6.12.10

Who am I in 5 years time?

Assalamualaikum...

Tertarik aku nak menulis tentang tajuk yang aku tulis diatas "Who am I in 5 years time?". Dalam Bahasa Melayunya "Siapakah aku dalam jangkamasa 5 tahun dari sekarang?" Aku mengharapkan semua pembaca tidak menyalah erti coretan yang aku nak kongsi ni. Bukan untuk membangga diri, bukan untuk berlagak. Setidak-tidaknya apa yang aku tulis ni dapat menjadi bahan motivasi diri aku sendiri dan secara tidak langsung kepada pembaca.

Sememangnya aku mahu jadi seorang Guru. Secara lebih tepat, Pendidik dan motivator kanak². Mengapa Pendidik??? Mengapa motivator??? Ianya bermula sewaktu aku belajar di Universiti Tun Abdul Razak UNITAR yang kini di panggil UNIRAZAK. Aku aktif dalam satu kelab ni, Kelab Wawasan UNITAR. Uniknya program ni, adalah setiap tahun, tak lepas dari mengadakan program² Anak Angkat, motivasi dan macam-macam lagi. Ada sekali program anak angkat yang aku sertai, di Terengganu tahun 2003. Aku lupa apa nama tempatnya.

Hati aku tersentuh melihat anak-anak kecil ke Sekolah. Kaki mereka hanya berlapikkan selipar jepun. Baju mereka kusam dan bertampal mungkin kerana koyak dek keusangan. Berjalanlah mereka bangga ke sekolah. Ada yang membonceng basikal ayah mereka, tak sempat berhenti, anak-anak ini meloncat dari basikal ayahnya. Seperti ada suatu aura yang menarik mereka untuk ke sekolah. Bila mengenang perkara ni, aku berasa sedih, kenapa anak-anak zaman sekarang sehinggakan ada yang tidak mahu ke Sekolah?

Program yang dijalankan adalah untuk memotivasikan anak² muda ini untuk terus belajar. Aku diberitahu oleh orang² kampung sendiri, kebanyakan anak² muda tidak mahu keluar untuk belajar. Bukan mereka tidak pandai, cuma mereka tidak mahu meninggalkan keluarga mereka yang hidup dalam kesusahan. Mereka juga tidak mahu menambah beban yang sedia ada pada keluarga mereka. Tugas aku, memotivasikan mereka, memberitahu mereka bahawa dengan pendidikan, kamu dapat membantu keluarga kamu. Caranya? Budak sekolah, kita kena buat cara budak sekolah lah. Ada modul yang kelab simpan.. Modul yang kami gunakan tidak terlalu berat dan santai.

Mereka bersungguh-sungguh bila kami jalankan program. Senyap dan tumpuan yang diberi bagai sedang menonton cerita kartun di televisyen. Mula dari sinilah semangat aku untuk mendidik anak bangsa mula menyala. Tapi masih tidak terang!! ha, camner tu?

Semangat aku mula membara apabila setiap tahun Kelab kami akan adakan program yang dinyatakan diatas. Masuk ke kampung², tinggal bersama keluarga angkat dan seterusnya membantu anak² yang ghairah untuk belajar ini dengan memberi sokongan moral dan motivasi kepada mereka.

Aku tidak hanya bersama kelab di UNITAR sahaja. Aku juga menjadi ahli satu kelab yang dipanggil GIMM (Gagasan Intelektual Melayu Muda) di luar UNITAR yang juga banyak menjalankan aktiviti motivasi sepertimana yang telah aku nyatakan diatas cuma perbezaannya dari segi taraf kehidupan. Selalunya GIMM akan bekerjasama dengan sekolah-sekolah di Putrajaya. Murid² sekolah yang akan menduduki UPSR (tahun 6) disarankan mengikuti program yang dianjurkan oleh GIMM. Selalunya objektif program adalah untuk melahirkan "end product" yang betul berkualiti dari segi Agama, akademik, kepimpinan kesukanan, emosi dan juga sosiologi. Senang cakap JERIS.

Berbalik kepada tajuk asal. SIAPA AKU 5 TAHUN AKAN DATANG??? Sememangnya aku nak menjadi pendidik dan juga seorang motivator atau penceramah motivasi kanak². Memang perlu banyak yang aku pelajari. Ada juga aku cuba pada murid² di sekolah aku. Ada yang suksess dan ada yang gagal. aku perlu lebih banyak ilmu. Sebagai Ketua Unit Disiplin Sekolah, banyak lagi yang aku perlu belajar. Sebelum ni aku hanya menggunakan cara yang kasar, dengan merotan, memukul dan mendenda mereka. Ada juga aku cuba cara nasihat. Mana yang makan nasihat tu dengar lah. Mana yang dah tak boleh makan nasihat, terpaksalah aku gunakan cara yang agak kasar!

Bagi aku kalau kita tak guna cara kasar (ROTAN, DENDA, MARAH DLL) murid mudah lalai, mudah lupa. mereka akan mengulangai benda yang sama. TETAPI perlu diselangselikan dengan pendekatan yang lembut. Dengan cara motivasi. Kelembutan dan kalau boleh, sentuh hati mereka. Pernah aku menangis depan budak. Anak tok imam. Dia terpengaruh dengan rakan-rakan yang lain. Bapa murid ni datang berjumpa dengan aku. Sepatutnya nak jumpa guru kelas, tapi memandangkan aku ni guru disiplin, kena jugalah Ambil tahu.

Ini pendapat aku lah. Kalau tak setuju, aku terima jer teguran dari korang. Tapi minta teguran yang membina, bukan dengan niat nak kondem.

Sedar tak sedar, dah 2 tahun dah aku mengajar di SK Kampung Tunku. InsyaAllah, kalau tahun depan confirm aku akan sambung MASTER. Aku ada survey dari 2-3 IPTA. InsyaAllah, kita sama-sama tunggu tahun depan :D

No comments:

Post a Comment