27.12.10

Keputusan Akhir Piala Suzuki AFF 2010 (Pertama) Malaysia 3 - 0 Indonesia...



Alhamdulillah, Malaysia Menang Perlawanan Akhir yang pertama... 3-0!!! Tahniah.. Teruskan Perjuangan... Bawa Pulang Piala Suzuki ke Malaysia!!! InsyaAllah...

Sebenarnya aku bukan layan sangat bola sepak ni, kalau ada, aku tgk.. Kalau takder tak mencari... Tapi tadi, sebelum bertolak balik ke Kuala Lumpur dari Seremban, aku tgk adik ipar aku tengah layan bola... Dengan tidak sengajanya aku pon terlayan.. haha.. patut gerak dari Seremban pukul 9.00pm, jadi pukul 10.30pm.

Tapi takper, aku puas hati! Malaysia Menang... Tahniah lagi sekali... Jangan cepat berpuas hati... Bawa piala dibawah ini untuk hadiah kepada Negara Kita MALAYSIA.. MALAYSIA BOLEHHHHH!!!!!!!...


25.12.10

Hukum Ucap Merry Christmas

Salam...

Aku sebenarnya tak tahu sama ada Ucap "Merry Christmas" dibernarkan atau tidak. Cuma aku tak ucap pon pada kawan² aku yang menyambutnya. Setelah aku cari dalam internet, aku terjumpa blog yang menulis petikan dari kawannya dari laman Facebook.

---------------------------

oleh: Hafiz Firdaus Abdullah

Sebenarnya tiada nas yang jelas daripada al-Quran dan hadis yang mengharamkan orang Muslim mengucap tahniah dan menghadiri perayaan bukan Muslim. Tetapi orang Muslim yang berfikiran tertutup termasuk yang menjadi ulama mempunyai banyak sebab membolehkan mereka mengharamkan perkara itu.

Salah satu sebabnya seperti disebut forumner di atas, iaitu kerana orang Kristian didakwa syirik, maka kita mengucap tahniah kepada orang Kristian dan menghadiri majlis Krismas mereka dianggap menjadi syirik yang dosa lebih besar dari menyuruh orang berzina, minum arak, membuka aurat, main judi, membunuh dan sebagainya.

Dia lupa bahawa Nabi Muhammad s.a.w. memberi penghormatan kepada mayat bukan Muslim, Allah membenarkan orang Muslim makan dan kahwin dengan wanita Ahli Kitab dan sebagainya.
Di atas adalah nukilan daripada kata-kata Astora Jabat dalam ruangan Bicara Agama, Mingguan Malaysia pada 26 Disember 2004.

Ringkasnya dalam artikel beliau yang berjudul Ucapan selamat Hari Krismas syirik?¸Astora Jabat berpendapat dibolehkan mengucapkan Merry Christmas kepada orang-orang beragama Kristian. Dalilnya adalah, seperti biasa, tidak ada nas yang jelas daripada al-Qur’an dan as-Sunnah yang melarang orang Islam mengucapkan Merry Christmas kepada orang Kristian.

Sememangnya sudah tidak asing lagi bagi kita semua bahawa antara bentuk dalil yang masyhur di sisi Astora Jabat dan lain-lain tokoh Islam Liberal dalam menegakkan sesuatu fahaman mereka ialah “tidak ada nas yang jelas”. Kemudian mereka mencari apa sahaja penguat yang lain untuk mendukung fahaman tersebut. Semua ini seolah-olah Islam adalah satu agama vakum yang boleh dipenuhi oleh apa sahaja yang dikehendaki oleh seseorang.

Sampai-sampai kita boleh umpamakan, berlaku satu kes ragut beg tangan di hadapan orang ramai. Salah seorang daripada orang yang menyaksikan kes tersebut berkata:
“Selamat meragut beg tangan, tahniah!”.

Lalu orang ramai menegur: “Kenapa anda mengucapkan tahniah kepada peragut itu?”
Orang itu menjawab: “Tidak ada nas yang jelas daripada al-Qur’an dan as-Sunnah yang melarang kita daripada mengucapkan tahniah kepada seorang peragut. Adakah kalian lupa bahawa mungkin dia kelaparan dan inginkan wang untuk membeli makanan? Adakah kalian lupa bahawa dia mungkin rindu kepada kawan-kawannya dan ingin menggunakan talifon bimbit dalam beg tangan untuk menalifon mereka?”

