30.11.10

Melangkah satu tapak kehadapan!!!


Tahniah untuk adik aku yang kini belajar di Kolej Yayasan Melaka (KYM).. Dah semester 4, dan kini telah mula menjadi director short drama bertajuk LAMARAN... Keep up the great work bro...!! Semoga apa yang dicita tercapai.. Angah sentiasa ada dibelakang kamu...

24.11.10

PINK IS FOR GIRL!!!.. Haziq cakap...

Ahahahaha.. benda ni isteri aku yang cerita... waktu tu aku tengah meniaga kat pasar malam Carrefour Kota Damansara... Wife aku, Haziq dan Aqilah datang nak amek aku lepas berniaga. Haziq mintak ibu nak beli air... Ibu pon pegi ke gerai jual air kat belakang gerai aku... Nampak la air bandung.... hehehehe.. Wife aku pon cakap la pada haziq "haziq minum air ni yer" kata isteri aku sambil menunjuk pada balang yang berisi dengan air bandung... Haziq dengan spontan menjawab kata² ibunya "taknak ibuuuu... pink untuk girl jer" terkekek-kekek wife aku... Aku pon biler dengar balik wife aku cerita pasal benda ni, tergelak besar.. hhahahahaha.... Haziq oh Haziq... Bijak anak abah ni....

23.11.10

Quote from my wife... Bacalah...

Semoga coretan ini dapat membakar semangat kita untuk terus menimba ilmu....

Sejarah Mstr Sc in Comp Sc (2008-2010):

Sambung belajar sbb berminat profession sbg pendidik dan academic.. Tambahan kerja sebagai Software Developer merasakan ms sering terlebih2 dihabeskan di opis.. Oleh itu ku gagahkan jugak..

Bermula bln 4 tahun 2008... Masa tu Abah Haziq masuk maktab.. maka bermula lah hidup baru sebagai ibu, pekerja dan pelajar... Di usia haziq 5-6 bulan, setiap kali kelas terpaksa la tinggalkan dia pd baby2 sitter bidan terjun... :D

Terima kasih yang tak terhingga buat yg sama2 bekorban di ats kejayaan habesnya Master ni.. Terutama Mama aku, Cik anit, Molly, Cik yus, Keluarga di Kepong.. Kalau tk ada kalian, tk dpt ler sy ke kelas.. Ade jgk bwk haziq masa final exam, tp molly ikut skali jg haziq kt faculty..

Semester 3 abah haziq dh abes maktab, Abah haziq insan yg sama2 bekorban di ats kejayaan ini... Tonggang tebalik toksah cete... Habes keje, shoot ke kelas, nak buat assignment tunggu anak tido.. Time tu dgn rumah lg.. Rs cam tk caye je sume tu dah berlalu..

Di semester akhir, melekat pulak adik haziq.. hehehe.. Alhamdulillah ngam2 last presentation subjek Signal Processing, 3 hr lps tu Aqilah pon keluar... Sblm tu dah dok spital seminggu lbh sbb asthma dn ciken pox.. Time xde kelas blk opis mmg kol 10-12 mlm sbb nk kejar masa takut x smpat siap sblm terberanak.. Maklumla projek dh nk go live...

Dan, hasil dr semua susah payah tu, akhirnya dpt la aku menggenggam segulung Ijazah Sarjana hari Khamis ni, InsyaAllah..

Kesimpulan nya, Tiada apa yg mustahil dlm dunia ini... Walau aku rasa iaanya bagaikan satu mimpi...Kalau kite nak benda tu, kite akn berusaha melakukannya sehingga abes... ALHAMDULILLAH....

Tak lupa ucapan terima kasih pd sahabat yg sama2 berjuang menghabeskan master ni bersama.. NOT, ADZRIM, ARIFAH, ZAI, KAK BAYA, SAL, KAK SHIDA, KAK IJA, KAK ROSLINA, dan lain2.... Tanpa kalian pon aku tk dpt nk abeskan assignment bila mana x sempat siap tu.. hehehehe~~~

22.11.10

Branded Collar T-shirt






  • Baju ini adalah baju lelaki Polo-T Jenama KAPPA & LOTTO baru dan original.
  • Baju ini bukan jenis tiruan atau bundle, ini adalah Original dan Baru dari kilang asal, hanya tidak memenuhi syarat yang tinggi di luar negara.
  • Jenama KAPPA & Lotto adalah salah satu jenama yang Terkenal di seluruh dunia terutamanya di Eropah.
  • Biasanya anda akan jumpa baju jenis ini di Reject Shop atau FOS.
  • Harga di Reject Shop/FOS adalah RM55-59, dan
  • Harga saya hanya RM30

Warna: Ada lebih dari 15 warna
Size: L-XXL (euro size)
100% Cotton

Kalau anda ingin tengok baju, anda dialu-alukan datang ke tapak Pasar Malam Carrefour Kota Damansara. Selepas tengok, kalau tak nak beli pun tak apa. Tapi saya yakin selepas u tengok baju, anda mesti beli 1 helai ke atas, sebab anda tak mungkin dapat harga yang murah tetapi quality yang
bagus!

