16.12.10

15th December 2006 - 15th December 2010



Tarikh dimana bermulalah ikatan antara aku dan isteriku Mardhiah Hayati Binti Md Zain. Dah 4 tahun berlalu, semacam baru semalam jer nikah :) Macam-macam dugaan, rintangan dan kesusahan kami lalui sepanjang 4 tahun sebagai suami isteri. Memang aku takkan lupakan apa yang isteri aku korbankan untuk aku kerana dia adalah antara orang penting yang banyak mengubah diri aku yang dulu menjadi diri aku sekarang.

InsyaAllah, dengan berkat iringan doa orang tua, akan aku jalankan tanggungjawab aku sebaik-baiknya. Sebagai Anak, Suami, Bapa dan juga seorang Guru. Segala kekurangan akan dibaiki. Antara petua bahagia yang diamalkan oleh aku dan dia, berbicara...! walau apa pon masalah yang datang, berbicaralah, berbincanglah, bermesyuaratlah untuk mencari jalan penyelesaian. InsyaAllah...

Semoga sepanjang 4 tahun ni mematangkan aku. Semoga aku dapat menjalankan tanggungjawab aku dengan lebih baik. Semoga Keluarga yang aku sayangi ini dirahmati Allah Sentiasa...

No comments:

Post a Comment