1.7.10

Julai 2010

Julai 2010!!!!! whoaaa... tak rasa... tetiba dah Julai. Memang sangat cepat masa berlalu. Banyak benda nak buat lagi ni. Betullah kata pepatah:



itu








29.6.10

Kalumpang 18 - 19 Jun 2010

Perghhhhh.. Memang best... tak sangka aku, ingatkan air kat Kem Isi Rimba Ulu Kemensah dah cukup jernih dan best.. Rupanya ada lagi best.. yeah.. Kat Kalumpang.. 18-19 Jun lepas, Fakulti Sains Kesihatan UiTM buat Family Day. Mak mertua aku ajak kami sefamily ke sana... memang best giler rrrrrr, tapi tak puas sebab sekejap jer.. Jumaat petang sampai, Sabtu tengah hari dah kena check out. Yerp, ada resort kat sana... Kalumpang Resort And Training Center.

Air paip mmg pakai air sungai.. perghhh.. giler sejuk rrrrrrr.. pagi sabtu sebelum check out tu bawak si haziq gi mandi sungai.. hahahaha mmg lawak la.. budak haziq ni mmg suka berendam tak kira la kat swimming pool ker sungai ker... tapi kali ni, dia terkujat dengan kesejukan air sungai.. mmg sejuk. Lepas jer dari kejadian haziq terkujat mandi air sungai sejuk, terus dia takmo mandi sungai atau swimming pool lagi.. Ahad lepas, pegi rumah makcik wife aku kat Tiara Kelana Condo, sebelah stadium Kelana Jaya.. takmo mandi swimming pooolll lagiiiiiiiiiiiiiiii.. hahaha.. kelakar la kamu haziq...

14.6.10

Tahniah wifey.. completed her Masters..

Congratulation to my lovely wife. Completed her Master In Science Computer. 2 years of struggle as a student, mother and a senior developer bukannya kerja mudah.. tahniah ayang.. abang sangat berbangga dengan kejayaan kamu..

Tunggu abang plak pasni sambung master yer.. :D

4.6.10

Allah Maha Pemurah..

Salam...

Hurm... Cuti Sekolah dah mula... tak sbaar tunggu wife habis pantang.. nak gi meronggeng bersama keluarga... huhuhuhuhu... Alhamdulillah, di sebalik dugaan yang diberikan oleh Allah kepada aku, isteri aku dapat panggilan UiTM untuk interview. Yang pelik, tetiba jer orang UiTM call hari rabu aritu, terus suruh datang interview hari jumaat.. pergh.. aku memula igtkan memain.. tapi mmg betul, diorang nak pakai ramai lecturer. UiTM nak bukak Asasi, sama ada di Shah Alam atau Puncak Alam... InsyaAllah dapat... tercapai jugak cita-cita nak jadi pendidik.

Aku pulak nak sambung belajar, tapi bukan dalam masa terdekat ni la. Mungkin lagi 1-2 tahun lagi. Nak amek Master in ??? tak tahu lagi.. Sports Science? huhuhu horror... MBA??? tak tahu la... kena amek masa nak fikir betul-betul. hurm... esok ke ulu bendul, camping unit beruniform. huhuhuhuh... yeahhhhhhhhh.. mmg aku suka bercamping.. ekkekekek... dah dah dah.. maghrib.. mandi time.. hahah................

3.6.10

Lanjutan dari posting http://merapuinsane.blogspot.com/2010/05/something-is-missing-in-me.htmlu/./.lknkn j

Entah la, rasanya macam perasaan aku ni awal-awal dah bleh rasa apa yang akan berlaku. Cuma aku tak tahu apa dia. Pernah aku tulis didalam posting yang ni ----> http://merapuinsane.blogspot.com/2010/05/something-is-missing-in-me.html dimana aku ada menulis yang aku rasa macam semangat nak mengajar aku macam ada yang tak kena... rupanya, selang seminggu lepas tu, mmg pon terjadi satu perkara yang amat menduga aku. Hanya Allah yang tahu macam mana aku rasa.

Aku nak tanyer, apakah perasaan korang, apabila korang ni seorang yang komited, menjalankan tugas dengan baik, tidak ingkar perintah dan semuanya positif la, tetiba anda dinilai dengan markah yang tidak sepatutnya!.. yes, aku sebagai seorang guru, dicerap/obsereve oleh pentadbir aku di sekolah. Aku terasa amat kecewa dengan keputusan yang aku perolehi. Bukan kecewa dengan kerja aku. Kecewa dengan pentadbir yang memberi aku markah yang sangat rendah!! Paling rendah dalam Sejarah Perguruan aku rasa. 56.08%..... cuba aku tabah dan tahan dari marah... tak dapek la jack... mmg aku sangat marah.. tambah2 plak, alasan dia, TERSILAP bagi markah...