Hubungi Zul untuk tempahan
0193432901

12.11.10

Haziq oh haziq...

Nak ceritalah sikit kejadian pkl 9 malam tadi... Aku dalam toilet... Ibu haziq tengah kemas barang... haziq plak sibuk main kereta mainan dia dalam bilik sementara Aqilah lena tidur...

Tetiba haziq menjerit.... "IBU!! IBU!! ANAK DARA BANGUNNN.........!!!!!!".... kah kah kah kah kah ibubantai gelak... mana taknyer dia ikut apa yang aku slalu cakap.. bukan panggil aqilah, anak dara yang aku penggil dia.... hehehehehe... aku dengar pon tergelak... Pandai betul anak abah... betul lah orang kata, budak2 kecil, otak dan memori dia macam sponge.... absorb... senang tangkap dan ingat sesuatu benda... tapi mmg kelakar la, walau aku tak tgk dan dengar, aku dapat bayangkan muka haziq yang serious, cakap macamtu.. kekekekekekeke...

Haziq oh haziq....

9.11.10

Coming soon 20th November 2010

Apa dia??? Apa yang akan berlaku pada 20 november ni???? apa dia>??? tak tahu????? nantikan ketibaannya... tungguuuuuu....

8.11.10

Taktik baru perompak jalanan/penyamun/pencuri

Salam,

Terbaru (bagu aku lah, sebab aku baru dengar taktik ni, tak tau la kut lama dah dipraktikkan) cara menyamun mangsa yang telah berlaku pada sahabat guru aku Cikgu Khalimatus Saadiah. Kejadian berlaku di siang hari di hadapan Maybank Kelana Jaya KPV. Penglibatan lebih dari 1 orang untuk menggunakan taktik menyamun ini.

Ketika parking, penyamun 1 akan menyatakan bahawa ada sesuatu terjatuh di bawah kereta anda. Sudah tentu kiranya anda membuka pintu, secara automatik, semua pintu akan UNLOCKED. Disini penyamun 2 akan memainkan peranan dengan membuka pintu penumpang dan merompak semua barang yang ada di dalam... 5 saat sahaja diperlukan... Kalau ada handbag, laptop atau barang berharga yang lain confirm kena samun..

Itulah yang terjadi pada Cikgu Khalimatus.. Jadi kepada semua, berhati-hatilah. Perkara yang perlu anda lakukan untuk mengelak perkara diatas terjadi pada anda:
  1. Pastikan tiada barang yang berharga diletakkan diatas kerusi (elak jadi target)
  2. Jangan buka pintu sekiranya ada orang yang anda tidak kenali menyapa anda, sebaliknya buka tingkap sedikit sahaja.
  3. Jangan berhenti di tempat yang sunyi.
  4. Jika anda ingin keluar, jangan keluar bersendirian.
Semoga apa yang berlaku dapat menjadi pengajaran kepada kita semua.... InsyaAllah... Kepada Cikgu Khalimatus, banyakkan bersabar, dugaan Allah kepada hambaNya.... Ada hikmah disebalik kejadian yang berlaku...


Tok Janggut

4.11.10

Lelaki dan Perempuan

AKU, KAU BERBEZA...AKU, KAU ISTIMEWA...

LELAKI

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin (yg ada anak pompuan ramai kena ingat ni....pastikan anak solat, tutup aurat, etc) dan dosa anak lelaki yang belum baligh.


BERATKAN?

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin.

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa...jangan percaya sangat)

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

WANITA :

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.

Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita ?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan
anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita:

1. ibunya ,
2. isterinya ,
3.anak perempuannya , dan
4. saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini:

1. suaminya,
2. ayahnya,
3. anak lelakinya dan
4. saudara lelakinya .

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja:

1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat suaminya dan
4. menjaga kehormatannya .

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita ....

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi
pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya...supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..

"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali- Imran:103)

Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "

Hikmah sujud -

Sujud lega sistem pernafasan

Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia. Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi laranganNya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama. Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.

Bernafas ketika sujud pula boleh:

- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.

- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

- melegakan sakit hernia. (burut)

- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

- melegakan paru-paru daripada ketegangan.

- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.

- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.

- meringankan bahagian pelvis.

- memberi dorongan supaya mudah tidur.

- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.

- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.

- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.

- mengurangkan kegemukan.

- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).

- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.

- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.

Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentality seseorang. Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

Tujuh kalimat

Sabda Rasulullah S.A.W " Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut "

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.

4.. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.

6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.

7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa

Sekarang anda mempunyai 2 pilihan

1. Biarkan posting ini tetap dalam facebook Tok Wan. Insya Allah tidak akan ada sesuatu yang terjadi pada diri anda.

2. Share info ini ke sejumlah orang yang anda kenal dan Insya Allah ridha Allah akan dianugerahkan kepada setiap orang yang anda kirim.

AMIN.

Surah Al-Munaafiquun :
Ayat : 9
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu lalai (lengah) kerana harta benda dan anak-anakmu daripada mengingati Allah (sembahyang lima waktu). Barangsiapa memperbuat demikian itu, maka mereka orang yang rugi.
Ayat : 11
Allah tiada akan memberi tempoh kepada seorang bila telah sampai ajalnya. Allah Maha Mengetahui tentang apa yang kamu kerjakan.