Penulis yakin ramai pembaca yang akan menolak perumpamaan di atas. Ini kerana meragut beg tangan adalah perbuatan mencuri yang dilarang dalam Islam. Lebih dari itu kita tidak boleh membenarkan satu perbuatan yang salah dengan memberikan alasan-alasan “tujuan yang baik” di sebaliknya. Akan tetapi inilah yang dilakukan oleh Astora Jabat.

Jika benar tidak ada nas jelas yang melarang mengucap Merry Christmas, maka demikian juga, tidak ada nas jelas yang melarang mengucapkan tahniah kepada peragut beg tangan. Jika ucapan Merry Christmas boleh diperkuatkan dengan sunnah Nabi shallallahu 'alaihi wasallam yang berbuat baik kepada sebahagian kaum Ahli Kitab, maka demikian juga, amalan mengucapkan tahniah kepada peragut boleh diperkuatkan dengan tujuan baik yang mendorong dia melakukan tindakan sedemikian.

Demikianlah agama Islam menurut Astora Jabat dan lain-lain tokoh Islam Liberal, ia adalah ruang vakum yang boleh dipenuhi dengan apa sahaja yang dikehendaki oleh seseorang.

Sebenarnya perbincangan sama ada boleh atau tidak mengucapkan Merry Christmas adalah sesuatu yang telah lama dibicarakan kepada para ilmuan Islam. Insya-Allah dalam risalah ini penulis akan cuba mengupasnya secara ADIL berdasarkan petunjuk Al-Qur’an, as-Sunnah dan pemikiran yang sihat .

KLIK DISINI UNTUK BACA ARTIKEL PENUH DI LAMAN BLOG ARE[K]NEE



21.12.10

[Cerita Motivasi] Kisah 3 orang buruh binaan

Cerita ini disampaikan oleh sahabat aku. Seorang yang telah berjaya dalam dunia perniagaan.

Seorang Wartawan lalu ke tapak binaan. Dibacanya papan tanda yang terdapat di kawasan pembinaan tersebut. Selesai membacanya, dia berlalu dan menghampiri seorang buruh binaan lalu bertanya.

Wartawan: Maaf saudara, apa benda yang saudara tengah buat ni?
Buruh binaan 1: Ko tak nampak ker? aku tengah susun batu ni?

Jawab si Buruh binaan tersebut dengan nada yang agak kasar. Kepenatan agaknya. Wartawan itu terus bergegas takut di hambatnya dengan batu dek si buruh binaan 1 tadi. Dia melewati seorang lagi buruh binaan. Wartawan tersebut berpatah balik lalu bertanya.

Wartawan: Saudara tengah buat apa tu?
Buruh Binaan 2: Aku sedang buat dinding lah... Takkan aku tengah memancing?

Dengan mimik muka yang bengis, Buruh Binaan 2 tadi menjawab membuatkan si Wartawan tidak mahu meneruskan pertanyaan. Kemudian, wartawan tersebut menghampiri seorang lagi Buruh Binaan lalu dia bertanya.

Wartawan: Maaf saudara, apa yang sedang saudara buat?
Buruh Binaan 3: Oh, saya sedang membina sebuah masjid.

Selang beberapa saat kemudian, siren berbunyi, tepat jam 6.00 petang tanda tamat waktu bekerja. Si wartawan tadi memerhatikan buruh binaan 1 & 2 mencampakkan perkakas mereka lalu bergegas hendak pulang. Kelihatan pula buruh binaan 3 memandang hasil kerjanya pada hari ini lalu berkata "eh, kalau aku balik sekarang, tentu jalan sesak. Kenderaan banyak. Apa kata aku sambung sejam lagi untuk buat kerja aku ni". Kemudian si buruh binaan 3 tadi meneruskan kerjanya. Setelah Jam menunjukkan jam 7.00pm barulah buruh binaan 3 tadi berhenti seterusnya menyusun semula perkakas dengan rapi. Sebelum pulang, sempat dia menoleh ke belakang melihat hasil kerjanya. "Wahhhh!!! dah tinggi dah dinding yang aku buat ni.. Esok aku nak sambung buat siling pulak. Aku mesti makan sarapan yang berat agar aku dapat tenaga yang banyak untuk meneruskan kerja aku" kata buruh binaan lalu menggayakan tangannya seolah-olah menunjuk keatas dinding yang baru dibuat oleh nya (barangkali membayangkan dia sedang meletakkan kubah masjid).