Semangat aku yang berkobar-kobar, mulai kurang. Aku rasa malas nak buat keje. Selama aku di sekolah, tak pernah aku tolak tugas yang diberi kepada aku. Memula dulu, bagi memacam kerja kat aku.. aku terima.. no hal, im a multitasking teacher.. ceh.. kekekeke.. tapi, bila bila sampai bab bagi markah pencerapan, bleh plak ek bagi camtu.. bila tolak kerja yang di beri, bila tak buat kerja tau plak cakap KPLI tak bleh harap! Aku memula mmg nak dajjal balik makhluk tak guna ni. tapi atas nasihat kawan2 sepejabat, diorang kata, jangan. Buat je kerja ko. Amek benda ni jadi pembakar semangat ko. bleh beb.. tapi, setiap kali aku pandang muka makcik tu, aku rasa macam nak hempukkkkkkkkkkkk jer.. TAPI, kalau nazir datang, Im sorry, aku akan ceritakan segalanya.

Kalau lah kau baca posting ni wahai manusia yang bagi aku markah 56.08%. KAU DAH KOTORKAN REKOD PERKHIDMATAN AKU!!!!! TQ Very Much!!! Ko kutuk KPLI! Ko kata KPLI tak bleh buat kerja. Ko kata memacam! CERMIN DIRI DULU GENG!!!... Alasan ko TERSILAP BAGI MARKAH tak akan dapat memadamkan dendam dan marah aku... Apasal>?? ko terasa diugut? Ramai la member cikgu aku yang suruh sabar dan biarkan perkara ni... NO WAY.. aku ulangi NO WAY!!!! Kalau aku kena cerap dengan Nazir (Memang aku mengharapkan agar aku dicerap oleh nazir) aku akan pastikan ko rasa apa yang aku rasa...


Dendam Tok Janggut!!!

20.5.10

Wifey, Haziq and his sister....

Dah 2 orang dah anak.. yeay.. macam tak percaya... Alhamdulillah.. koranglah tempat abah curahkan kasih sayang.. hehehehe. walau haziq selalu kena marah ngan abah.. abah marah bukan apa tau haziq, abah sayangkan kamu.. hehehehe.... Bila tgk gambar mereka, terasa lega, terasa tenang, terasa macam nak dorang ni semua berada dengan aku setiap masa... I REALLY LOVE ALL OF YOU...

Something is missing in me...

Hurm... tak tau la apa yang hilang pada aku.. Semangat nak mengajar ker yang hilang.. tapi.. hurm.. entah la.. aku rasa macam ada benda hilang pada diri aku.. suara aku memang dah hilang dah.. ahahah.. tapi alhamdulillah.. dah ok dah... Cuma bila ke sekolah aku tak rasa macam tahun sudah.. Passionate... adakah sebab bebanan kerja? uuurrrgghhh... atau karenah murid??? Memang aku terasa sangat ada benda yang hilang pada diri aku.. Kadang-kadang ada rasa macam ada orang mengata aku kat sekolah.. tapi aku takmau la benda2 kutuk mengutuk ni ganggu minda aku..

Tapi, aku rasa aku tahu kuttt kenapa.. mungkin bebanan kerja yang aku hadapi... tapi ........................... aduih.. .entah la.. orang kata senang jadi cikgu.. Kalau korang jadi cikgu baru korang tahu... Aku bukan nak menolak tugas... tapi kengkadang rasa bebanan tu terlampau ssangat... tapi, apa pon, aku sangat berterima kasih pada yang memahami.. Pada aku, Ketua Unit Disipilin adalah satu tanggung jawab yang sangat berat untuk aku.. dan aku tak yakin aku dapat lakukan tugas tu dengan baik.. yerla, baru setahun jagung dalam bidang ni..

Apa pun yang berlaku, aku kena teruskan perjuangan. Cuma memerlukan masa untuk bertenang... perlukan masa untuk mencari apa yang hilang dalam diri aku.. Harap2 cuti 2 minggu ni, dapat mengembalikan keghairahan aku untuk mengajar... stop disini, meggi aku sudah kembang...