Para Ulama' berpesan untuk kita jadikan pegangan JANGAN TINGGAL/LALAI BERSOLAT, ia adalah WAJIB:

Barangsiapa meninggalkan solat Maghrib , dosanya seperti berzina dengan ibunya sendiri bagi yang lelaki dan berzina dengan bapanya sendiri bagi yang perempuan!

Jadi, apakah bezanya sumbang mahram dengan meninggalkan solat Maghrib?

Meninggalkan solat Isya' , maka Allah tidak redha ia hidup di bumi-Nya.

Bermakna, setiap langkah kita tidak mendapat pelindunganNya di dunia ini. Dan lebih malang bila kita diazab di dunia yang lain nanti (akhirat).

Meninggalkan solat Subuh akan disiksa selama 60 tahun (waktu akhirat) di dalam neraka.

Perlu kita ingat bahawa azab yang paling ringan adalah sepertimana azab yang dikenakan kepada bapa saudara Rasulullah saw yang mana apabila dipakaikan kasut dari neraka maka mendidihlah sampai ke otaknya.Selama ini kita baru dapat bayangkan bagaimana air mendidih saja.....

Meninggalkan solat Zohor diibaratkan seperti meruntuhkan Ka'abah. Kalau begitu sepanjang hidup kita ini tak payahlah berangan-angan untuk menunaikan haji.

Itu adalah suatu perkara yang amat mudah...

Satu kali meninggalkan solat Asar sama dosanya dengan membunuh 1000 orang Islam.

Kat dunia ni bolehlah jadi sekutu Presiden Bush atau Obama, tak payahlah kutuk dia lagi kat dunia ni...Kita dengan dia (Bush / Obama) sama saja.

Rasulullah saw ada menyebut, tinggalkan solat adalah Kafir yang nyata.

Yang benar itu adalah dari Allah swt dan yang kurang itu adalah dari kelemahan kita yang nyata.

Salam Ukhuwah..~

3.11.10

Cuti 3 - 7 November 2010....

Yeha... cuti beb!!! Pagi tadi layan main boling dengan Cikgu Hazami, Cikgu Bahiry, Cikgu Khiril dan Cikgu Fiza.. ops.. terlupa la plak, Cikgu Shahril pon ada.. Miaaauuuuwwww... wakakakaka... Sekali kantuiiiii Si Azhan (Budak IPBA praktikum kat SKKT) dating daaaaa.. kkekekekekke... Nak lari dari terserempak kami, pegi IOI yer... kkekekekekek...

Esok cuti, lusa cuti.. Sabtu plak Gathering SK Taman Ehsan.. Ahad tak tau buat apa lagi... hurm.. ni pre school holiday lah kiranya ni.. melatih diri agar tak bosan biler duduk rumah.. atleast bleh kurangkan beban orang rumah.. :D

2 minggu jer lagi sesi persekolahan akan tamat.. rasa cepat jer masa berlalu... Banyak kerja nak kena siapkan.. huhuhu..

1.11.10

Sambutan Hari Kanak² SK Kampung Tunku...

Tahun ni sambutan tak kurang hebatnya macam tahun lepas... Awal pagi, perasmian oleh guru besar di ikuti dengan penyampaian sijil pengawas dan ketua kelas serta penolong ketua kelas. (Selesai kerja aku satu)... Lepas tu setup P.A System untuk persembahan kanak². Aku seronok tengok budak pra sekolah buat persembahan.. menari lagi "nobody - wonder girl"... ehehehehhe... Comel... cikgu pon tak ketinggalan buat persembahan dikir barat.. sorry geng, terpaksa melarikan diri... kang aku join kang budak tak takut ngan aku.. dorang kata aku ni kelakar la apa la... kekekekekek... so kena maintain ganas dan garang...

Lepas persembahan, makan time.. pergh.. seronok tgk bebudak ni makan.. kebetulan pulak birthday budak kelas si Rafiq.. nyanyi la reramai satu kelasss.. Makanan yang ada [Jajan; keropok, lolipop, waffer... Air tin, ngan air botol bergas... Nasi goreng beserta ayam goreng... Pizza... ] seronok aku tgk bebudak ni makan... yang aku lagi seronok, time makan, semua diam... hehehehehe.. macam lapar sangat bebudak ni...

Bagi pelajar tahun 6, dorang order satay 2000 cucuk.. perghhhh.. sempat la menumpang rasa 30 cucuk satay.. menumpang rasa ke tu.. ahahhahaha.. TQ cikgu² tahun 6 kerana jemput aku... yang penting, bebudak ni seronok... tinggal lagi 19 hari sebelum sekolah mula cuti... tak sabar rasanya... esok sehari lagi keje untuk minggu ni, lepas tu cuti deepavali sampai ahad.. yeah.. nak gi mana? takleh gi mana la... duduk rumah.. wifey tak cuti.. tunggu 20hb nanti wifey mula cuti 2 minggu...