*** Dari jawapan ketiga-tiga buruh binaan tersebut, pada pendapat kitalah, siapa pekerja yang paling bagus? Kenapa? Jawapannya, Buruh binaan 3 adalah seorang pekerjya yang paling bagus kerana jawapannya apabila ditanya oleh wartawan. Dia menjawab aku sedang membina masjid. Apa yang tersirat? Buruh binaan 3 tersebut mempunyai visi yang tinggi..

Jadi, kita sebagai manusia, tidak kira apa kerjaya kiat, perlu ditanam dengan visi! Disiram dan dibaja pula dengan sikap persistent.

Sama-sama kita renungkan...



19.12.10

Keputusan Vietnam Vs Malaysia ( Piala Suzuki AFF) Separuh akhir ke 2

Tahniah buat Pasukan Malaysia. Walau seri tanpa jaringan, Malaysia layak kepusingan Akhir dan akan menentang pasukan FILIPINA ATAU INDONESIA. Siapakah yang anda rasa akan ke FINAL??? Malaysia Vs ???????...... Sama² kita nantikan.. Malaysia Boleh!


16.12.10

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan yang ke 4

15th December 2006 - 15th December 2010



Tarikh dimana bermulalah ikatan antara aku dan isteriku Mardhiah Hayati Binti Md Zain. Dah 4 tahun berlalu, semacam baru semalam jer nikah :) Macam-macam dugaan, rintangan dan kesusahan kami lalui sepanjang 4 tahun sebagai suami isteri. Memang aku takkan lupakan apa yang isteri aku korbankan untuk aku kerana dia adalah antara orang penting yang banyak mengubah diri aku yang dulu menjadi diri aku sekarang.

InsyaAllah, dengan berkat iringan doa orang tua, akan aku jalankan tanggungjawab aku sebaik-baiknya. Sebagai Anak, Suami, Bapa dan juga seorang Guru. Segala kekurangan akan dibaiki. Antara petua bahagia yang diamalkan oleh aku dan dia, berbicara...! walau apa pon masalah yang datang, berbicaralah, berbincanglah, bermesyuaratlah untuk mencari jalan penyelesaian. InsyaAllah...

Semoga sepanjang 4 tahun ni mematangkan aku. Semoga aku dapat menjalankan tanggungjawab aku dengan lebih baik. Semoga Keluarga yang aku sayangi ini dirahmati Allah Sentiasa...

15.12.10

Keputusan Malaysia 2-0 Vietnam: Separuh Akhir Piala Suzuki AFF 2010 (15 Disember)

Tahniah kepada pasukan Malaysia. Safee menjulang Negara. Jangan mudah rasa berpuast hati.. teruskan usaha... Malaysia Boleh..

11.12.10

Learn Measurement while you read the Story. Enjoy it.

Measuring Metrically with Maggie

Maggie

Wow, I just flew in from planet Micron. It was a long flight, but well worth it to get to spend time with you!

My name is Maggie in your language (but you couldn't pronounce my real name!)

When I first arrived I couldn't understand how you measure things, but my friend Tom taught me all about measurement, and I am going to share with you everything he taught me.

The first thing Tom told me was that you can measure things using two different systems: Metric

Today is my day to learn Metric !

Tom says that if I understand 10, 100, and 1000 then I will have a very easy time learning the metric system. I wish I had ten fingers!

Liquids

orange juice

Since it was such a long flight, the first thing I could use is something cold to drink.

But I want to know how much to ask for! So I can get a drink that is not too big or too small.

