takleh gi mana la... duduk rumah.. wifey tak cuti.. tunggu 20hb nanti wifey mula cuti 2 minggu...

No comments:

Post a Comment