21.12.10

[Cerita Motivasi] Kisah 3 orang buruh binaan

Cerita ini disampaikan oleh sahabat aku. Seorang yang telah berjaya dalam dunia perniagaan.

Seorang Wartawan lalu ke tapak binaan. Dibacanya papan tanda yang terdapat di kawasan pembinaan tersebut. Selesai membacanya, dia berlalu dan menghampiri seorang buruh binaan lalu bertanya.

Wartawan: Maaf saudara, apa benda yang saudara tengah buat ni?
Buruh binaan 1: Ko tak nampak ker? aku tengah susun batu ni?

Jawab si Buruh binaan tersebut dengan nada yang agak kasar. Kepenatan agaknya. Wartawan itu terus bergegas takut di hambatnya dengan batu dek si buruh binaan 1 tadi. Dia melewati seorang lagi buruh binaan. Wartawan tersebut berpatah balik lalu bertanya.

Wartawan: Saudara tengah buat apa tu?
Buruh Binaan 2: Aku sedang buat dinding lah... Takkan aku tengah memancing?

Dengan mimik muka yang bengis, Buruh Binaan 2 tadi menjawab membuatkan si Wartawan tidak mahu meneruskan pertanyaan. Kemudian, wartawan tersebut menghampiri seorang lagi Buruh Binaan lalu dia bertanya.

Wartawan: Maaf saudara, apa yang sedang saudara buat?
Buruh Binaan 3: Oh, saya sedang membina sebuah masjid.

Selang beberapa saat kemudian, siren berbunyi, tepat jam 6.00 petang tanda tamat waktu bekerja. Si wartawan tadi memerhatikan buruh binaan 1 & 2 mencampakkan perkakas mereka lalu bergegas hendak pulang. Kelihatan pula buruh binaan 3 memandang hasil kerjanya pada hari ini lalu berkata "eh, kalau aku balik sekarang, tentu jalan sesak. Kenderaan banyak. Apa kata aku sambung sejam lagi untuk buat kerja aku ni". Kemudian si buruh binaan 3 tadi meneruskan kerjanya. Setelah Jam menunjukkan jam 7.00pm barulah buruh binaan 3 tadi berhenti seterusnya menyusun semula perkakas dengan rapi. Sebelum pulang, sempat dia menoleh ke belakang melihat hasil kerjanya. "Wahhhh!!! dah tinggi dah dinding yang aku buat ni.. Esok aku nak sambung buat siling pulak. Aku mesti makan sarapan yang berat agar aku dapat tenaga yang banyak untuk meneruskan kerja aku" kata buruh binaan lalu menggayakan tangannya seolah-olah menunjuk keatas dinding yang baru dibuat oleh nya (barangkali membayangkan dia sedang meletakkan kubah masjid).

*** Dari jawapan ketiga-tiga buruh binaan tersebut, pada pendapat kitalah, siapa pekerja yang paling bagus? Kenapa? Jawapannya, Buruh binaan 3 adalah seorang pekerjya yang paling bagus kerana jawapannya apabila ditanya oleh wartawan. Dia menjawab aku sedang membina masjid. Apa yang tersirat? Buruh binaan 3 tersebut mempunyai visi yang tinggi..

Jadi, kita sebagai manusia, tidak kira apa kerjaya kiat, perlu ditanam dengan visi! Disiram dan dibaja pula dengan sikap persistent.

Sama-sama kita renungkan...



No comments:

Post a Comment