Tom says I only need to know about:

  • Milliliters
  • Liters

Milliliter

A milliliter (that is "milli" and "liter" put together) is a very small amount of liquid.

Here is a milliliter of milk in a teaspoon.

It doesn't even fill the teaspoon!

Tom says if you collect about 20 drops of water, you will have 1 milliliter:
20 drops of water droplet makes about 1 milliliter
And that a teaspoon can hold about five milliliters:
1 full teaspoon of liquid Teaspoonful is about 5 milliliters

Milliliters are often written as ml (for short), so "100 ml" means "100 milliliters".

But a milliliter is definitely not enough for someone who is thirsty! So Tom told me about liters.

liter water

A liter is just a bunch of milliliters put all together. In fact, 1000 milliliters makes up 1 liter.

1 liter = 1,000 milliliters

This jug has exactly 1 liter of water in it.

Liters are often written as L (for short), so "3 L" means "3 Liters".

Milk, soda and other drinks are often sold in liters.

Tom says to look on the labels, so the next time you are at the store take a minute and check out how many liters (or milliliters) are in each container!

Now I know that a milliliter is very small, and a liter is like a jug in size, I think I will ask for half a liter of juice!

So this is all you need to know:

1 Liter = 1,000 Milliliters


Mass (Weight)

Next I wanted to eat some chocolate ... so I should learn about mass. You often call it "weight", but it is only because of the gravity on your planet that items have weight!

Tom tells me that to understand mass, I should know these three terms:

  • Grams
  • Kilograms
  • Tonnes

Grams are the smallest, Tonnes are the biggest.

Let’s take a few minutes and explore how heavy each of these are.

Grams

paperclip

A paperclip weighs about 1 gram.

Hold one small paperclip in your hand. Does that weigh a lot? No! A gram is very light. That is why you often see things measured in hundreds of grams.

Grams are often written as g (for short), so "300 g" means "300 grams".

Tom tells me a loaf of bread weighs about 700 g

Kilograms

Once you have 1,000 grams, you have 1 kilogram.

1 kilogram = 1,000 grams

A dictionary has a mass of about one kilogram.

Dictionary

Kilograms are great for measuring things that can be lifted by people (sometimes very strong people are needed of course!).

bathroom-scales

Kilograms are often written as kg (that is a "k" for "kilo" and a "g" for "gram), so "10 kg" means "10 kilograms".

When you weigh yourself on a scale, you would use kilograms. Tom weighs about 40 kg. How much do you weigh?

But when it comes to things that are very heavy, we need to use the tonne.

Tonne

Once you have 1000 kilograms, you will have 1 tonne.

1 tonne = 1,000 kilograms

car

Tonnes (also called Metric Tons) are used to measure things that are very heavy.

Things like cars, trucks and large cargo boxes are weighed using the tonne.

This car has a mass of about 2 tonnes.

Tonnes are often written as t (for short), so "5 t" means "5 tonnes".

Final thoughts about masst:

1 kilogram = 1,000 grams

1 tonne = 1,000 kilograms

Length

carpenter's ruleMeasuring how long things are, how tall they are, or how far apart they might be are all examples of length measurements.

Tom says I should know about:

  • Millimeters
  • Centimeters
  • Meters
  • Kilometers

id card

Small units of length are called millimeters.

A millimeter is about the thickness of a plastic id card (or credit card).

Or about the thickness of 10 sheets of paper on top of each other.

This is a very small measurement!

Centimeters

fingers

When you have something that is 10 millimeters, it can be said that it is 1 centimeter.

1 centimeter = 10 millimeters

A fingernail is about one centimeter wide.

You might use centimeters to measure how tall you are, or how wide a table is, but you would not use it to measure the length of football field. In order to do that, you would switch to meters.

Meters

1 meter

A meter is equal to 100 centimeters.

1 meter = 100 centimeters

The length of this guitar is about 1 meter

Meters might be used to measure the length of a house, or the size of a playground.

Kilometers

roads

When you need to get from one place to another, you will need to measure that distance using kilometers. A kilometer is equal to 1,000 meters.

The distance from one city to another or how far a plane travels would be measured using kilometers.

