Salam,
Terbaru (bagu aku lah, sebab aku baru dengar taktik ni, tak tau la kut lama dah dipraktikkan) cara menyamun mangsa yang telah berlaku pada sahabat guru aku Cikgu Khalimatus Saadiah. Kejadian berlaku di siang hari di hadapan Maybank Kelana Jaya KPV. Penglibatan lebih dari 1 orang untuk menggunakan taktik menyamun ini.
Ketika parking, penyamun 1 akan menyatakan bahawa ada sesuatu terjatuh di bawah kereta anda. Sudah tentu kiranya anda membuka pintu, secara automatik, semua pintu akan UNLOCKED. Disini penyamun 2 akan memainkan peranan dengan membuka pintu penumpang dan merompak semua barang yang ada di dalam... 5 saat sahaja diperlukan... Kalau ada handbag, laptop atau barang berharga yang lain confirm kena samun..
Itulah yang terjadi pada Cikgu Khalimatus.. Jadi kepada semua, berhati-hatilah. Perkara yang perlu anda lakukan untuk mengelak perkara diatas terjadi pada anda:
- Pastikan tiada barang yang berharga diletakkan diatas kerusi (elak jadi target)
- Jangan buka pintu sekiranya ada orang yang anda tidak kenali menyapa anda, sebaliknya buka tingkap sedikit sahaja.
- Jangan berhenti di tempat yang sunyi.
- Jika anda ingin keluar, jangan keluar bersendirian.
Semoga apa yang berlaku dapat menjadi pengajaran kepada kita semua.... InsyaAllah... Kepada Cikgu Khalimatus, banyakkan bersabar, dugaan Allah kepada hambaNya.... Ada hikmah disebalik kejadian yang berlaku...
Tok Janggut
No comments:
Post a Comment