Final thoughts about measuring length:

1 centimeter = 10 millimeters

1 meter = 100 centimeters

1 kilometer = 1000 meters

Temperature

thermometer

I was feeling a bit hot, so I asked Tom how to measure temperature.

So he showed me a thermometer. But I saw 2 sets of numbers!

Tom explained that a thermometer measures in degrees (°) of either Celsius or Fahrenheit.

"Why two scales?", I asked.

Tom said that some people like one scale and some like the other, and that I should learn both!

He then gave me an example: when water freezes the thermometer shows:

  • 0 degrees Celsius on the left side,
  • but on the right side it shows 32 degrees Fahrenheit.

So there can be two numbers for the same thing!

He gave me more examples.

  • A hot sunny day might have a temperature of 30 degrees Celsius but would be 86 degrees in Fahrenheit.
  • Water boils at 100 degrees Celsius or 212 degrees Fahrenheit.
  • And you can bake cookies in your oven at a temperature of 180 degrees Celsius, but that would be 356 degrees Fahrenheit.

I decided to get my own thermometer, so I would learn about all this.

Maggie

I hope you enjoyed learning all about metric measurement.

Now I must return home. Keep measuring until I see you again!!!!!!!!!

6.12.10

Who am I in 5 years time?

Assalamualaikum...

Tertarik aku nak menulis tentang tajuk yang aku tulis diatas "Who am I in 5 years time?". Dalam Bahasa Melayunya "Siapakah aku dalam jangkamasa 5 tahun dari sekarang?" Aku mengharapkan semua pembaca tidak menyalah erti coretan yang aku nak kongsi ni. Bukan untuk membangga diri, bukan untuk berlagak. Setidak-tidaknya apa yang aku tulis ni dapat menjadi bahan motivasi diri aku sendiri dan secara tidak langsung kepada pembaca.

Sememangnya aku mahu jadi seorang Guru. Secara lebih tepat, Pendidik dan motivator kanak². Mengapa Pendidik??? Mengapa motivator??? Ianya bermula sewaktu aku belajar di Universiti Tun Abdul Razak UNITAR yang kini di panggil UNIRAZAK. Aku aktif dalam satu kelab ni, Kelab Wawasan UNITAR. Uniknya program ni, adalah setiap tahun, tak lepas dari mengadakan program² Anak Angkat, motivasi dan macam-macam lagi. Ada sekali program anak angkat yang aku sertai, di Terengganu tahun 2003. Aku lupa apa nama tempatnya.

Hati aku tersentuh melihat anak-anak kecil ke Sekolah. Kaki mereka hanya berlapikkan selipar jepun. Baju mereka kusam dan bertampal mungkin kerana koyak dek keusangan. Berjalanlah mereka bangga ke sekolah. Ada yang membonceng basikal ayah mereka, tak sempat berhenti, anak-anak ini meloncat dari basikal ayahnya. Seperti ada suatu aura yang menarik mereka untuk ke sekolah. Bila mengenang perkara ni, aku berasa sedih, kenapa anak-anak zaman sekarang sehinggakan ada yang tidak mahu ke Sekolah?

Program yang dijalankan adalah untuk memotivasikan anak² muda ini untuk terus belajar. Aku diberitahu oleh orang² kampung sendiri, kebanyakan anak² muda tidak mahu keluar untuk belajar. Bukan mereka tidak pandai, cuma mereka tidak mahu meninggalkan keluarga mereka yang hidup dalam kesusahan. Mereka juga tidak mahu menambah beban yang sedia ada pada keluarga mereka. Tugas aku, memotivasikan mereka, memberitahu mereka bahawa dengan pendidikan, kamu dapat membantu keluarga kamu. Caranya? Budak sekolah, kita kena buat cara budak sekolah lah. Ada modul yang kelab simpan.. Modul yang kami gunakan tidak terlalu berat dan santai.

Mereka bersungguh-sungguh bila kami jalankan program. Senyap dan tumpuan yang diberi bagai sedang menonton cerita kartun di televisyen. Mula dari sinilah semangat aku untuk mendidik anak bangsa mula menyala. Tapi masih tidak terang!! ha, camner tu?

Semangat aku mula membara apabila setiap tahun Kelab kami akan adakan program yang dinyatakan diatas. Masuk ke kampung², tinggal bersama keluarga angkat dan seterusnya membantu anak² yang ghairah untuk belajar ini dengan memberi sokongan moral dan motivasi kepada mereka.

Aku tidak hanya bersama kelab di UNITAR sahaja. Aku juga menjadi ahli satu kelab yang dipanggil GIMM (Gagasan Intelektual Melayu Muda) di luar UNITAR yang juga banyak menjalankan aktiviti motivasi sepertimana yang telah aku nyatakan diatas cuma perbezaannya dari segi taraf kehidupan. Selalunya GIMM akan bekerjasama dengan sekolah-sekolah di Putrajaya. Murid² sekolah yang akan menduduki UPSR (tahun 6) disarankan mengikuti program yang dianjurkan oleh GIMM. Selalunya objektif program adalah untuk melahirkan "end product" yang betul berkualiti dari segi Agama, akademik, kepimpinan kesukanan, emosi dan juga sosiologi. Senang cakap JERIS.

Berbalik kepada tajuk asal. SIAPA AKU 5 TAHUN AKAN DATANG??? Sememangnya aku nak menjadi pendidik dan juga seorang motivator atau penceramah motivasi kanak². Memang perlu banyak yang aku pelajari. Ada juga aku cuba pada murid² di sekolah aku. Ada yang suksess dan ada yang gagal. aku perlu lebih banyak ilmu. Sebagai Ketua Unit Disiplin Sekolah, banyak lagi yang aku perlu belajar. Sebelum ni aku hanya menggunakan cara yang kasar, dengan merotan, memukul dan mendenda mereka. Ada juga aku cuba cara nasihat. Mana yang makan nasihat tu dengar lah. Mana yang dah tak boleh makan nasihat, terpaksalah aku gunakan cara yang agak kasar!

Bagi aku kalau kita tak guna cara kasar (ROTAN, DENDA, MARAH DLL) murid mudah lalai, mudah lupa. mereka akan mengulangai benda yang sama. TETAPI perlu diselangselikan dengan pendekatan yang lembut. Dengan cara motivasi. Kelembutan dan kalau boleh, sentuh hati mereka. Pernah aku menangis depan budak. Anak tok imam. Dia terpengaruh dengan rakan-rakan yang lain. Bapa murid ni datang berjumpa dengan aku. Sepatutnya nak jumpa guru kelas, tapi memandangkan aku ni guru disiplin, kena jugalah Ambil tahu.

Ini pendapat aku lah. Kalau tak setuju, aku terima jer teguran dari korang. Tapi minta teguran yang membina, bukan dengan niat nak kondem.

Sedar tak sedar, dah 2 tahun dah aku mengajar di SK Kampung Tunku. InsyaAllah, kalau tahun depan confirm aku akan sambung MASTER. Aku ada survey dari 2-3 IPTA. InsyaAllah, kita sama-sama tunggu tahun depan :D

3.12.10

Masters of Education (Educational Management and Leadership)



Seram rasa aku tgk subjek² kat atas terutamanya yang EDM755 tu.. pergh.. kena buat dissertation la pulak.. apa pasal masa wife aku amek Master Science, Science Computer tak diwajibkan amek dissertation? ad dooiiiii... hurm.. Perlu memikirkan perkara ni dengan lebih teliti dan perlu perbincangan bersama....

Bukan senang skang ni.. tapi kalau bukan sekarang, bila? makin lama tunggu, makin susah ooooo.. UiTM pilihan aku sebab yuran adalah yang termurah antara IPTA yang lain.. IPTS takyah masuk la, sure mahal... Aku jeles bila masa konvo isteri aku Khamis minggu lepas, Scroll yang isteri aku dapat tu dianugerahkan oleh DYMM Yang Dipertuan Agong kita... Isk isk isk.. bila lagi nak berada dekat dengan Agong kita... Tapi aku rasa tak sempat kut Dengan DYMM Sultan Mizan...

Apa pon, aku tetap aku teruskan study.. Master di Malaysia, dan insyaAllah, kalau ada rezki, PhD di luar negara.. InsyaAllah.....